Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Friday, June 13, 2014

SNOW CHEESE CAKE

Wow mengancam tak?


sebiji snow cheese berjaya di terjemahkan dari olahan resipi2 yang terdapat dari beberapa blog.

dengan mudahnya kek atas mengandungi:

kek:
dari satu paket  500 gm kek sponge mix.
dengan adunan di atas akan mendapat 2 biji kek size 9"
hanya satu kek sahaja yang akan digunakan. 
yang satu lagi tu makan sahaja.... dip dengan jem ke...
ikut aturan yang tertera di paket sponge mix itu dan jangan mengelat....

cheese topping:
250 gm philadelphia cream cheese
125 gm susu manis
50 gm susu Dutch Lady UHT

digaul semua dan dipukul dengan speed tinggi hingga hancur cheese dan menjadi adunan licin agar boleh disapukan ke permukaan kek.

Cara2: 
potong  dua sebiji kek agar menjadi dua lapis dan asingkan.
sapukan adunan cream cheese ke atas permukaan kek untuk lapis bawah. tangkupkan semula dengan lapisan atas tadi.
tuangkan adunan cream cheese dan sapukan hingga licin di permukaan dan sekeliling kek.
taburkan dengan parutan cheddar cheese dan hias....

hiasan ini sangat unik dengan menggunakan apa yang ada di dalam fridge - 
potongan mangga epal dan jelly tip - olahan oleh farah petugas yang berminat dan berkebolahan menghias kek dan cookies.



Thursday, March 14, 2013

HOKKAIDO CUP CAKE





Assalamualaikum, 

cup kek sejurus sahaja keluar dari oven....


Alhamdulillah, semalm dapat menghasilkan ciffon cupkek yang telah lama diidamkan. . Akhirnya dapatlah resipi yang jelas dari blog  masam manis, dan hasilnya walla, mendapat pujian dari keluarga...Customer brownies selalu bertanya ada produk lain ke nak beli, inilah hasilnya. Resipinya seperti dibawah



HOKKAIDO CUP kek
Rujukan: masam manis
Bahan A

4 biji kuning telur
30 gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu Dutchlady UHT
40 ml minyak canola Natural
55 gm tepung superfine
20 gm tepung kastard
1 sudu teh baking powder

Bahan B
4 biji putih telur
1/4 sudu teh garam
80 gm gula halus

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan ~35 biji solo cup size S


1. Satukan bahan kering, tepung superfine, tepung kastad dan baking powder dan ayak 3 kali.
2. Pukul kuning telur dengan gula hingga bersatu dengan tangan sahaja, masukkan susu, minyak canola dan pukul lagi hingga sebati lalu masukkan bahan kering. yang ini menggunakan whisk tangan sahaja.
3. Di lain mangkuk yang kering, pukul putih telur dengan garam hingga berbuih, lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga bancuhan menjadi gebu dan bertanduk. ini menggunakan whisk mesin pembancuh.
4. masukkan adunan telur putih ke dalam adunan merah telur dan kacau dengan ksedah kaup balik sehingga sebati semuanya.
5. tuangkan adunan ke dalam paper cup sehingga 3/4 penuh, ~15gm sehingga habis.
6. bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dulu selama 15min dengan suhu 170C .
7. Bakar selama ~15-17min, mengikut kesesuaian oven.


Apabila sejuk picitkan custard filling ke dalam cup kek.



Bahan custard
15 gm tepung 
15gm tepung kastad 
60 gm besar gula 
200ml  susu UHT Dutch lady full cream
1 biji telur size AA 
30 gm mentega 

6ml esen vanila 


semuanya digaul hingga sebati lalu dimasak diatas api kecil dan hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakan dari bergentel. Tetapi jangan risau sekiranya bergentel juga, masukkan kedalam blender, blend 1 minit, walla menjadi licin seperti digambar, sebabnya produk saya pun bergentel juga hehehe.


siap di pek untuk disimpan. sesiapa berminat silalah mencuba. memang sedappp.... atau tel 0179188427 untuk tempahan...
















Wallahu'alam

Monday, February 4, 2013

MOIST CHOCOLATE KEK


Hari ini telah mencuba resipi moist chocolate kek, yang memang telah menjadi faveret anak-anak dulu. oleh kerana mereka semua telah membesar, rasanya sudah lama tidak membaking kek ini, rasanya semenjak brownies menjadi produk jualan 'all time favourite' tidak mengira musim, sama ada musim kenduri, maulidul rasul, apatah lagi musi raya.

mujur juga setelah berpindah randah, resipi ini tidak tercicir, walupun ada sebuah buku resipi tulisan tangan telah menghilangkan diri entah kemana...

nak buat cerita sebab apa membakar kek ini?. 
Telah banyak kali ada beberapa pelanggan apabila mengorder brownies, mereka bertanya ada buat kek lain tak... buat tu ada tapi bukan untuk commercial, buat menggunakan 'pure butter', sebab nak makan sendiri mesti nak makan yang sedap, lemak dan kalau nak jual pun kena harga tinggi sikit. bila sebut harga, kebanyakkan mereka kata mahal. 

so kek ini menggunakan lepa susu 'buttercup', tapi produk lain tetap mengekalkan quality yang sama, tepung superfine, serbuk koko grade A, telur 'AA' 

katanya resipi ini dapat dari sebuah hotel, tapi memang sedap sebab tidak menggunakan ovalett dan soda bicarbonate. Tekak ni memang tak boleh terima sangat kalau letak soda bicarbonate dan ovelerr terlebih2.

Polisi saya kalau nak jual makanan, ia mesti produk yang digemari anak-anak sebab jimat masa, kalau pagi tidak sempat membuat sarapan masih boleh lagi makan pau kukus atau donut.

selama ini produk yang telah dijual seperti Pau inti kacang, DONUT, brownies, tat nenas memang menjadi kegemaran anak-anak, jadi sambil membantu ---- sambil menguyah.

resipi nya
bahan A
1 cawan air
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula
semuanya di masak hingga gula hancur dan sejukkan

Bahan B
2 caw butter
1 cawan gula castor
5 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder

caranya: Pukul butter dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu
ayak tepung bersama baking powder lalu masukkan kedalam adunan butter tadi berselang seli
dengan cecair serbuk tadi hingga habis.

satu adunan dapat empat bekas seperti  gambar di atas. 
selamat mencuba. 





Tuesday, February 14, 2012

DOOR GIFT - BERKAT... CADANGAN UNTUK 17/6/2012

Kek ini dibuat untuk tujuan lain, tetapi bila sudah di pek nampak menarik pulak, so dia menjadi salah satu item untuk door gift - berkat kenduri kahwin pada bulan Jun nanti, tetapi taklah sebesar tu, pengsan nanti nak buat untuk semua tetamu2. tetapi sesiapa yang nak sebesar tu pun tiada masalah, buat tempahan awal2, kos kita kira kemudian, rasanya tak sampai RM40 untuk  2 bekas serupa, sebabnya sekali adun dapat dua bekas.... 




kek ini dibakar dalam acuan 8 x 8 x 4, lalu dipotong mengikut size bekas aluminium yang ada cover, kalau .kotak lain boleh juga, tiada masalah.

Resipinya sudah dipost, lama dulu, kalau nak buat sendiri...

Sunday, December 11, 2011

CHOCOLATE CHEESE CAKE


chocolate cheese cake
semalam, sabtu dalam keadaan badan yang memerlukan kerehatan yang maximun,  mengagahkan juga diri membaking dua jenis kek, konon untuk jamuan anak sedara dari Kuala Lumpur    yang datang berkursus di sini. Dan janjinya jumpa petang esoknya, so dalam hati tu kalau petang biasanya lepas asar.

pagi tu mulalah koya nak buat apa ye, kalau nak jamu nasi memang tidak termampu diri ini, nak masak lauk pauk, dan makan luar tak sedap pula kerana tiada bodyguard. so buat lah plain brownies dan chocolate cheese cake.

siapa tengahari, tidur sebentar untuk recaj  badan, dan sebelum asar mulalah mendail no anak sedara. alamak line maxis buat hal, semua "network busy". pakai line DIGI, juga tiada jawapan, so antar SMS, pun tiada jawapan....

dalam jam 5.45 petang dapat reply "maaf dah sampai subang",

rupanya kita salam faham dalam term petang. ok tak pe.

waktu 'Petang' bila ye? "antara zohor dan asar" atau "lepas asar"


so pagi ini breakfast chocolate cheese cake.... ooooh yummy, sedap masak cara 'baine-marie' soft and moist gitu

kot lunch pun chocolate cheese cake....Resipinya nanti ye...akan ditaip bila senang...

Ini resipi yang dijanjikan:- 12/12/2011
Bahan 'A'
180 gm mentega "Anchor"
170 gm gula castor
3 biji telur 'AA'
20 gm serbuk koko
1 tsp baking powder

Bahan 'B'
250 gm cream cheese - pakai brand Anchor juga
60 gm gula halus
1 tsp vanilla essence
1 biji telur 'AA'

cara2nya-

  1. panaskan oven pada suhu 160C, lenserkan loyang 8"x8"x3" dan alas kertas minyak
  2. campurkan cream cheese esen vanilla dan gula, putar hingga sebati, lalu masukkan telur dan putar hingga adunan berkerim, pindahkan ke bekas lain, cuci dan masukkan...3. ini sbb ada satu set mixing bowl sahaja
  3. gula dan mentega di pukul hingga putih lalu masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan baking powder hingga habis.
  4. tuang 1/2 adunan coklat ke dalam loyang dan ratakan, lalu tuangkan semua adunan cream cheese dan ratakan. tuang baki adunan coklat ratakan atau buat setompok-setompok macam kek marble dan ratakan.
  5. bakar 40-45 min hingga masak. letakkan seloyang air di dasar oven untuk mendapatkan kek yang moist dan lembut.
  6. nota: resipi asal telur  guna grade 'A', tetapi stok yang ada di rumah hanya grade 'AA' untuk pembuatan brownies maka terpaksalah....  tetapi resultnya tetap marvellous.
  7. cubalah...  memang tidak menghampakan, kalau malas boleh tempah - harga istemewa sebelum akhir tahun @RM40.00 sebiji.
  8. wallahu a'alam





Wednesday, July 20, 2011

BANANA CRUMBLED CHEESE MUFFIN



















Semalam tersangat terlebih rajin. Pisang tersangat banyak (ada 1sikat lebih) dan hampir terlebih ranum, sayangnya. kalau ada Aid dah kene penyek jadikan jemput2 pisang, Qilah pun jarang2 datang. ialah kalau nak datang kena heret dua lagi anak dara, tau2 je lah nak menyiapkan mereka memakan masa, memang betul2 ada plan dan strategi.


.........ini menulis melalui pengalaman....







sayangnya nak humban saja pisang tu ke tong sampah....




So siap sahaja membakar biskut tempahan lalu menggodek 300gm pisang ranum dalam blender, masukkan 2 biji telur dan 90 gm butter yang dicairkan.




dalam mangkok lain - 250 gm tepung, 100 gula castor, 50gm gula perang, 1/2 tsp soda bicarbonate dan 1 tsp baking powder dicampurkan lalu tuangkan adunan blended pisang dan gaul dengan senduk sahaja.




resipi biasa ada mozarella cheese, tetapi am komen "bubuh cheese?" so tak bubuh kot tak laku nanti, bukan ada orang lain nak makan.




sudukan kedalam muffin cup 3/4 penuh, dpat 13 ketul. oh ye taburkan crumbs yang telah disiapkan sebelun ini, lalu bakar 23min, 170C. sebenarnya itu suhu untuk bakar biskut sebelum ini, tapi lupa nak tukar ke 200C mengikut resipi yang dibaca, tetapi alhamdulillah sedang elok sahaja jadinya...




siap sahaja masak telefon berdering, kereta suduh menunggu di depan untuk ke aerobik, bawa 3 ketul untuk dreber, so baki kat umah ada 10 ketul lagi.




balik je terus ke dapur nak rasa muffin pisang tadi, sambar seketul sambil microvewave segelas air untuk di buat kopi....




eh eh tinggal 4 ketul lagi, maknanya sepeninggalan tadi sudah lesap 5 ketul.




alhamdulillah sedaplah tu agaknya..




"Segala puji bagi Allah"....




ini resipi crumbnya.



50gm brown sugar



50 gm tepung gandum



100gm butter sejuk potong kecil



1/2 tsp cinnamon powder - digaul semua simpan dalam fridge sebelum digunakan. memang mudah membuatnya.



Friday, December 17, 2010

COFFEE, STRAWBERRY AND PEPPERMINT MARBLE CAKE

siap dipotong nak bawa ke program usrah petang ini.


tadi dah sebut nak buat kek, dan tanpa malas2 terus buat selepas breakfast. kebetulan semalam pergi ke kedai bahan kek nak beli kotak kek untuk tempahan brownies terjumpa perasa peppermint, terdetik dalam hati kalau buat marble kek mesti sedap.
bila cek stok di rumah ada chocolate, pandan, coffee dan strawberry emulco.
oleh kerana dan jemu dengan aroma chocolate brownies jadinya perisa chocolate diketepikan. maka terjadilah coffee, strawberry dan peppermint marble kek.
BAHAN2NYA:
bahan A:
300 gm butter SCS
bahan B:
280 gm tepung high ratio#
1 tsp baking powder#
1 tbsp susu tepung#
diayak bersama bahan kering#
bahan C:
5 biji telur A
250 gm gula castor
1 tbsp ovalette
1/3 cawan air
perasa:
coffee
strawberry
peppermint
caranya:
panaskan oven 170 degree celcius.
dengan menggunakan K beater pukul butter hingga kembang lalu masukkan bahan B. ketepikan.
di lain mangkok yang bersih dari minyak pukul bahan C dengan menggunakan whisk dengan kelajuan tinggi hingga menjadi pekat ~ 5minit (ini menggunakan mixer kenwood chef). kurangkaan kelajuan dan masukkan bancuhan mentega dan gaul hingga bersatu.
adunan di bahagi 3, lalu dicampurkan setiap satu bahagian dengan perasa tadi. masukkan berselang seli ke dalam acuan kek 8x8x4 yang telah dilapik kertas dan di spray dengan spray cook/ sapu mentega. bakar dalam jangka masa 50min - 1 jam. uji dulu dengan pisau sekiranya masih ada yang melekat tambah 5-10 minit lagi.
walla.... hmmm memang lembut dan nikmat.