Tuesday, March 31, 2009

PEMERIKSAAN GIGI

Hari ini genap seminggu aku berada di taman Mewah, di UPU Kamunting Stesen. Esok aku mula bertolak balik ke Kelantan, dan diganti dengan kumpulan lain untuk membantu penduduk di Taman Mewah ini berkempen untuk mengekalkan kemenangan Islam di Bukit Gantang.

Berbagai-bagai program telah diatur untuk menarik kesedaran pengundi untuk memangkah bulan. Ada program untuk dewasa, remaja dan juga kanak-kanak.

salah satu program yang telah dijalankan ialah program mesra jalinan muhibbah. diantara programnya ialah, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan gigi, menderma darah, sukaneka kanak-kanak, remaja lelaki dan perempuan, kaum ibu dan kaum bapa.

satu peristiwa lucu berlaku ketika pemeriksaan kesihatan dijalankan. seorang lelaki warga emas datang tergesa-gesa untuk mendaftarkan diri. apabila dilihat queue di kaunter pemeriksaan kesihatan terlalu panjang, dia pun terus pergi ke kaunter pemeriksaan gigi dan menghulurkan kad pengenalannya. apabila selesai mendaftar, jururawat pun mengiringinya ke katil doktor gigi untuk membuat pemeriksaan. Aduhhh.... buka sahaja mulut, doktor gigi tergelak besar tidak dapat ditahan-tahan, jururawat pembantu pula ketawa besar, kita yang jauh sedikit merasa hairan yang amat sangat, kerana doktor dan jururawat tergelak besar hingga terbongkok-bongkok. terdetik juga dihati, tak baik mengetawakan orang tua.... apabila dihat pakcik tu bangun dan tersengih barulah aku faham..... pakcik tu tak ada gigi langsung.... aduhhhlah padanlah doktor dan jururawat tu merasa lucu sangat. lepas tu habis satu khemah tergelak besar.

No comments: