Sunday, March 8, 2009

SUJUD TILAWAH

dua hari lepas aku telah menziarah Mek sahabatku yang terlantar tidak sedarkan diri untuk selama satu minggu. tidak makan dan tidak minum. pernafasannya terlalu laju. menurut doktor, ada darah beku di otaknya dan cara untuk membuang darah beku ialah dengan membuat bedahan dan risikonya terlalu tinggi. Anak-anaknya sudah sepakat untuk membawanya pulang kerumah, kerana sebelum ini pun beliau telah beberapa kali diserang stroke.

untuk meredakan sakitnya aku bercadang untuk membaca surah Yasin, tetapi sahabatku menganjurkan membaca surah arRa'du. Di dalam surah ini ada ayat sajadah. aku serba salah, nak sujud atau tidak. macam-macam terlintas di benakku, nanti sujud kata macam menunjuk-nunjuk, kalau tak sujud biasa nya aku memang sujud kalau membaca mana-mana ayat sajadah...????

aku pun sujud,...
.... cuma masalahnya kekadang dirumah aku membaca Al-Quran tidak menutup aurat sepenuhnya, maklumlah baca di dalam bilik,

dengan petikan dari internet yang aku jumpa hari ini maka terjawablah persoalanku.....

State Mufti Office - Brunei Darassalam

Sujud tilawah adalah sunat menurut pendapat jumhur ulama. Manakala Imam Abu Hanifah berkata bahawa sujud tilawah itu wajib sama ada ke atas pendengar atau pembaca.

Hukum sunat ini bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Syaikhain (Al-Bukhari dan Muslim) daripada Ibnu Umar katanya yang bermaksud :

"Bahawasanya Rasulullah saw telah membaca al-Qur’an, lalu Baginda membaca satu surah yang di dalamnya ada ayat ‘sajdah’, maka Baginda pun bersujud lalu kami pun sujud bersama-sama Baginda sehingga sesetengah daripada kami tidak mendapati tempat untuk meletakkan dahinya”.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A tentang fadhilat melakukan sujud tilawah, Baginda bersabda yang bermaksud :

“Apabila anak Adam itu membaca ayat al-Quran yang menuntut untuk sujud, syaitan akan mengasingkan dirinya lalu menangis dan berkata:” “Celakalah! Anak Adam telah diperintahkan untuk sujud ia pun sujud, maka baginya balasan syurga, dan aku diperintahkan untuk sujud maka aku enggan, maka balasan bagiku adalah neraka.SYARAT-SYARAT SUJUD TILAWAH
Di dalam kitab Al-Majmuk menurut Ashhab Syafi‘ieyah bahawa hukum sujud tilawah itu sama seperti hukum sembahyang sunat dari segi syarat-syarat sahnya sujud itu, syarat-syarat itu adalah seperti berikut:

(i) Bersih daripada hadas kecil atau besar dan juga bersih daripada najis sama ada pada tubuh badan, pakaian dan juga tempat.

(ii) Orang yang hendak melakukan sujud tilawah itu juga di kehendaki dalam keadaan menutup aurat.

(iii) Untuk melakukannya hendaklah menghadap kiblat.

(iv) Hendaklah masuk waktunya ketika melakukan sujud itu. Adapun masuknya waktu sujud itu ialah sejurus sahaja ia selesai mambaca atau mendengar keseluruhan ayat sajdah. Jika sekiranya ia bersujud sebelum lagi habis ayat itu di bacanya atau didengarnya maka sujud tilawah itu tidak sah dan tidak memadai.

wallahu alam

No comments: