Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

TRIP TO HAT YAI







puasa sebulan telah selesai, syawal pun sudah di penghujung.

Kali ni nak tayang gambar semasa lawatan muslimat ke Hatyai. Muslimat ni lepas raya bukan habis duit, tetapi banyak lagi duit untuk menshopping di Robinson Hatyai, Central Plaza dan di serata tempat di mana van berhenti. Ada sahaja yang dibeli dan ada sahaja alasan untuk membeli.
memang bulan syawal duit banyak masuk, dari anak2, dari business kecil2an bulan puasa dan syawal dan yang bekerja kerajaan yang telah pencen setengah bulan bonus. Alhamdulillah.....



Monday, April 4, 2011

AIR ZAM ZAM


anak pokok lada yang disiram dengan air zam zam



anak pokok lada yang disiram dengan air biasa, terlalu halus, merajuk agaknya

perbandingan apabila kedua-dua pasu didekatkan


Ini adalah kebetulan sahaja, memang tiada niat untuk menguji kelebihan air zam zam yang memang telah pun diriwayatkan khasiat dan kelebihannya dalam hadis Rasulullah saw.


ceritanya:

pagi tu tanpa memeriksa cawan yang ada terus menuang air zam zam, lepas tu baru terlihat ada semut mati di dalamnya, aisey ruginya secawan air zam zam....


lalu dicurah ke dalam salah satu pasu yang baru disemai dengan benih cili api, dan seterusnya, setiap pagi selepas meminum air zam zam lalu ditinggalkan sedikit untuk disiram ke pasu tersebut, sebab baru teringat yang pokok-pokok pun punya perasaan.


hasilnya seperti di atas.


sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zam zam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.


Dan aku telah mengamalkan meminum secawan air zam zam setiap pagi sebelum sarapan sejak kembalinya dari Makkah al mukaramah.



tetapi masalahnya: bekalan air zam zamku sudah kehabisan.......




Sunday, April 26, 2009

GAMBAR DI CHINA

di epot shenzen kembali ke Malaysia.... sori gambar dari akhir ke awwal
Di Window of the world





the leaning tower of pisa...




my roomate di kananku




ini bilik ku di Guangzhao
makan pagi di Gungzhao, apa yang boleh dimakan melainkan telur rebus dan coffee
Cruise di Guangzhao


Maqam Saad ab waqas

hari kedua -
hari pertama - makan malam

Alhamdulillah selamat sampai di tanah airku, malam tadi jam 8.30 malam, selepas solat dan bertukar2 pelukan kami bersurai.


pengalaman disana memang tidak boleh dilupakan. pengalaman seronok, pengalam cemas dan pengelaman nak marah pun ada.

Shopping memang menyeronokkan kepada sesiapa yang suka, tetapi kerana aku sangat memilih dan bujet terhad, pada hari pertama dan kedua shopping aku tidak dapat membeli apa-apa yang rasa munasabah (pada fikiran sendiriku)

kembali ke tanah air, aku membawa secebis luka di dahi ku, itulah pengalaman yang paling mahal dalam perjalanan ini.

dalam kekalutan untuk memunggah barang, dan keghairahan untuk balik kampung, aku terlanggar penutup pintu bagasi bas. adusss.... yang pertama aku cek ialah cermin mataku, kalau pacah lens bahaya nak berjalan jauh, kena meraba-raba..... spek ku ok... allright tak pe sakit sikit ke...

Hei kak mi.... berdarahlah.. dan sahabat2 yang berhampiran bergegas datang, memang banyak darah, memang bertanggungjawab mereka semua, dari travel agency, ketua rombongan, tour guide; semuanya panik. memang banyak darah pun kerana luka didahi dan aku memang mengambil cardiprin, ubat mencairkan darah....

selepas kejadian itu, semua luggageku diurus sepenuhnya oleh sahabat2ku.... saya relaks je.
dalam penerbangan Air Asia, pelayan kapalterbang menukar dressingku dan dia menaihatiku untuk ke doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana katanya lukanya sikit tapi dalam.

alhamdulillah lukaku semakin surut. dan nikmatilah gambar-gambar yang telah diterakan ini.







Sunday, March 8, 2009

Saturday, July 26, 2008

belajar download gambar




semalam ayen menghulurkan kabel tnyuk menyambungkan camera canon dengan komputer.hari ini pulak nak cuba upload gambar2 yang telah diambil sejak mula2 beli camera ni. Lihatlah pandanglah...... tiru macam saya