Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

ALHAMDULILLAH

assalamualaikum,
sedang elok sahaja apartment satu bilik ni, tidaklah rasa rugi bila tinggal keseorangan. dari meja computer ni dua langkah masuk bilik tidur, empat langkah ke dapur dan terus ke bilik air. Tv terletak di sebelah meja computer, samsung tablet dapat dicapai, capaian internet ambil yang 4Mbps lebih laju dari yang ada sebelum ini.... semuanya dekat, laju dan up to date untuk seorang nyai... apa yang kurang lagi ye....


Allah telah kurniakan kesihatan yang optimum. semalam appointment dengan Dr pakar perubatan, cek darah alhamdulillah semua ok, paras cholesterol telah turun ke normal, buah pinggang sehat, jantung sehat, gula dalam darah normal dan cek blood pressure pun normal 124/85. pengambilan ubat diteruskan, cuma ubat anti cholesterol dikurangkan.

Alhamdulillah rumah cukup besar, badan sehat bersyukur kepadaNya....




Monday, November 26, 2012

MOYOT TIADA TENAGA

Assalamualaikum,
semalam ke perpustakaan Nilam Puri untuk mencari bahan bab II, dan bab III, dissertasi. Proposal pun tinggal sedikit penambahan dan baik pulih oleh penyelia sebelum dihantar untuk di seminarkan.
ceritanya:
          setelah sampai di perpustakaan baru sahaja SMS ke penyelia untuk temujanji, sebab tidak berani nak buat awal kerana kereta pun tanpa roadtax, takut tak sempat sampai ke Nilam Puri, maklumlah warga emas, banyak halangan.

jawapan pertamanya: kena jupe ptg, pg ni kurang power. Moyot

haha......

MOYOT: tanya beberapa sahabat yg ada di perpustakaan, maknanya memang tiada tenaga, lesu, kot sama dengan moyok mcm kucing sakit.

pagi ini diri sendiri pula kena moyot... aduhh... lepas subuh baca serba sedikit terus tidur semula... sakit sana sini lengan, kaki, betis peha dan kepala.

bangun tidur terus mandi breakfast, telan ubat, telan sebiji painkiller relax sambil menonton my daughter the flower.

alhamdulillah sekarang dah rasa lega....

Tuesday, November 1, 2011

TEMPAHAN BROWNIES V ANGIOGRAM

Pagi semalam tidak semena2 sahaja rasa sakit dada mendatang lagi tanpa sebab. boleh janji berulang alik turun naik tangga beberapa kali dalam masa yang singkat. memang selama ini memang jaga betul bab turun naik tangga dan mengangkat barang ni. tak boleh jadi ni; kena cari rumah yang setingkat sahaja, atau pun untuk menyelsaikan masalah sementara, pindah sahaja ke bilik bawah, atau create a kichenette di tingkat atas...macam mana? cuti eidul adha ni gotong royong pindah bilik atau tambah bilik ye.

semalam semasa menunggu giliran temujanji dengan doktor pakar, sms alert tidak berhenti2, ketika sampai dirumah dikira2 dapat tempahan 17.5 kotak brownies untuk disiapkan dalam masa dua hari iaitu esok(rabu) dan lusa. kalau dikirakan memang penat, tetapi kalau tak buat pun memang penat juga, assistant pulak sampai lewat, selamat dia.

bila dah confirm semua tempahan, giliran temujanji pun sampai. Doktor bertugas membuat kejutan pulak, mengatakan haribulan untuk buat angiogram sudah fixed dan surat kemasukkan ke ward dah siap Doktor pakar tandatangan. bertambah lagi sakit dada. buat ECG sekali lagi, confirm memang kena buat........ pada 14/12/2011, warded sehari sebelum tu iaitu 13/12.... kalau nak tangguh lagi boleh juga tetapi next appointment boleh dapat dalam masa 8/9 bulan lagi.

sekarang nak bersiap sedia pergi terapi tulang belakang dan arthritis di HUSM.

Subhanallah, Alhamdullillah, Allahuakbar

Monday, October 31, 2011

PERSIAPAN AIDIL ADHA




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Labaikaallahumma laabaik, labaikalaa sharikalakalabaik.......

" Ya Allah aku datang kerana panggilan mu
tiada sekutu bagiMu
segala nikmat dan puji adalah kepunaaanMu dan kekuasaanMu
tiada sekutu bagiMU"

Bagi jemaah2 haji, hari wukuf tidak beberapa hari akan tiba, tetapi bagi kita yang tidak menunaikan ibadat haji ada lagi amalan2 lain yang digalakkan melakukannya.
  • sudahkah anda menempah bahagian untuk berqurban?
  • puasa 10 hari di awal zulhijjah
  • menambah amalan2 sunat yang lain, selain dari apa yang biasa dilakukan
  • bersedekah sekiranya tidak mampu berqurban?
bagi diri sendiri ni, belum pasti nak qurban di mana, niat tu memang dah ada padahal hari ini sudah 4hb zulhijjah.... tension

semalam kononnya nak memudahkan persiapan untuk hari raya, maka buatlah rendang daging lebih awal sikit, sebabnya pada hari sabtu ini ada program muslimat yang terpaksa dihadiri..... tetapi apabila siap rasanya kurang memuaskan, kenapa ye? boleh jadi selera kurang elok semalam disebabkan rasa badan seram sejuk,..... lagi tension

Pagi ini ada appointment dengan doktor pakar perubatan HRPZII, hujan pulak tu, dan parking jauh nun di stadium .... bertambah lagi tension

..........
petang ini akan cuba menyelsaikan masalah yang menyebabkan tension ini.

cuba hubungi ezqurban... itu yang termudah, inilah akibatnya kalau buat kerja bertangguh2.

rendang tu boleh jadi akan lebih sedap sekira sudah 4/5 hari diperap alam freezer.... hehe

hujan dan parking jauh - nak buat macam mana ye? redah je lah

ini saja nak mengadu hal, rindu nak ziarah Baitullah lagi.

rasa lega sikit...... "inilah kuasa pena"
Firman Allah SWT:
yang bermaksud:
  1. Nun... Demi pena dan apa yang mereka tuliskan

  1. Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan"

wallahu 'alam






Saturday, July 16, 2011

HAK-HAK ANDA

Bila hak anda diketepikan, bahagian anda diambil orang, maruah anda dicabar, penghakiman yang tidak adil, pegawai kerajaan yang tidak menjalankan tugas2nya, aduhssss.... mampukah anda mendiamkan diri????

baru2 ini ada mendengar di siaran radio IKIM.fm tentang tuntutan hak.....

Pernahkah anda bersungut sepatutnya begitu dan begini, macam tu macam ni, dan bila perkara ini asyik difikirkan dan ditokok tambah ia akan mendatangkan ketensionan kepada diri sendiri.

Maka yang terbaik yang patut dilakukan (sekira tidak mendatangkan kemudaratan), redalah dengan apa yang berlaku dan berdoalah agar Allah menggantikan hak kita yang tidak kesampaian tu dengan ganjaran yang lebih baik. ini hanya melibatkan hak2 individu, sekiranya hak itu merangkumi hak orang ramai, maka bergabunglah dantuntutlah seperti BERSIH

ini juga tidak termasuk bab Agama dan maruah, kalau reda juga maknanya dayus, kerana menegakkan Islam ada pahala yang tersendiri iaitu jihad yang mana ganjarannya melangkaui batas pemikiran manusia. Dan dia diantara dua samada mati atau menang dan jika mati ganjarannya adalah syahid dan tempatnya di syurga dengan segala nikmat.

dan berzikirlah.....

"orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. ketahuilah dengan zikrullah itu tenang tenteram hati manusia"
surah ar-Ra'd ayat 28

so macam mana?????

Saturday, April 23, 2011

RIDHA





Assalamualaikum,
Ridha dengan ketentuan Allah sememangnya amat payah sekiranya tidak menepati dengan selera kita, lebih-lebih sekiranya ianya tidak terduga akan berlaku ke atas diri kita







Terjemahannya: Dan sekiranya mereka benar-benar ridha dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Allah dan RAsulNya, dan berkata "cukuplah Allah bagi kami, Allah dan RasulNya akan memberikan sebahagian dari kurnianya. sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah.






ada beberapa proses untuk memperolehi keridhaan Allah, diantaranya:




  • benar-benar ridha dan sabar dengan ketetapan Allah dan percaya dan yakin bahawa Allah Maha Mengetahui dan ketetapan Allah adalah yang terbaik



  • dengan kesabaran dan keridhaan tadi hati akan menjadi tenang dan ucaplah berulang-ulang kali ayat berikut:



  • percaya dan yakin bahawa Allah akan menggantikan yang terbaik
    jika tidak di dunia pasti di akhirat






  • dan sentiasa ingat hanya kepada Allah kita kembali.




    wallahu a'alam





















Wednesday, March 30, 2011

TENSION

" To Allah we belong and to Him we return." (2:56)

Thursday, January 20, 2011

ENGLISH BLOG 2

Nampaknya my english blog terpaksa diabaikan dulu kerana tidak mampu untuk maintain two blogs at the same time. so bila mood nak menulis in english, i'll write in this blog too, jadilah blog ini macam blog rojak. tak pelah asal menulis kan???

Monday, December 27, 2010

MY ENGLISH BLOG

oleh kerana sejak beberapa hari ini terpaksa bertutur dalam bahasa inggeris, dan ternyata my spoken english telah merudum jauh, kerana tidak menuturnya selalu - nak cakap dengan siapa? dengan ini saya telah memulakan satu blog baru khusus untuk di tulis dalam bahasa inggeris.

isinya boleh jadi:-
1. produk untuk jualan - brownies, cookies atau apa2 yang boleh dijual.....
2. atau mana2 entry yang boleh menjana ilmu, kewangan dan silaturrahim insyaallah
3. blog ini masih diteruskan untuk memantapkan penulisan dalam bahasa melayu.... hehe

silalah ke:
http://aminahbernawi.blogspot.com/

diharap dapat memberi komen yang membina.

Wednesday, September 29, 2010

UJIAN ATAU MUSIBAH

Akhir2 ini kerap sangat ditimpa musibah.... bukan mengeluh cuma menghisab diri sendiri, apakah ini ujian yang akan menghapuskan dosa-dosa untuk diri ini bersedia sepenuhnya untuk menjadi tetamu Allah yang istemewa di musim haji ini?



"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" Surah al-syarh:5



ayat inilah memujuk hati untuk bersabar.



Rasulullah bersabda yang bermaksud apabila Allah reda kepada hambanya maka akan diujinya. sekiranya reda akan ujian itu maka Allah juga reda, tetapi sekira sebaliknya terimalah murka Allah.





"Setiap bencana yang menimpa dibumi dan menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam luh mahfuz sebelum kami mewujudkannya". Surah al-hadid:22


wallahu a'alam




Thursday, July 8, 2010

HARAPAN

esok hari pertama peperiksaan final DAIJ. subjek Acara Mal Mahkamah Syariah. sekarang berada dalam keadaan cemas, harapan tetapi masih sempat mengupdate blog..... just untuk release tension

doakan kami semua lulus dengan cemerlang dan menjadi peguam syari'e bertujuan menegakkan keadilan Allah SWT, berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Saturday, July 3, 2010

MINGGU PERIKSA

finally kelas DAIJ telah sampai ke penghujung, dan 9 - 23 hb Julai exam final, dan dengan itu berakhir episode ulang alik ke Nilam Puri setiap sabtu untuk sementara waktu.

sekarang dalam studi week, dan sessi perbincangan tadi untuk subjek tatacara Mal dan tatacara Jenayah sangat membantu untuk menghadapi periksa pada 9 dan 10hb ini. subjek lain akan dibincangkan minggu depan selepas peperiksaan tatacara jenayah.

esok appointment untuk ECHO dan stress test. harap-harap sangat clear dan tidak ada apa-apa masalah.

lusa akan ke Kuantan menghantar Zahid ke UIA untuk mendaftar ke tahun satu physical science, dan balik ke kota bharu selasa. maknanya ada 2 hari sahaja; iaitu rabu dan khamis yang betul-betul free untuk studi. mampu ke?

insyaAllah.....

Sunday, June 6, 2010

RAHSIA BANGUN PAGI


assalamualaikum,

alhamdulillah baru rasa lega sikit selepas praktikal moot court, dan a splitting headache yang mengekang semua aktiviti selama seminggu. ini memang salah sendiri sebab cuai tidak mengambil medication mengikut arahan.


oleh kerana terlalu sibuk menyediakan dokumen untuk bundle moot court sampai terlupa untuk mengambil medication yang doktor kata "kena makan 'abadan' sampai mati",


so makcik2 di sana ingat ye.... terlupa sehari makan ubat, lebih seminggu merana......



cerita hari ni, sakit lagi....


ini memang sakit yang dah dihidapi, OA tapi malam tadi rasanya terlalu teruk sampai jam 2 baru boleh tidur, nak makan painkiller, tengahhari tadi dah telan dan sepatutnya tahan 24 jam...


alhamdulillah, alarm 4.45pagi tadi dengar jelas, dan boleh bangun tanpa rasa berat badan dan mengantuk. rahsianya:....


akhir ini setelah mengikuti kursus haji, telah mengamalkan dengan membaca 4 ayat terakhir
"surah al Kahfi sebanyak 3x sebelum tidur".


amalkan, insyaallah, tapi memang kena pasang niat betul2 nak bangun awal pagi. kalau dulu2 jam 2 pagi tak tidur lagi maknanya subuh gajahlah....
ok sekarang nak tidur sekejap......





Thursday, March 18, 2010

JUAL?, TAK JUAL....

(gambar dari internet)


dua tiga hari ni tapak tangan kanan asyik gatal je, kata orang rezeki nak masuk.... fikir banyak juga tapi rasanya tak de ruang duit nak masuk. kalau gaji.... sekarang baru tengah bulan. biasa dapat duit raya dari kampung tapi syawal jauh lagi, nak harap orang bayar hutang, tak de orang berhutang pun..... nak harap projek, belum start lagi hehe....

so secara kebetulan....

tetiba sahaja petang tadi ada sahabat telefon, ada customer dia offer nak beli apartment di KTC. nak tau berapa? 250K.......... a quarter million. terkejut kita... masa tu dalam kereta and abah was driving.... itulah... rezeki dari Allah.... be positive yakin janji Allah

so anaknda2 macam mana? Ami dan am kata ok. katanya boleh beli apartment yang lain pulak di samping itu cadangannya nak buat a small, simple & compact house fully furnished complete with built in cabinets, less than 80K... boleh dapat ke... tapak dah ada & bata tak payah beli.

kalau ada idea untuk compact house tu, pun on paper deh......

ini baru koya dulu, ahad ni baru confirm.... setuju pada dasarnya.

jual pun tak pe, tak jual pun tak pe.....

Tuesday, February 23, 2010

TANGGUH DULU

Dalam kekalutan menghabiskan diploma DAIJ, dengan assignments dan tests, juga terapi fisio, appointment dengan doktor pakar Cardio dan Ortho, rasanya macam sudah tak larat lagi badan menanggung. penyakit tetap ada, hilang di bahagian tangan, timbul sakit di pinggang dan berat di kepala. Rasa ringan badan sikit, dada pula rasa sebak.

Temujanji dengan doktor pakar Cardio, memakan masa setengah hari, lepas satu di periksanya, macam tak puas hati sahaja doktor tu, selepas ambil darah, buat ECG. lepas tu diberi appointment buat stress test dan echo. Terima sahajalah. Ini adalah untuk kebaikan.

Alhamdulillah, ini juga adalah ujian Allah.....

"tiada tempat untuk ku mengadu, hanya kepada Allah"

nampaknya latihan peguam syarie dimahkamah dan pejabat peguam terpaksa ditangguh sementara.

Biar lambat asalkan selamat.

Monday, February 15, 2010

DILEMMA

mengalah bukan bermakna kita kalah
kelu membisu bukan bermakna kita setuju
cuma diri tidak mampu untuk berbicara
dikhuatiri dikuasai
syaitan yang sentiasa menanti
kelemahan diri.....

dalam senyap kita merancang dan berusaha
membaiki diri dan menaruh harapan
dengan bergantung sepenuhnya kepada Illahi
yang maha Esa dan Maha Kuasa.

***************
doa yang diajar dalam slot tafsir di radio IKIM
"Ya Allah Kurniakan kepada ku ganjaran atas segala musibah yang menimpaku,dan gantikan dengan yang lebih baik"

Sunday, November 1, 2009

ANTARA "KOYA" & REALITY
















gambar di atas yang kami inginkan, ceria, cerah, homely, gambar yang zahid ambil di ikea, tetapi yang dapat yang di bawah.... jauhnya lari antara "koya" dan reality disebabkan dengan beberapa constraint...,
1. budget yang amat terhad
2. pilihan terhad dengan budget yang ada
3. masa yang sangat suntuk,
4. keupayaan yang amat minimal.
insyaAllah dengan sekeping carpet yang cerah, alas meja, throw kusyen serta bunga2an, lampu hiasan atau beberapa keping gambar didinding dan sentuhan anak dara ia akan lebih ceria.. ha ha !!!!
Hasrat hati tinggi menggunung, apakan daya.....
akan diterakan lagi beberapa gambar jika ada perubahan.

Friday, October 23, 2009

ALAHAIII....

alhamdulillah exam pun dah selesai, harap-harap lulus semua paper, bila dah lulus harap-harap cemerlang pulak..... manusia memang sentiasa tidak merasa cukup.....

rumah macam kapal karam - perpindahan dari nilam puri ke jalan bayam..... tapi lusa saya akan ke Kuala lumpur, peduli apa kan... nak makan di johnny dengan aid dan ayen,
nak relax minda dan badan.

baru2 ni cek di booth lumine, alamak umur jantungku tahap umur 70an, tapi doktor pakar chek baru ni ,jantung masih dalam keadaan "elok", elok macam mana tu wallahu alam.

oklah nak tido ni, orang tua tak baik tidur lewat.....
nanti sakit menyusahkan orang lain sahaja....

sorilah melalut hari ni - ini kes otak dah saturated sangat ha ha



Sunday, September 20, 2009

1 SYAWAL 1430




ini yang kami sekeluarga lakukan pada 1 syawal tahun ini.
sarapan dengan nasi minyak berlaukkan kari ayam sambal dan hirisan timun.... simple kan
solat eidul fitri di masjid kg sireh,
balik rumah, tengok apa-apa lagi yang boleh dimakan....
lepas tu:-







  • ada yang tidur - ini kes bermunajat malam kot... kan doa malam raya tiada hijab... atau keletihan makan - sistem penghadaman terkejut...


  • mengadap computer..... projek "Shaiya" ini yang dalam studi week... 25hb. Sept periksa akhir 1st semester


  • mengadap x box - ini yang letih berniaga di bulan ramadan - mana ada peluang sebelum ini so... nak relaks sikit


  • penat xbox tukar chanel ke tv - gi balik situ gak


qilah dan jupa sampai. seronok dan kalut melayan mereka..



tiada upacara bagi duit raya, sebab duit raya sudah dihulur di bulan Ramadan, untuk mendapat pahala yang berganda-ganda. kan amalan sunat mendapat ganjaran seperti amalan fardu dan amalan fardu digandakan ganjarannya..



tiada upacara ziarah menziarahi... keluarga jauh(Terengganu dan Johor) mak, bapak, mok dan ayah semua sudah tiada, tiada tarikan yang kuat untuk balik kampung, dan sistem lalulintas teruk dan kenalan rapat balik kampung, ....



tahun ini beginilah.... mungkin faktor usia, tunggu juga kot ada anak-anak saudara datang



sudah keluarkan cream cheese dari fridge, ingat nak R&D cheese tart, untuk projek tahun ini, tidak kesampaian juga - masuk semula...



esok seperti biasa, kerana eidulfitri hanya sehari, dan tempahan brownies ada 11 loyang.



inilah keluarga yang unik.... hassle-free, born free



Friday, July 3, 2009

JUST DO IT

sometimes terfikir juga kenapa at the this age baru nak mula profesion baru. it is not easy at all. why not just relax, enjoy life with the cucus, reading romantic or comedy novels, watch movies or just follow the crowd whereever and whatever.

nak dapat profesion baru, kena sambung belajar, buat assignment, belajar subjek baru yang di luar jangkauan and the fees is not cheap and I'm 58++, and i am not that confident, public speaking memang out, suka low peofile.... macam mana nak mengatasinya..

jantung kurang sehat, tangan dan kaki ada osteoarthritis(OA), penglihatan kurang dan banyak lagi excuses....

tetapi peluang masa ni baru ada, kenapa tidak sekarang????

  • kelayakan memenuhi syarat
  • rumah dekat dengan tempat kuliah
  • yuran boleh bayar ansur
  • alat pembelajaran ada.... computer & buku rujukan boleh cari
  • anak-anak sudah dewasa, kurang tanggungjawab
  • dapat kenalan baru
  • tak rugi belajar.... jalan-jalan yang ditempuhi menuju ke tempat belajar adalah jalan-jalan ke syurga.
  • dapat ilmu baru....
  • insyaAllah a new career.....

inilah yang difikir semasa struggle menghabiskan dua assignment. ...

Alhamdulillah ...