jam5.00 petang aku sampai dirumah setelah berada di hospital selama 5hari 4 malam (macam pekej holidy je) . Alamdulillah procedur coronary angiogram ku berjalan lancar, dan surprisingly keputusannya amat melegakan.
doktor Tee telah memberi sebaik mungkin penerangan tentang angiogram, persediaannya, prosesnya dan juga kemungkinan yang akan berlaku semasa dan selepasnya.
selepas procedur ini ada 3 kemungkinan yang akan berlaku. pertama, tidak memerlkan tindakan apa-apa, hanya memadai dengan memakan bat-ubat sahaja. Kedua, sekiranya ada vessel yang tersumbat, maximum 2 vessel, akan terus ditembak dengan sistem angioplastin(nanti saya buat research tntang scientific termsnya) dan yang ketiga yng aku paling takut ialah terlalu banyak sumbat dan terpaksa menjalani open heart surgery.
aku diheret ke bilik angiogram jam 12 tenghari, 14hb Mac 2009. suhu bilik terlalu sejuk bercampur dengan perasaan takut yang amat sangat, aku menggeletar sampai berlaga gigi. bukan takut sakit tetapi takut keputusan yang akan diperolehi nanti. ak disuntik dengan local anaesthetic, lepas tu tak rasa sakit apa-apa, cuma rasa macam air suam meleleh dipehaku dan melekit. ini tak lain dan tak bukan mesti darah, kerana doktor membuat hirisan di peha kananku untuk memasukkan camera.
secara sintific aku tak pandai nak cerita, tetapi setelah mengikuti perbualan antara doktor dan pembantu-pembantunya, mereka macam quite surprise dengan apa yang diperolehi dari gambar-gambar yang terpampang di lcd, berbanding dengan nada panik ketika melihat keputusan ecg semasa aku berada dibilik ujian stress.
walaubagaimanapun inilah keputusan angiogramku. ada dua vessels yang ada deposit, yang di main vessel 50% dan satu vessel ke jantung 20%. aku pun kurang faham, tetapi keputusannya aku tak perlu menjalani apa-apa lagi hanya cukup dengan mengambil ubat yang diprescribe dan juga menjaga pemakananku.... maknanya berdiet dan berexercise. Alhamdulillahi Rabb al-Alamiiin
No comments:
Post a Comment