Thursday, March 19, 2009

LEARNING MATHS AND SCIENCES IN ENGLISH

saya ingin menyampuk sedikit isu pembelajaran bahasa inggeris dalam apa jua subjek. saya juga berasal dari kampung dan bersekolah menengah di convent of the holy infant jesus, bermula dari remove class. di sekolah kampung saya memang top di kelas, tetapi bila masuk ke kelas remove, bahasa inggeris yang saya tau adalah yes and no, dan membilang sampai 10..... banyak vocab saya kan????

tetapi kegigihan cikgu yang mengajar fonetics dan serbanika untuk keperluan kelas remove memang menakjubkan. hanya kamus inggeris vs inggeris dibenarkan. selepas 2 bulan bersekolah saya dipaksa membaca buku david copperfield yang mudah, dan menceritakannya dihadapan kelas. masa tu tak de rasa malu... hentam je la maklumlah budak lagi, tak baligh pun lagi hehe.

masuk ke tingkatan satu, masih juga merangkak sebab semua subjek dalam bahasa inggeris melainkan bahasa melayu... tetapi guru2 masa tu memang mengambil berat. hanya saya seorang je malay dikelas, yang lain semua cina dan guru-guru pun semua cina termasuk guru bahasa melayu.

dalam kegigihanku bersekolah inggeris, kelas agama tetap wajib. tiada compromi bagi kedua ibubapaku. selepas habis sekolah sebelah pagi, bergegas terus kesekolah agama, walau lewat macammana pun. ustazah-ustazah pun faham akan kelewatanku, sekolah menengah 20 batu dari kampung ke bandar, kena tukar baju dari finafore sekolah convent ke baju kurung dan bertudung bulat.

so isu pembelajaran dalam bahasa inggeris ini sebenarnya memang tak ada isu langsung. kedua ibubapa saya pun tak pandai dan tak faham berbahasa inggeris, mereka tidak mengutuk tetapi memberi nasihat dan perangsang; lagipun ia adalah satu kelebihan iaitu dapat menguasai satu bahasa international, hanya tenaga pengajar patut di latih sepenuhnya bukan main tangkap muat je, dan ibu bapa juga perlu peka. Saya hantar anak2 ke sekolah SRI dan ada bahasa arab, saya dari tak pandai berbahasa arab saya belajar hingga dapat bachelor in Syariah.... tidak rugi belajar... kan Rasulullah saw ada berkata yang bermaksud- jalan mencari ilmu adalah jalan ke syurga, dan jangan kedekut untuk mencari ilmu yang berbayar, inSyaAllah Tuhan akan ganti dengan yang lebih baik lagi, tak de masa... cuba dulu, ramai sahabat yang bekerja, seorang isteri, ibu, pendakwah mampu meneruskan dan sekarang sedang menulis dissertasi MA, Allahu Akbar.

No comments: