Showing posts with label brownies. Show all posts
Showing posts with label brownies. Show all posts

Monday, March 18, 2013

DOOR GIFT PERSANDINGAN AIAI DI TAMAN PERWIRA 1


Assalamualaikum, 

Hasil doorgift yang sangat menarik dan simple. di isi sama ada dengan brownies, chocolate chips dan biskut badam. Brownies nya adalah produk dari Kota Bharu( sayalah ), tetapi biskut badam dan chocolate chips ditempah dari taukey biskut di Kuala Lumpur.

di dalam goodies bag itu diisi dengan sebiji telur pindang, a jar cookies dan sekeping calender 2013

sesuai untuk semua majlis - aqiqah, bertunang, persandingan dan segala majlis kenduri kendara.




Monday, February 4, 2013

MOIST CHOCOLATE KEK


Hari ini telah mencuba resipi moist chocolate kek, yang memang telah menjadi faveret anak-anak dulu. oleh kerana mereka semua telah membesar, rasanya sudah lama tidak membaking kek ini, rasanya semenjak brownies menjadi produk jualan 'all time favourite' tidak mengira musim, sama ada musim kenduri, maulidul rasul, apatah lagi musi raya.

mujur juga setelah berpindah randah, resipi ini tidak tercicir, walupun ada sebuah buku resipi tulisan tangan telah menghilangkan diri entah kemana...

nak buat cerita sebab apa membakar kek ini?. 
Telah banyak kali ada beberapa pelanggan apabila mengorder brownies, mereka bertanya ada buat kek lain tak... buat tu ada tapi bukan untuk commercial, buat menggunakan 'pure butter', sebab nak makan sendiri mesti nak makan yang sedap, lemak dan kalau nak jual pun kena harga tinggi sikit. bila sebut harga, kebanyakkan mereka kata mahal. 

so kek ini menggunakan lepa susu 'buttercup', tapi produk lain tetap mengekalkan quality yang sama, tepung superfine, serbuk koko grade A, telur 'AA' 

katanya resipi ini dapat dari sebuah hotel, tapi memang sedap sebab tidak menggunakan ovalett dan soda bicarbonate. Tekak ni memang tak boleh terima sangat kalau letak soda bicarbonate dan ovelerr terlebih2.

Polisi saya kalau nak jual makanan, ia mesti produk yang digemari anak-anak sebab jimat masa, kalau pagi tidak sempat membuat sarapan masih boleh lagi makan pau kukus atau donut.

selama ini produk yang telah dijual seperti Pau inti kacang, DONUT, brownies, tat nenas memang menjadi kegemaran anak-anak, jadi sambil membantu ---- sambil menguyah.

resipi nya
bahan A
1 cawan air
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula
semuanya di masak hingga gula hancur dan sejukkan

Bahan B
2 caw butter
1 cawan gula castor
5 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder

caranya: Pukul butter dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu
ayak tepung bersama baking powder lalu masukkan kedalam adunan butter tadi berselang seli
dengan cecair serbuk tadi hingga habis.

satu adunan dapat empat bekas seperti  gambar di atas. 
selamat mencuba. 





Sunday, December 11, 2011

CHOCOLATE CHEESE CAKE


chocolate cheese cake
semalam, sabtu dalam keadaan badan yang memerlukan kerehatan yang maximun,  mengagahkan juga diri membaking dua jenis kek, konon untuk jamuan anak sedara dari Kuala Lumpur    yang datang berkursus di sini. Dan janjinya jumpa petang esoknya, so dalam hati tu kalau petang biasanya lepas asar.

pagi tu mulalah koya nak buat apa ye, kalau nak jamu nasi memang tidak termampu diri ini, nak masak lauk pauk, dan makan luar tak sedap pula kerana tiada bodyguard. so buat lah plain brownies dan chocolate cheese cake.

siapa tengahari, tidur sebentar untuk recaj  badan, dan sebelum asar mulalah mendail no anak sedara. alamak line maxis buat hal, semua "network busy". pakai line DIGI, juga tiada jawapan, so antar SMS, pun tiada jawapan....

dalam jam 5.45 petang dapat reply "maaf dah sampai subang",

rupanya kita salam faham dalam term petang. ok tak pe.

waktu 'Petang' bila ye? "antara zohor dan asar" atau "lepas asar"


so pagi ini breakfast chocolate cheese cake.... ooooh yummy, sedap masak cara 'baine-marie' soft and moist gitu

kot lunch pun chocolate cheese cake....Resipinya nanti ye...akan ditaip bila senang...

Ini resipi yang dijanjikan:- 12/12/2011
Bahan 'A'
180 gm mentega "Anchor"
170 gm gula castor
3 biji telur 'AA'
20 gm serbuk koko
1 tsp baking powder

Bahan 'B'
250 gm cream cheese - pakai brand Anchor juga
60 gm gula halus
1 tsp vanilla essence
1 biji telur 'AA'

cara2nya-

  1. panaskan oven pada suhu 160C, lenserkan loyang 8"x8"x3" dan alas kertas minyak
  2. campurkan cream cheese esen vanilla dan gula, putar hingga sebati, lalu masukkan telur dan putar hingga adunan berkerim, pindahkan ke bekas lain, cuci dan masukkan...3. ini sbb ada satu set mixing bowl sahaja
  3. gula dan mentega di pukul hingga putih lalu masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan baking powder hingga habis.
  4. tuang 1/2 adunan coklat ke dalam loyang dan ratakan, lalu tuangkan semua adunan cream cheese dan ratakan. tuang baki adunan coklat ratakan atau buat setompok-setompok macam kek marble dan ratakan.
  5. bakar 40-45 min hingga masak. letakkan seloyang air di dasar oven untuk mendapatkan kek yang moist dan lembut.
  6. nota: resipi asal telur  guna grade 'A', tetapi stok yang ada di rumah hanya grade 'AA' untuk pembuatan brownies maka terpaksalah....  tetapi resultnya tetap marvellous.
  7. cubalah...  memang tidak menghampakan, kalau malas boleh tempah - harga istemewa sebelum akhir tahun @RM40.00 sebiji.
  8. wallahu a'alam





Tuesday, November 1, 2011

TEMPAHAN BROWNIES V ANGIOGRAM

Pagi semalam tidak semena2 sahaja rasa sakit dada mendatang lagi tanpa sebab. boleh janji berulang alik turun naik tangga beberapa kali dalam masa yang singkat. memang selama ini memang jaga betul bab turun naik tangga dan mengangkat barang ni. tak boleh jadi ni; kena cari rumah yang setingkat sahaja, atau pun untuk menyelsaikan masalah sementara, pindah sahaja ke bilik bawah, atau create a kichenette di tingkat atas...macam mana? cuti eidul adha ni gotong royong pindah bilik atau tambah bilik ye.

semalam semasa menunggu giliran temujanji dengan doktor pakar, sms alert tidak berhenti2, ketika sampai dirumah dikira2 dapat tempahan 17.5 kotak brownies untuk disiapkan dalam masa dua hari iaitu esok(rabu) dan lusa. kalau dikirakan memang penat, tetapi kalau tak buat pun memang penat juga, assistant pulak sampai lewat, selamat dia.

bila dah confirm semua tempahan, giliran temujanji pun sampai. Doktor bertugas membuat kejutan pulak, mengatakan haribulan untuk buat angiogram sudah fixed dan surat kemasukkan ke ward dah siap Doktor pakar tandatangan. bertambah lagi sakit dada. buat ECG sekali lagi, confirm memang kena buat........ pada 14/12/2011, warded sehari sebelum tu iaitu 13/12.... kalau nak tangguh lagi boleh juga tetapi next appointment boleh dapat dalam masa 8/9 bulan lagi.

sekarang nak bersiap sedia pergi terapi tulang belakang dan arthritis di HUSM.

Subhanallah, Alhamdullillah, Allahuakbar

Wednesday, July 20, 2011

HARGA BARU BROWNIES

assalamualaikum,

memandangkan harga petrol telah dinaikkan beberapa kali, dan naiknya harga bahan untuk pembuatan brownies, maka tidak dapat tidak terpaksa menaikkan harga brownies kepada RM42.00, berkuatkuasa 1hb. OGOS 2011.
terima kasih daun keladi... diharap agar terus menyokong produk kami.




Tuesday, June 7, 2011

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah di kota bharu memang havoc, satu penomena yang yang kurang selesa oleh golongan warga kota bharu seperti kami. apa tidaknya, jalan penuh sesak dengan kereta, bas rombongan, kenduri kendara, majlis perkahwinan dan bermacam-macam aktiviti di stadium dan padang perdana yang menambahkan lagi kacau bilau apabila sesuatu perjalanan yang biasanya mengambil masa 15minit menjadi sejam atau lebih..... aduh memang tension. sama lebihkurang seperti musim hari raya

tetapi jangan ambil hati ye, inilah kemajuan.....

biasanya kami memang sudah plan untuk mengstok barang2 keperluan dirumah dan segala keperluan peribadi dan pejabat diselesaikan sebaik mungkin sebelum cuti sekolah. tetapi apakan daya kita hanya merancang....

hari ini terpaksa keluar kerana bahan-bahan untuk pembuatan brownies sudah sangat merosot, di dapur, telur AA, tepung super fine hanya cukup untuk seloyang brownies...

insyaAllah


Wednesday, May 18, 2011

DOOR GIFTS - BROWNIES

Penyeri majlis dan pembantu setia packing door gift........


sebahagian dari brownies yang telah siap di pek


ini pek untuk jualan untuk koperasi di muktamar muslimat negeri kelantan




door gift yang sedia diangkut ke dalam kereta untuk ke destinasi





Dalam senyap beberapa minggu berlalu, walaupun tiada entry.... banyak perkara berlaku. Zahid bercuti selama 2minggu sehingga 9hb Mei. Ati bercuti dari 12hb mei-18mei, muktamar muslimat negeri dan berbagai program, ada yang tidak sempat dihadiri.


Sedang elok sahaja selepas zahid kembali ke UIA, kena siapkan tempahan door gift 1000pcs. terlepas pula zahid peluang membantu.... 1pek@2pcs of brownies each. itu bermakna 2000biji brownies nak kena siapkan yang memakan masa dua hari untuk menyiapkan browniesnya dalam lebihkurang 20 trays. itu belum kira nak menyiapkan bekasnya, gam riben and staple pek yang dah siap.



Alhamdulillah door gift siap, jualan brownies di muktamar pun habis dan sempat promo nombor telefon lagi jika hendak menempah. duit tempahan sudah diterima dan habis untuk dibelanjakan dalam projek bata. demikianlah kisahnya duit masuk duit keluar senang sahaja, tapi penat sikitlah.



Rezeki dari Allah datang dari punca yang tidak disangka2....















Friday, March 25, 2011

BROWNIES PEK SIMPLE

Esok MAT muslimat dan saya di amanahkan menjadi pendaftar perwakilan dan sebelum itu juga diamanahkan menyediakan cenderahati untuk perasmi mesyuarat, iaitu sekotak brownies - itu sahaja kebolehanku.




untuk membaking sekotak brownies memang tidak "menghapus lelah", kebetulan urusetia ada membuka meja jualan, so kita menumpang mempromosi dan mencuba nasib dengan produk brownies yang dipek sembilan biji dengan harga RM3.00, ini kira harga promosi.





harga sebenar RM3.40/pek



InsyaAllah dengan peserta yang dianggarkan melebihi 300 moga laris produk dan mendapat tempahan lain pula... Amiiin


berminat....


Wednesday, February 9, 2011

promosi brownies

Chinese new year holidays dah lepas, minggu depan cuti maulidur rasul pulak....

january 2011 juga dah lepas, februari pun hampir setengah bulan, bila nak start praktikal peguam syarie ni?. rasanya sekarang lebih selesa ambil tempahan brownies dari mengadap hakim mahkamah syariah. lagipun tidak terdesak sangat, makan cukup, tidur cukup, tempat tinggal selesa, anak2 semua sudah ada income sendiri ... tapi sayang juga sijil dah ada, kalau tidak diamalkan nanti lupa pula.

sesiapa nak tempah brownies:
plain brownies satu kotak 8"x8", siap potong, ada ~ 108 pieces.
order minima sekotak = 1 loyang RM40.00.
atau 2kotak 6" x 6" = RM40.00 untuk 2 kotak
atau 3 kotak 4" x 6" = RM 40
sila tel : 017 9188427

minggu depan baru nak R&D marble cheese brownies, orang lain sudah bertahun berniaga, kita baru nak testing market. insyaAllah kalu tidak cerewet mungkin akan dipromosi untuk satu lagi jenis2 brownies.


any body has stumble upon hysteria case and how to manage it?






Saturday, October 18, 2008

tempahan brownies






petang tadi aku sempat mengadun dua loyang brownies untuk tempahan yang akan di hantar esok.
semalam aku membakar 6 loyang brownies - 3 1/2 kotak tempahan dari Zahid untuk majlis akhir tahunnya, dan 2 1/2 kotak tempahan dari seorang sahabat juga untuk majlis perpisahan disekolahnya.

alhamdulillah business brownies ini berterusan selepas hari raya.
ini ada beberapa gambar brownies


untuk makluman sekotak brownies ( 100biji) harganya RM40.00
atas permintaan 1kotak 100biji boleh di bahagi kepada 2 atau tiga kotak kecil dengan sedikit kos tamabahan. atau jika tempahan banyak boleh di bahagi kepada 4 kotak kecil