Showing posts with label cookies. Show all posts
Showing posts with label cookies. Show all posts

Friday, June 13, 2014

BISKUT RAYA 2014 dan BANGKIT CHEESE

Masa begitu pantas berlalu, tup, tup sampai masa dan ketikanya nak mengistiharkan pula senarai biskut raya untuk tahun 2014. Disebabkan kesuntukan masa dan pertukaran pengurusan,  tidak banyak yang ditambah melainkan satu jenis sahaja iaitu bangkit cheese.

walaupun Bangkit Cheese sudah lama meletup di alam maya, dan di merata blog2, tetapi oleh kerana kesempitan masa dan belum merasa kenikmatannya, baru tahun ini tergesa2 meng R&Dkan, membaiki sedikit sebanyak dari resipi-resipi yang digoogle dan memang jelas meletup. setiap kali mengadun untuk stock memang habis di borong pelanggan tidak kira pelanggan anak muda atau pelanggan dewasa.


 walaupun nampak biasa-biasa sahaja tetapi cuba hulurkan sebutir ke dalam mulut, aduhhhh nikmatnya, bukan hanya penggemar bangkit atau penggemar cheese sahaja yang meminatinya, tetapi hampir kesemua pelanggan yang singgah ke bengkel cookies akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu balang bangkit cheese.

Begitulah penangan bangkit cheese kali ni, sekali buat terus meletup.

Alhamdulillah rezeki dari Allah:

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya dia akan membukakan jalan keluar baginaya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disang-sangka." 





ini tart nenas, salah satu produk cookies raya untuk jualan. last year memang meletup habis-habisan, dan dikekalkan lagi tahun ini.

dan cookies yang palis laris adalah chocolate chips cookies. laris tu bukan sahaja ramai pelanggan tetapi jumlah yang ditempah memang diluar jangkaan. ada yang menempah untuk door gift di musim kenduri kahwin dan juga door gift untuk program-program  rasmi.


Alhamdulillah....






Sunday, May 26, 2013

BISKUT RAYA 2013

Alhamdulillah akhirnya siap juga sample biskut raya untuk tahun 2013. Walaupun bermula mengadun doh seawal 1 Rajab lagi, tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, ia mengambil masa lebih panjang daripada yang dijangkakan. ada yang dah siap tetapi tidak melepasi ISO anak2, terpaksa diolah semula, ada yang sangat hebat testimoninya di blog2 sahabat maya tetapi tidak menepat citarasa tester terpaksa juga didrop langsung;  tetapi biskut yang tersenarai di bawah ini diramalkan tidak mengecewakan, bahkan memang sangat istemewa rasanya. 

berikut adalah senarai biskut untuk 2013:


1. Gajus cookies : adunan serbuk gajus, oats dan nestum, rasa lemak dan harum kisaran gajus panggang memang tidak puas dengan hanya menguyah sekeping cookies...

 2. Strawberry chocolate Square: Adunan strawberry cookies di celup dengan coklat susu. keharuman bau strawberry emalco dan kelembutan coklat susu collata.... adui... sungguh nikmat.
 3. Crispy choc: gandingan kuaci hijau yang telah dipanggang, oats dan chocolate chips. dan di sapu permukaan dengan milk chocolate dan di tabur dengan Hawaii coconut yang telah dipanggang dan didrizzle pula dengan dark choc. Fikir sendirilah rasa cookies ini.... crunchy, lemak milk chocolate....

4. Suji cornflake: biskut yang telah lama berada dipasaran, yang masih lagi ditanya2 oleh pelanggan "Buat lagi ke biskut ini?" dengan sedikit keceriaan: ditambah dengan hirisan cerry untuk menyerikan lagi biskut yang memang  sudah berseri

 5. Snow Almond: biskut ini pun tidak payah nak cerita lagi. dalam blog masakan sahabat di alam maya telah menceritakan  kenikmatan biskut ini.
 6. Almond London
 7. Chocolate chips
 7\8. Tart Nenas dengan wajah baru diadun sepenuhnya menggunakan Anchor butter. lemak butter, masam manis jem nenas,aduiii.... hanya peminat tat nenas sahaja yang dapat mengkoyakan nikmatnya.

9. EZ almond: adunan doh dengan serbuk almond,  almond nibs dan kisaran cornflake, sangat sesuai untuk kanak-kanak yang suka makan almond london tetapi inti almond panggang didalamnya dibuang... atau untuk mereka2 yang tidak suka mengigit whole almond.


Untuk tempahan sila SMS ke talian 017-9188427

Wednesday, May 15, 2013

TAT NENAS TERATAI

Masa dan ketikanya sudah sampai untuk memulakan R & D sample biskut raya untuk jualan tidak berapa lama lagi. pilihan pertama sudah semestinya Tat Nenas, dalam betuk apa sekali pun. tetapi yang paling minat memanglah tat gulung, tapi apakan daya sudah tidak terlarat nak menekannya, lainlah kalau ada "Falcon pasta maker". katanya memang superb, boleh buat beribu sehari, tetapi entahlah belum bertemu jodoh lagi, sebabnya kalau nak beli nak lihat sendiri demo cara2 menggunakannya. kalau tidak maknanya simpan dalam setor sahaja....

berbalik kepada tat nenas tadi, kali ini  memilih untuk membuat TatNenas teratai. resipinya sama sahaja seperti buat tat gulung yang sepertimana apa yang ditulis di pembungkus acuan tat nenas.

tapi tak apa ini resipinya:
125 gm mentega
30 gm gula icing sedikit vanilla 
1 kuning telur
220 gm tp gandum
2 tbsp tepung jagung

caranya:
pukul mentega dan gula icing, masukkan vanilla dan kuning telur, pukul hingga sebati masukkan tepung dan uli hingga sebati. 

terap dengan acuan bunga pecah lima


 ini dalam proses pembuatan

 dah siap dibakar
 gambar closeup
acuan ini disalah guna untuk buat tampuk tat.... haha..

agak cerewet juga buat tat ini, kena melalui beberapa proses, tetapi sangat berpuas hati dengan outcomenya, sangat comel sampai sayang nak makan. yeah..... masuk bakul angkat sendiri.

sudah pasti tat ini termasuk dalam senarai sample biskut raya 2013. 

siapa nak buat sendiri silakan, resipi pun dah ada, dan  sekiranya nak tempah harap buat seawal2nya, paling lewat 1 minggu sebelum Ramadan.

Happy baking..


Sunday, October 14, 2012

DOOR GIFT - MAJLIS MENYAMBUT MENANTU ANUAR FAZRIN & ZUBAIDAH 17/6/2012

Assalamualaikum, ini cerita dah lama, sebab ingatkan tak sempat anak ambilgambar doorgift untuk majlis sambut menantu, rupanya ada terjumpa dalam album azmi.
Doorgift kali ini merupakan pelbagai cookies dan biskut raya yang laris dijual pada tahun sebelumnya iaitu :




 coconut almond cookies
 Model door gift: manisnya Aminah Zulfa


  • almond london, 
  • coconut almond cookies
  • chocolate chips
  • snow almond
  • suji salji dan
  • chocolate clusters,
  • banyak kelebihan buat door gifts macam ini,  kerana cookies nya self dan homemade, ianya jenis cookies boleh dibuat lebih awal lagi dalam 2/3 minggu dan boleh dipek dan ikat  riben siap2 dan simpan dalam kotak dan ada personal touch.
seminggu selepas wedding ada pula untuk tempahan door gift yang serupa.... alhamdulillah.

kebetulan pula Ramadan menjelang beberapa minggu selepas majlis, apalagi memang buat lebih untuk dijadikan sample biskut raya. 

Wednesday, June 27, 2012

BISKUT RAYA 1433H - 2012M

Assalamualaikum,
setelah sekian lama menyepi, bukan kerana merajuk tetapi disebabkan terlalu sibuk, kini semua sebab-sebab kesibukan beransur-ansur selesai. Exam akhir untuk ijazah master telah selesai, insyaAllah sedang menunggu resultnya, harap-harap mumtaz, pernikahan Ayen alhamdulillah sempurna, cuma sekarang sedang mengemas rumah  untuk berpindah ke alamat baru.


ada beberapa isu teknikal:
1. pertukaran alamat Astro telah dilapurkan
2. streamys belum pindah/tutup line
3. alamat ke bank-bank, credit cards, tesco dan sahabat belum dibuat.
4. sample biskut raya telam siap, dan separuh telah diedar kepada sahabat yang membantu untuk menjualkan.

 CHOCOLATE TART:
crispy casing filled with milk chocolate and peanut butter
 SUJI SALJI:
adunan dari minyak sapi dan butter, tepung suji, tp jagung dan cornflake, disalut dengan serbuk  susu penuh cream
 ALMOND LONDON:
sebiji almond panggang disalut doh, dibakat lalu dicelup coklat masakan
 KOKO OATS:
adunan kisaran oats, serbuk koko dan tepung, lalu di salut dengan gula icing dan susu tepung. nikmat dan nyaman
 SNOW ALMOND:
adunan serbuk badam, nestum kisar, perisa kopi....hmmm nyaman lalu dicelup dengan coklat dan disalut breadcrumss, lembut di dalam dan crunchy di luar
 TAT NENAS:
tat nenas yang menjadi faveret, sama ada gulung, bunga sekundang, kali ini diterap sebagai tat nenas kembang. Doh di adun dengan pure butter jenama Anchor, menjadikan tat menjadi lemak dengan butter masam dan manis dengan jem nenas.
 ALMOND COCONUT TOASTED:
adunan serbuk badam dan kelapa kering lalu dihias dengan lorekan white choklat dan ditabur dengan kepala panggang di atasnya
 DISPLAY SAMPLE COOKIES RAYA
CHOCOLATE CHIPS:
biskut yang telah bertahan beberapa tahun, loaded with chocolate chips, slivered almond, oats dan cornflakes, dimaniskan dengan gula perang.... memang tidak akan puas sebelum bekas biskut kosong.

TEMPAHAN DITERIMA SEHINGGA AKHIR SYAABAN 1433.

 SILA TEL 017-9188427


Wednesday, June 29, 2011

SAMPLE BISKUT RAYA 2011




sembilan jenis biskut yang akan dipromosikan untuk jualan tahun ini



RM 18.00 sebekas
no 1 sale last year untuk biskut ini... kalau ikut kiraan biasa, tetapi disebabkan ada tempahan sebanyak 130 bekas untuk biskut chocolate chips sahaja menyebabkan , menyebabkan kedudukan biskut ini jatuh ke no 2.


Alhamdulillah sample untuk jualan biskut raya tahun ini telah pun selamat di pek untuk diagih2kan kepada sahabat untuk diedarkan kepada pelanggan2 regular.


Tahun ini agak adventures sikit, buat sembilan jenai cookies untuk diedarkan. ingat nak edar lima atau enam sahaja, tetapi bila test semuanya sedap2, lagipun dijangka akan ada pembantu yang boleh diharap, jadinya memberanikan diri juga. setakat ini telah mendapat tempahan separuh pek regular untuk satu jenis biskut sahaja - apa2 jenis - sebanyak 250 bekas... alhamdulillah.. biskut yang dipilih untuk tempahan ini belum dipastikan lagi...




c

cookies baru di sini, tetapi sudah lama di pasaran

CHOCOLATE CLUSTERS = RM20.00/BEKAS

crunchy cornflake + badam panggang disalut dengan coklat susu dan dark coklat... hmmm memang nikmat untuk sesiapa yang meminati coklat



InsyaAllah biskut ini dijangka meletup tahun ini. sehingga hari ini telah 3 kali mengadun disebabkan ada permintaan di luar musim.




KOKO OATS = RM18.00/BEKAS
cookies yang lemak, campuran koko, oats kisar dan butter




SNOW ALMOND = RM20.00 sebekas
one of the top sale last year
adunan nestum, creamer tepung jagung, doh yang disalut dengan coklat dan disadur dengan breadcrumbs, lembut di dalan tetapi crunchy di luar


ada 4 jenis lagi.....
1. chocolate chips = RM19.00
2. tart sekundang = RM 20.00
3.mocha crunchies = RM 19.00
4. milky drizzle = RM 19.00




Untuk tempahan, sila email mbernawi@gmail.com.... atau telefon 017 9188 427

Wednesday, April 6, 2011

CHOCOLATE ALMOND BISCOTTI








yes finally..................


termakbul juga hasrat nak buat biscotti ni.

bila di belek agaknya siapa nak makan, hirisan tebal, keras pula, memang betul-betul ikut arahan dari resipi... tapi feedback katanya aliya sangat meminatinya. it is an acquired taste, tak makan maka tak cinta. memang sedap - wangi bau vanilla dan 'toasted almond' dan chocolate chip

katnya dia dunk dalam air, dia makan sampai habis sekeping. wow mesti kenyang

resipi ambil dari "joy of baking"

Thursday, September 23, 2010

TART SEKUNDANG







TART SEKUNDANG









KOKO OATS









Hari ini baru kesempatan untuk memuatkan resipi cookies raya yang sangat cerewet tetapi sedap iaitu Tart sekundang. Banyak juga dapat tempahan hingga melimpah selepas raya. baru sahaja habis menyiapkan 26 bekas semalam untuk hari keluarga sebuah pejabat kerajaan.


Biskut koko oats tu baru je dibuat selepas raya. Resipi ehsan dari seorang sahabat yang sama2 ada masalah saraf (jumpa di hospital)hehe..... memang marvellous.. ada rasa lemak, dibuat menggunakan pure butter dan ditambah dengan sedikit minyak sapi untuk yang menjadikan ada kelainan rasa yang unik.


ini resipi untuk tart sekundang


260gm butter

100gm castor sugar

40gm susu tepung

2 egg yolks

380 gm tp gandum


jem nenas untuk inti

kuning telur untuk disapu

jelly tip untuk hiasan

ada beberapa proses sebelum terjadinya sebiji tart sekundang.
  1. menggentel jem
  2. mengadun doh
  3. menimbang doh (agar sama besar)
  4. letak jem dalam doh
  5. melorek doh
  6. sapu kuning telur
  7. hias dengan jelly tip
  8. bakar
  9. bubuh dalam papercup dan pek dalam bekas,

tetapi memang berbaloi, sebab sedap. tak payah lorek pun tak apa kalau nak makan sendiri, tapi kurang comel.....

sesiapa nak resipi koko oats tu tunggulah bila ada mood, atau kalau nak cepat email sahaja.

wallahu 'alam











Tuesday, June 29, 2010

BISKUT RAYA 2010M/1431H


tart sekundang RM20/bekas.... jem nenas yang dibalut doh lembut.... cair di mulut.....hmmm nikmatnya. Produk baru

Chocolate chips RM19/bekas.... all time favourite, last year top sales. dibuat dari pure butter SCS/Churn, loaded with choc chips, cornflake & 0ats + toasted nibbed almonds
bayangkanlah kerangupannya


Suji Salji RM18/bekas. adunan ghee and butter bersama tepung semolina, tetapi ditabah dengan kisaran cornflake.... cookies ynag unik tapi hmmmmm. produk baru di sinitetapi pengusaha lain dah lama buat.



Snow Almond RM20/bekas. sekali makan nak lagi, kalau pandang tak menarik, tetapi rasanya luar biasa. top sales seiring dengan chocolate chips



Coffee Alomond Chocolate RM19.00/bekas. cookies ala-ala ferro roche. dah rasa baru tau
...
sample baru siap petang tadi....
kalau nak buat sendiri silakan, resipi cuba cari di entry yang lepas2. kalau M sudah sudah melanda tempah saja, mudah kira dan cepat-cepatlah hantar tempahan.
tempahan ditutup pada 1 Ramadan.

jangan lewat!!!!!!!!!.