surat tawaran Daij telah diterima, proposal untuk MA dalam bidang Pengajian Islam dalam proses untuk di submit ke IPS. yang manakah didahulukan, dikemudiankan atau di serentakkan. Hai... orang muda pun sesetengah tu tak mampu walaupun untu melakukan salah satu daripadanya, inikan pula kita yang sudah melebihi separuh abad, kekuatan minda, insyaAllah boleh, kewangan rasanya mampu dengan gaji yang diterima sekarang..
hanya kekuata fisikal sahaja yang mengekang kesanggupqnku untuk meneruskan kedua-dua sekali, boleh jadi selepas angiogram/angioplastin bulan depan ini kekuatan fisikal aku akan pulih semula seperti sediakala..... InsyaAllah...
walaubagaimanapun aku terpaksa mengubah tajuk dissertasiku agar llebih mirip kepada kursus diploma ku, dan akan ku submit lewat sikit untuk mendapat sedikit idea apa yang aku pelajari untuk DAIJ.
akan ku usahakan solat istikhrah lagi, agar jelas lagi tindakanku tnpa ada ragu-ragu dan supaya segala gerakkerja kita di dalam keredhaanNya.
ini adalah doa solat istikharah:
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)
No comments:
Post a Comment