Thursday, November 17, 2011
ANTARA MENYAMBUNYIKAN FAKTA DAN MENUKAR FAKTA
jika sesuatu perkara berlaku dan anda sepatutnya tahu dan tidak diberitahu dan orang lain semua dah tahu, itu maknanya menyembunyikan fakta.
mana satu yang lebih berat?
payah ni--- peguam ni tiada pengalaman..... kesian client...
esok bincang dengan sahabat2
Tuesday, September 13, 2011
SALAM PERJUANGAN
di hadis yang lain pula:
Maksudnya : “Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun.”
Saturday, April 23, 2011
RIDHA
Ridha dengan ketentuan Allah sememangnya amat payah sekiranya tidak menepati dengan selera kita, lebih-lebih sekiranya ianya tidak terduga akan berlaku ke atas diri kita
Terjemahannya: Dan sekiranya mereka benar-benar ridha dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Allah dan RAsulNya, dan berkata "cukuplah Allah bagi kami, Allah dan RasulNya akan memberikan sebahagian dari kurnianya. sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah.
ada beberapa proses untuk memperolehi keridhaan Allah, diantaranya:
- benar-benar ridha dan sabar dengan ketetapan Allah dan percaya dan yakin bahawa Allah Maha Mengetahui dan ketetapan Allah adalah yang terbaik
- dengan kesabaran dan keridhaan tadi hati akan menjadi tenang dan ucaplah berulang-ulang kali ayat berikut:
- percaya dan yakin bahawa Allah akan menggantikan yang terbaik
jika tidak di dunia pasti di akhirat - dan sentiasa ingat hanya kepada Allah kita kembali.
wallahu a'alam
Thursday, April 21, 2011
LAMA TIADA POSTING
cuaca di Kota Bharu tidak menentu akhir-akhir ini, menyebabkan juga mood tidak menentu, kejap bahagia, kemudian sedih, kemudian sangat2 kecewa dan sekarang mood kembali seperti sediakala - tenang.
dalam keadaan mood yang tidak menentu inilah memujuk diri dengan melayan winter sonata 20 episode hingga habis. drama yang telah lama di tayangkan...., makcik ni baru minggu ni menontonnya. terlambat lebih 6 tahun....
.......... well
The moral of my story bukan cerita winter sonata ye:
YAKIN JANJI ALLAH,
jangan ikutkan perasaan. dan berbuatlah kebaikan.
"bersedekahlah walau dengan sebiji kurma kerana sedekah akan memudahkan segala urusan."
"perbuatan2 kebaikan itu menghapuskan kesalahan. itulah peringatan-peringatan bagi orang yang selalu mengingati Allah"
- surah Hud, 11: 114
Monday, February 28, 2011
ANTICIPATING!!!!!
Wednesday, February 9, 2011
promosi brownies
january 2011 juga dah lepas, februari pun hampir setengah bulan, bila nak start praktikal peguam syarie ni?. rasanya sekarang lebih selesa ambil tempahan brownies dari mengadap hakim mahkamah syariah. lagipun tidak terdesak sangat, makan cukup, tidur cukup, tempat tinggal selesa, anak2 semua sudah ada income sendiri ... tapi sayang juga sijil dah ada, kalau tidak diamalkan nanti lupa pula.
sesiapa nak tempah brownies:
plain brownies satu kotak 8"x8", siap potong, ada ~ 108 pieces.
order minima sekotak = 1 loyang RM40.00.
atau 2kotak 6" x 6" = RM40.00 untuk 2 kotak
atau 3 kotak 4" x 6" = RM 40
sila tel : 017 9188427
minggu depan baru nak R&D marble cheese brownies, orang lain sudah bertahun berniaga, kita baru nak testing market. insyaAllah kalu tidak cerewet mungkin akan dipromosi untuk satu lagi jenis2 brownies.
any body has stumble upon hysteria case and how to manage it?
Saturday, January 15, 2011
MENEKO BUKAN MENCAWAN
- tahaluf siasi dan
- peranan naqibat
kedua2 tajuk memang hebat dan disampaikan oleh ustaz yang hebat.
sesiapa yang ingin mendapat kertas kerja di atas bolehlah email
disini bukan hendak membincangkan kedua tajuk tersebut, tetapi ingin berkongsi harapan yang disampaikan oleh salah seorang peserta dalam slot ucapan penangguhan......
"katanya selama ini kita hanya menghadirkan diri di semua program samada usrah, tamrin, mukhayyam, ucapan dasar, kursus, seminar dan ceramah kelompok atau ceramah perdana- menerima segala ilmu - maknanya menadah ilmu seperti cawan menadah air dari teko.
sampai bilakah kita berperanan sebagai cawan sahaja???? sesekali cubalah berperanan sebagai teko, menuangkan ilmu kepada sesiapa jua.
diri ini memang ingin juga berperanan sebagai teko, menyampaikan ilmu. tetapi cara yang nampak hanya berperanan sebagai seorang ustazah mengajar di surau2 atau menjadi naqibat di usrah muslimat...
lepas itu terpikir juga yang kita sudah juga meneko sedikit2:
- menjawab soalan2 dari individu2
- menulis di blog ini
- menasihati keluarga dan sahabat2 yang bermasalah
"sampaikan walaupun satu ayat"
Thursday, December 23, 2010
LANGKAWI EXPERIENCE
I-pad yang sangat membantu - semasa dalam perjalanan
kami menginap di sini
Wednesday, December 15, 2010
SOLAT MENGHORMATI WAKTU
Semasa kembali dari menunaikan haji baru-baru ini, saya meminta pengesahan dari ustazah yang bertugas, kenapa kena solat menghormati waktu, padahal kita telah pun diajar mengambil wudu’ dengan menggunakan seminima air ke atas anggota-anggota yang wajib sahaja. Setahu saya, saya telah pun mengamalkan solat dalam pesawat dalam waktunya dan tidak pernah mengamalkan solat menghormati waktu, kerana saya telah diajar tiada terma “qada” dalam solat.
Katanya, semasa kembali dari tanah suci, pesawat beredar dengan membelakangkan qiblat, melainkan katanya kita mampu mencari ruang untuk membelakangkan pesawat, yang mana ia tidak mungkin bagi kami melakukannya melainkan yang duduk dekat dipintu pesawat atau solat ditengah2 laluan yang mana akan mengganggu kerja2 peramugari kerana dalam penerbangan balik bukan saya seorang sahaja yang ingin bersolat, bahkan semua penumpang adalah haji2 dan hajjah2 yang baru sahaja selesai menyempurnakan ibadat haji.
Masalah kami ialah tidak mengadap kiblat, setiba di tanah air - bila Tanya sahabat2 yang sama2 menuntut, kami berbincang dan ayat berikut kami ambil, sekiranya tidak mampu mengadap ke kiblat, maka solat boleh didirikan dengan tidak mendadap qiblat.
¬!ur ä-Ìô±pRùQ$# Ü>ÌøópRùQ$#ur 4 $yJuZ÷ƒr'sù (#q—9uqè? §NsVsù çmô_ur «!$# 4 žcÎ) ©!$# ììÅ™ºur ÒOŠÎ=tæ ÇÊÊÎÈ
Maksudnya: . dan Allah jualah Yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri
(ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah Yang diredhai Allah; Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa mengetahui.
(Al-Baqarah:115)
Kewajipan mengadap ke arah qiblat
mengadap KAABAH di Masjidil Haram , Mekkah adalah di antara syarat sahnya sesebuah sembahyang . Akan tetapi apabila kita terhalang daripada mengadapnya secara langsung atau pun tidak secara langsung , ini bukan sebab untuk kita meninggalkan sembahyang yang wajib .
Islam memerintahkan kita mengadap qiblat ketika bersembahyang dan memerintahkan juga kita agar berusaha sedaya-upaya apabila mendirikan ibadat, dan adalah impossible untuk kita memerintahkan pilot untuk memusing balik arah penerbangan untuk mengadap kiblat yang mana ia akan mengakibatkan banyak masalah international dan sangat merbahaya kepada semua pihak. Ini dinamakan terhalang dengan itu ayat dan kaedah fiqh di atas boleh diambil untuk kita meneruskan ibadat solat kita.
Tuesday, May 4, 2010
DAKWAH
- untuk mengajar rasanya memang tak mampu - takut tersalah ajar ilmu tak cukup - takut didakwa ajaran sesat, language barrier, tekanan politik. takut, takut, takut....... ada juga sahabat yang perli - ada degree syariah bila suruh mengajar menolak. jawapannya ringkas - bukan bidang saya dan keluarga saya
- ceramah - its way beyond my ability - untuk jadi pengerusi majlis pun tak bisa
- menulis pun - setakat satu perenggan boleh juga, tetapi bila nak buat rencana 4/5 muka surat - penuh satu bilik dengan buku rujukan - sebabnya al-ilmu fi al-kutub (betul ke phrase ni - tetapi inilah yang ditutur bila pensyarah tanya) last sekali.... buka website cari tajuk tertentu, bila jumpa, copy paste... habis cerita
- kerja-kerja amal, kalau guna tenaga memang out...
- ajar buat cookies - boleh - anytime, tetapi cookies kita pun bukat hebat sangat... setakat ok je
ada cadangan?
Tuesday, January 19, 2010
KENAPA MENIPU?
amat.... mengecewakan..... walaupun kadang-kadang perkara yang ditipu tiada kaitan langsung dengan diri dan bahkan tidak menimbulkan masalah kalau diceritakan perkara sebenar, tetapi kenapa menipu????
dua hari lepas dikejutkan dengan berita bahawa set rantai tangan, subang dan cincin nilam yang disangka berlian asli, dikatakan batu swiss... padahal ditempah dengan tukang emas kawan kepada kawan,.....sempat lagi dia menipu. telah berpuluh tahun dimilikki tak terfikir yang kita tertipu.
dan selepas itu terkena pula beberapa episode penipuan yang hingga sekarang masih dalam proses baikpulih.
dan masih lagi ditipu ....
kenapa harus diberi peluang kepada orang lain untuk membenarkan mereka menipu kita?
siakap senohong
gelama ikan duri
cakap bohong
lama2 mencuri
semoga tidak lagi dikalangan mereka yang menipu dan tertipu lagi. amiiin
Thursday, March 19, 2009
LEARNING MATHS AND SCIENCES IN ENGLISH
tetapi kegigihan cikgu yang mengajar fonetics dan serbanika untuk keperluan kelas remove memang menakjubkan. hanya kamus inggeris vs inggeris dibenarkan. selepas 2 bulan bersekolah saya dipaksa membaca buku david copperfield yang mudah, dan menceritakannya dihadapan kelas. masa tu tak de rasa malu... hentam je la maklumlah budak lagi, tak baligh pun lagi hehe.
masuk ke tingkatan satu, masih juga merangkak sebab semua subjek dalam bahasa inggeris melainkan bahasa melayu... tetapi guru2 masa tu memang mengambil berat. hanya saya seorang je malay dikelas, yang lain semua cina dan guru-guru pun semua cina termasuk guru bahasa melayu.
dalam kegigihanku bersekolah inggeris, kelas agama tetap wajib. tiada compromi bagi kedua ibubapaku. selepas habis sekolah sebelah pagi, bergegas terus kesekolah agama, walau lewat macammana pun. ustazah-ustazah pun faham akan kelewatanku, sekolah menengah 20 batu dari kampung ke bandar, kena tukar baju dari finafore sekolah convent ke baju kurung dan bertudung bulat.
so isu pembelajaran dalam bahasa inggeris ini sebenarnya memang tak ada isu langsung. kedua ibubapa saya pun tak pandai dan tak faham berbahasa inggeris, mereka tidak mengutuk tetapi memberi nasihat dan perangsang; lagipun ia adalah satu kelebihan iaitu dapat menguasai satu bahasa international, hanya tenaga pengajar patut di latih sepenuhnya bukan main tangkap muat je, dan ibu bapa juga perlu peka. Saya hantar anak2 ke sekolah SRI dan ada bahasa arab, saya dari tak pandai berbahasa arab saya belajar hingga dapat bachelor in Syariah.... tidak rugi belajar... kan Rasulullah saw ada berkata yang bermaksud- jalan mencari ilmu adalah jalan ke syurga, dan jangan kedekut untuk mencari ilmu yang berbayar, inSyaAllah Tuhan akan ganti dengan yang lebih baik lagi, tak de masa... cuba dulu, ramai sahabat yang bekerja, seorang isteri, ibu, pendakwah mampu meneruskan dan sekarang sedang menulis dissertasi MA, Allahu Akbar.
Wednesday, March 18, 2009
JADUAL HARIAN
1. setelah zahid berpindah sekolah yang berasrama, memasak tidak lagi menjadi tugas utamaku, apatah lagi suamiku suka makan di luar, dan semasa dia bertugas outstation dan kesihatanku mengizinkan dan sekirnya tidak ada program yng memerlukan kekuatan fizikal aku lebih suka berpuasa sunat. so memasak memang out dari list tugasanku, well??? kerja ringan kan?
2. setiap pagi aku mewajibkan diriku melakukan brisk walk yang tak berapa brisk selama 1/2 jam, untuk daya tahan jantungku dan juga untuk mengelakkan kesakitan yang keterlaluan kepada penyakit arthritisku. so morning walk is out, memang pun aku malas nak buat morning walk...
3. aku memang telah lama tidak mengangkat berat, mendukung cucu pun sesekali juga termasuk tidak ke supermarket membeli barang dapur untuk keperluan harian ku dan zahid. so bila ada orang tu nak dropku kat supermarket, aku pun mempertikaikannya. katakanlah kat supermarket ada trolley, tapi aku kena juga mengangkatnya dari shelf ke trolley, dari trolley ke counter cashier kemudian masuk ke trolley semula, kemudian menolak trolley ke kereta, masukkan ke dalam kereta, dari kereta masuk ke rumah... tengoklah berapa peringkat kerja mengangkat.... Ok,,, beras, berat minima 5kg, susu manis kesukaan zahid, 6pack tin, juga lebih dari 3kg, minyak masak 3kg,sosej cocktail, nugget, frozen food - piza, pau, fish and fries, ayam juga beberapa kilo, fresh milk, butter, cheese, sabun basuh tisu muka, tisu tandas, tisu dapur dan serbanika perkara lain lagi, kalau tak penuh trolley tak sah... lepas tu singaah kedai telur beli telur AA, 100... memang angkat berat... telah tidak aku lakukan 2 minggu sebelum admit ke hospital. so sekarang dalam frigde dan freezer memang kosong... kesian zahid terpaksa make do with what is available....
4. tidur siang.... telah lama rasanya aku tidak tidur siang, pertama kerana tidak berapa boleh tidur dan 2. aku rasa tidur siang tu memang merugikan masa. Banyak perkara boleh dibuat... membaca, berzikir, berinteraksi bersama keluarga dan anak2. disebabkan doktor menasihatkan banyak berehat jadi sekarang aku mengambil pelang 10 hari ini untuk rehat sepenuhnya, iaitu tidur disiang hari, eleh...10 hari je. tetapi memang ada kelainan, rasa badan pun ringan sikit, dada pun rasa kosong dan lega.
so lain kali kalau doktor kata berehat, berehatlah, mana nak dapat peluang bersantai macam ni, kalau pergi holiday pun otak ligat memikir, what to do next, kos berapa, kerana holiday bersama famili pun jarang pergi, dan kalau terpergi holiday sesekali pun tak pernah rancang, so balik penat dan dissatisfied je...
Friday, February 6, 2009
TURMOIL IN PERAK
nak komen banyak2 pun kita tak pandai politik, tetapi apa yang kita lihat MB Ir.Nizar telah melakukan yang terbaik untuk rakyaat Perak.
diharap negeri lain yang dibawah pemeritahan PKR akan lebih berwasada dengan taktik jahat musuh2, dan memilih hanya wakil rkyaat yang berwibawa ikhlas dengan perjuangan untuk menegakkan keadilan dan tidak tamakkan dunia.
Sunday, February 1, 2009
SEAL WITH A KISS
business zahid alhamdulillah berjalan lancar....
Wednesday, January 28, 2009
END OF JANUARY
at the end of the month i've to submit staff payroll statement to HQ, submission sales to Gamat emas, a few copies to photostat to be couried to HQ.
At the beginning of the month, I've to distribute pay check, pay office and house rental, pay bills and remedied any discrepencies. it seem so bteezy and relaxing, but is actually not. normally the rental is settled almost at the middle of the month, TNB and TMB bills paid way past its due date. why????? there are so many excuses....
the car is not available(sharewere system by me, am and my encik), cheque not cleared, no driver (when my biorhythm is low), not in the mood to dress up..... bla bla...
Saturday, January 24, 2009
CHINESE NEW YEAR
so untuk mengelakkan terpaksa masuk bandar minggu depan, aku telah bersedia serba sedikit stok untuk menampung 3/4 hari cuti ini. 1/2 dozen jemput ikan bilis adabi, 3 tin sardin cap ayam, 3 kilogram tepung gandum, dan bahan2 untuk buat brownies - 1 kotak cooking chocolate, 4kg brown sugar dan 4 kg high ratio flour. telur memang banyak lagi dalam fridge...
Thursday, January 22, 2009
SEMUA SAMA
isteri pula bila suaminya melayannya dengan baik, berfikir alangkah baiknya aekiranya dia jatuh sakit 5 tahun dahulu.... agar dia mendapat layanan sebegitu istemewa dari suaminya sejak 5 tahun yang lalu.
begitulah serba sedikit ceritanya... apabila isteri tidak tahan menanggungkan kesakitan yang amat sangat dia meminta suaminya membunuhnya saja, kerana kata isteri dia tidak sanggup melihat keperitan dan kesedihan yang ditanggung oleh suaminya.
katanya biarlah dia membawa bersama kesakitannya dan kesedihan suami dengan kematiannya.
sebelum kematiannya si isteri telah menceritakan rahsia dirinya bahawa semasa dia hamil sentiasa mendoakan jika anaknya perempuan biarlah cantik dan berjaya dan jika lelaki tidak terlalu handsome supaya tidak melukakan perasaan isterinya jika berkahwin kelak.
akhir cerita suaminya melekapkan bantal kemuka isterinya sehingga mati.
adakah ini crime of passion???? dan si suami merengkok di penjara
itu adalah mentality cerita orang non muslim......
kalau cerita orang Islam bagaimana? berdasarkan kepada plot yang sama....
boleh jadi sudah beristeri lain konon untuk mendapat zuriat lelaki. atau pun mengikut sunnah nabi berkahwin lebih dari satu????
perasaan wanita semua sama... INGIN SENTIASA BERADA DISISI suami dalam senang apatah lagi semasa sakit. tetapi bila sudah berkongsi, adalah mustahil, mengalah sahajalah yang hodoh seperti cerita korea tadi. cuma dalam Islam ada satu yang lebih kuat lagi harapan after life - 'syurga' - JANJI ALLAH ADALAH BENAR
SUAMI/BAPA TERPILIH
maka sesiapa yang bermastautin di wilayah kota bharu dan merasankan dirinya layak dan menepati kriteria bapa/suami terpilah bolehlah mengajukan borang permohonan ke email ini. minah.bernawi@gmail.com dan mesti sampai sebelum 26hb. january 2009
Monday, January 12, 2009
MACAM-MACAM HAL
minggu lepas berada di kuala terengganu selama 5 hari membantu dun bandar kempen untuk pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. balik 2 hari untuk memastikan keperluan Ati pergi. ke Sydney.
10hb, Jan, always on my mind.... antar tikar bantal???? so funny
.... MasyaAllah, subhanAllah,Astaghfirullah!!!!