Friday, April 10, 2009

HIKMAH

Apa dia hikmah?

sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Hikmah itu barang yang hilang daripada seorang muslim, di mana sahaja beliau mendapatinya beliau adalah orang lebih berhak menerimanya"

1. kefahaman terhadap urusan ugama

2. Kemampuan mentadbir mimpi

3. pengetahun yang mendalam tentang sesuatu ilmu

tiada perancangan tertentu hari ini melain ke program usrah di Bunut Payung. Pakju menghantar SMS lagi, menghantar berita tentang Ida, yang mengikut doktor 'tunggu masa' sahaja. Teringin sangat nak balik kampung, tetapi keadaan dan kesihatan menghadkan keinginanku. kalau naik bas atau keretapi akan menyusahkan keluarga di JB, yang memang sudah kalut, kerana akan menghantar dan mengambilku di stesen keretapi. nak bawa kereta, perjalanan terlalu jauh dan dreber yang ada hanya Am yang boleh diharap tetapi sentiasa je sibuk dengan urusan2nya.

esok ada dua program berjalan serentak.... waduuuuh, kedua2nya wajib hadir, MAT dewan muslimat KB, dan kelas Daij. macam mana nak cari alasan untuk tinggalkan kelas dalam 2jam untuk menghadiri mesyuarat. tugas2 pendaftaran yang telah diamanahkan kepdaku telah ku agih2kan kepada sahabat lain. majlis bermula jam 8.30pagi tetapi ada ucapan aluan dan ucapan perasmian, yang akan makan masa 2jam, so masa itu baik dimanfaatkan untk menghadiri kelas. hanya jam 10.00pagi akan ku minta excuse sebentar untuk menghadirkan diri ke MAT. harap-harap perancanganku mengikut jadual.

No comments: