Wednesday, March 18, 2009

JADUAL HARIAN

Sebenarnya arahan doctor selepas aku didiscaj dari hospital adalah apa yang telah aku amalkan selama ini. Doktor menyuruh ku berehat sepenuhnya, tanpa kerja berat, tidak boleh mengangkat barang lebih dari 5 kg.

1. setelah zahid berpindah sekolah yang berasrama, memasak tidak lagi menjadi tugas utamaku, apatah lagi suamiku suka makan di luar, dan semasa dia bertugas outstation dan kesihatanku mengizinkan dan sekirnya tidak ada program yng memerlukan kekuatan fizikal aku lebih suka berpuasa sunat. so memasak memang out dari list tugasanku, well??? kerja ringan kan?

2. setiap pagi aku mewajibkan diriku melakukan brisk walk yang tak berapa brisk selama 1/2 jam, untuk daya tahan jantungku dan juga untuk mengelakkan kesakitan yang keterlaluan kepada penyakit arthritisku. so morning walk is out, memang pun aku malas nak buat morning walk...

3. aku memang telah lama tidak mengangkat berat, mendukung cucu pun sesekali juga termasuk tidak ke supermarket membeli barang dapur untuk keperluan harian ku dan zahid. so bila ada orang tu nak dropku kat supermarket, aku pun mempertikaikannya. katakanlah kat supermarket ada trolley, tapi aku kena juga mengangkatnya dari shelf ke trolley, dari trolley ke counter cashier kemudian masuk ke trolley semula, kemudian menolak trolley ke kereta, masukkan ke dalam kereta, dari kereta masuk ke rumah... tengoklah berapa peringkat kerja mengangkat.... Ok,,, beras, berat minima 5kg, susu manis kesukaan zahid, 6pack tin, juga lebih dari 3kg, minyak masak 3kg,sosej cocktail, nugget, frozen food - piza, pau, fish and fries, ayam juga beberapa kilo, fresh milk, butter, cheese, sabun basuh tisu muka, tisu tandas, tisu dapur dan serbanika perkara lain lagi, kalau tak penuh trolley tak sah... lepas tu singaah kedai telur beli telur AA, 100... memang angkat berat... telah tidak aku lakukan 2 minggu sebelum admit ke hospital. so sekarang dalam frigde dan freezer memang kosong... kesian zahid terpaksa make do with what is available....

4. tidur siang.... telah lama rasanya aku tidak tidur siang, pertama kerana tidak berapa boleh tidur dan 2. aku rasa tidur siang tu memang merugikan masa. Banyak perkara boleh dibuat... membaca, berzikir, berinteraksi bersama keluarga dan anak2. disebabkan doktor menasihatkan banyak berehat jadi sekarang aku mengambil pelang 10 hari ini untuk rehat sepenuhnya, iaitu tidur disiang hari, eleh...10 hari je. tetapi memang ada kelainan, rasa badan pun ringan sikit, dada pun rasa kosong dan lega.

so lain kali kalau doktor kata berehat, berehatlah, mana nak dapat peluang bersantai macam ni, kalau pergi holiday pun otak ligat memikir, what to do next, kos berapa, kerana holiday bersama famili pun jarang pergi, dan kalau terpergi holiday sesekali pun tak pernah rancang, so balik penat dan dissatisfied je...

No comments: