ini saja testing my new gadget, samsung tab 7.7, memang lama nak beli, tapi undecided nak beli hp atau tablet. kebetuan di kuliah memang kena online, jadi nya pilihannya terpaksa tablet.
Thursday, March 22, 2012
MY New gadget
Marathon pembacaan bermula, i say semua buku rujukan in arabic. dikira semua sebabnya, sebab buku2 rujukan muktabar memang dalam bahasa arab, kalau nak yang tulin bahan rujukan kenalah bahasa arab kalau tidak, bukanlah bernama syariah pulak kan?
Wednesday, March 21, 2012
PERJALANAN MENCARI ILMU
Assalmualaikum,
nampaknya semakin kurang masa untuk menulis disini. kelas master telah berjalan lebih dua bulan, 3 hari seminggu hari Jumaat dari 9pagi hingga hingga 6 petang, hari sabtu dari 9pagi hingga 11 malam dan hari ahad dari 3 petang hingga 11 malam. Hari isnin KO rehat, selasa rabu dan khamis cuba membaca sebanyak mungkin dan mengulangi perpustakaan untuk mencari bahan untuk assignment.
tetapi ini hanya sementara sahaja hingga akhir bulan April. Selepas itu menyediakan assignment untuk dibentang, selepas itu periksa semester 2, dan tunggu keputusan, dapat keputusan 'B' ke atas baru boleh meneruskan menyediakan proposal untuk menulis dissertasi. Ini adalah requirement untuk Universiti Malaya.
telah diberitahu untuk mendapat ijazah ini bukan hanya membaca untuk periksa, copy paste untuk assignment dan menghafal istillah definisi, tetapi kena memahaminya, menganalisa dan membuat rumusan atas apa yang difahami. Macam mana pun memang kena banyak membaca......
Itulah dulu kata kalau tak masuk kelas tidak membaca, asyik dengan KBS, ONETV dan FB, nah sekarang memang kena membaca, yang katanya kena membaca journal. artikel dan thesis2 lama sekurang2nya 6 jam sehari.... aduhai... baca 1/2 jam pun asyik tengok kat jam je dah cukup 1 jam ke belum.
So bagaimana pelajar2 master dan PHD di luar sana, boleh bagi motivasi......
Ya Allah permudahkan

Saturday, February 18, 2012
KELAS MASTER SEMESTER 2 2011/2012
hari ini telah dua hari kelas ijazah master berjalan. kelas dimulakan dengan subjek Kaedah Metodoloji Lanjutan, berjalan di makmal komputer. Pertama kali menggunakan metod SPSS: nampak mudah tetapi memeningkan, bila ada crosstabs, bar charts dan all the frequencies dan analyze,.... aduh pening untuk kami yang sudah dewasa dan matang.
assignment pula telah di pinta menghantar tajuk2, assignment individu dan assignment berkumpulan menggunakan metod di atas dan dengan soal selidik cara kualitatif dan kuantitif.
nampaknya mulai sekarang kena mendisiplinkan diri, kurangkan korean drama, kurangkan tidur, lebihkan membaca dan lebihkan mentelaah sebaik mungkin.
Thursday, February 16, 2012
KISAH BAPA2 YANG MENUNGGU
Baru sahaja dengar cerita ini malam tadi, sesiapa yang dah dengar diam2 sahaja ye, yang belum dengar layanlah.
Tiga orang bakal bapa dan beberapa bapa lain sedang menunggu isteri-isteri mereka melahirkan orang baru. Sambil menunggu sambil berbual walaupun hati mereka hanya Allah sahaja yang mahaMengetahui.
Keluar seorang Doktor dan berkata kepada salah seorang bapa di situ, "Tahniah isteri anda telah selamat bersalin dan mendapat Twin". Alhamdulillah...., gembira sungguh bapa itu. Jirannya sambil memberi tahniah sambil bertanya "mu kerja di mana?"
jawabnya "Twin Tower"
sebentar kemudian keluar pula seorang Doktor lagi dan mengucapkan taniah kepada bapa yang kedua sambil mengatakan " You've a Quadruplet". wah ini lagi hebat
yang menanya tadi bertanya pula "mu kerja mana?
bapa quadruplet menjawab "di Carrefour". Aik... macam kebetulan sungguh....
sampai tahap ini bakal bapa yang ketiga menjadi tidak tentu arah, panik dan gelisah...
yang rajin menanya tadi pun mengeluarkan soalan cepu masnya, "ada masalah apa? mu kerja mana?"
bapa itu menjawab "seven eleven"
kalau tidak boleh gelak pun gelak ye.... memang tidak boleh tahan rasa macam nak pecah perut mendengarnya semalam.
harap dapat menceriakan anda hari ini.....
Tuesday, February 14, 2012
DOOR GIFT - BERKAT... CADANGAN UNTUK 17/6/2012
Kek ini dibuat untuk tujuan lain, tetapi bila sudah di pek nampak menarik pulak, so dia menjadi salah satu item untuk door gift - berkat kenduri kahwin pada bulan Jun nanti, tetapi taklah sebesar tu, pengsan nanti nak buat untuk semua tetamu2. tetapi sesiapa yang nak sebesar tu pun tiada masalah, buat tempahan awal2, kos kita kira kemudian, rasanya tak sampai RM40 untuk 2 bekas serupa, sebabnya sekali adun dapat dua bekas....
kek ini dibakar dalam acuan 8 x 8 x 4, lalu dipotong mengikut size bekas aluminium yang ada cover, kalau .kotak lain boleh juga, tiada masalah.
Resipinya sudah dipost, lama dulu, kalau nak buat sendiri...
Monday, February 13, 2012
TRIP TO PEKANBARU, RIAU
perjalanan dari kota bharu ke Kuala lumpur dengan airasia. sempat berposing. cabin crewnya tolong ambil gambar semasa di sebelum turun di LCCT. kami duduk di Hot seat dengan ehsan cabin crew sebabnya takramai passenger dan salah seorang kami menggunakan wheel chair.
sebelum turun di lapangan terbang Pekan bharu
di lapangan terbang pekan baru sambil menunggu tuan rumah datang
pelbagai makanan yang amat menyelerakan, sebiji makanan johor singapura, dengan asam pedasnya
sambal kicapnya
sambal nenasnya
Mama Jah sedang memilih bahan untuk dibawa balik. memang bershopping sakan dia
rehat sebentar sambil memposing di Ramayan shopping complex
MENU MAKANAN DI KEDAI AYAM PENYET
PERPUSTAKAAN RIAU
DI PASAR PEKANBARU
IKAN PERASAP
KEROPOK JENGKOL (JERING)
bergambar goodbye di lapangan terbang Pekan baru
gambar kenangan bersama tour guide, pemandu pelancung dan cucu sedara Sharifah Mariam al-Qudsi
kepenatan selepas 3malam/4hari di pekanbaru, perjalan balik dengan fireflyz
Nasi ayam di Pantai dalam bersama ayen
my favourite drink
caramel coffee di The coffee bean
Wednesday, February 1, 2012
HARI WILAYAH 1 FEBRUARI 2012
Menetap di Kuala Lumpur pun tidak, Purtajaya pun tidak, apatah lagi di Labuan, tetapi tidak semena2 hendak menyambut hari wilayah persekutuan, inilah kelebihan warga emas, mempunyai mood yang akan swing 180degrees away dari normal. so selamat menyambut hari wilayah warga wilayah persekutuan
Tiga hari lepas bertemu doktor di bahagian pesakit luar kerana mengidap sakit kepala yang sangat kronik. cek darah pada kita tinggi - 154/99 dia kata normal, pas tu dia kata kita tension lebih2, suruh minum air asam, padahal kita ada gastrik, suruh kita relax, memang dah relaks pun, cerita favourite korea "The First wives club" masih sempat diikuti walaupun tertinggal beberapa episode... Last sekali dia prescribe "ponstan", padahal tramadol, celebrex, panadol memang kudapan kita je.. kerana angkara arthritis.
Dua hari lagi akan ke PekanBaru, mungkin suasana yang berbeza, tempat yang asing akan dapat memberi ketenangan dan kerehatan, kerana balik dari sana akan memulakan alam baru kembali ke sekolah, iaitu meneruskan perjuangan menuntut ilmu untuk diri dan jemaah islam dan sambil itu juga untuk ijazah master.
insyaAllah

Subscribe to:
Posts (Atom)