Semalam abangku mengirim sms, kakakku berada di dalam wad hospital Johor Bharu untuk satu pembedahan kecil. pilu rasa hati, kesian dia. anaknya Ida iaitu anak saudaraku katanya genting kerana mengidap kanser payu dara, dia pulak dimasukkan ke hospital. walaupun Ida telah menjalani chemoterapi beberapa kali, namun hasilnya tetap sama.
hari ini aku menelefon abang iparku menayakan khabar. alhamdulillah kak Ani selamat dan insyaAllah akan di discaj petang ini. terdetik di hati ini, bila pula dapat aku balik ke johor untuk menziarahinya. esok kelas daij bermula dan berterusan selama setahun setiap hari sabtu, ahad pula ada appointment dengan doktor, selasa pula appointment dengan Fisio.
akan ku usahakan minggu depan 13hb april dengan menaikki keretapi terus ke johor bharu bersama zahid... insyaAllah. Yelah akulah adiknya yang masih sehat berupaya bergerak lagi, tiada anak kecil untuk diuruskan. Insyaallah.... buat masa ini hanya doa yang mampu aku kirimkan.
No comments:
Post a Comment