Telah dua malam aku berada di kuala sipitang, membantu UPU Stesen Kemunting menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang. Suasana agak menggalakkan dan diharap kemenangan berpihak kepada kami. Hari baru sahaja selesai program bersama rakyat anjuran penduduk Taman Expo.
hari ini juga adalah birthday ketiga cucu sulungku. tiada kesempatan lagi nak membeli kan hadiah untuknya, dengan kes hospital sebelum ini, dan terus datang ke Perak selepas berehat seminggu. kalau nak kira badan ini pun belum pulih sepenuhnya, tetapi mengenangkan tiada masa lagi yang terluang dan mereka memerlukan tenaga walau semampu mana pun, so aku pun bertolak ke PERAK dengan penuh semangat, semangat berjuang untuk memenangkan Islam.
Birthday cucu boleh celebrate lewat sikit.
Alhamdulillah, kesihatan ku beransur-ansur pulih, walaupun dengan kadar yang amat slow. tidak boleh sekelumit pun tension apatah lagi stress. sedikit sahaja insiden berlaku yang diluar routin, mulalah otak ni ligat flashback, foward, rewind dan bermula debaran jantung dan keletihan yang amat sangat. Buat masa ini GTN memang tak lekang dari genggaman ku. seperti yang abangku katakan, orang lain tak nampak penyakit kita, sebab tak ada luka, tidak terlantar di katil, badan sihat tidak kurus kering dan masih menjalankan aktiviti harian.
Buat masa ini diet harian terpaksa di jaga sendiri, aku memaksa diriku mengambil sekurang-kurangnya 3 sudu quakeroats bersama susu setiap pagi, dan alhamdulillah toilet habitku mula pulih tanpa sokongan ubat2an.
Hidup hanya sementara di dunia ini, akhirat juga yang kekal abadi.
No comments:
Post a Comment