assalamualaikum,
Tahun 2012 telah hampir sebulan berlepas, tahun hijrah 1433 telah masuk Rabiul Awwal... terlalu cepat masa berlalu. Kullu 'Am wa antum be khair(ini boleh wish untuk tahun baru juga ke???), Happy New Year... Gong Ci Fa Chai
angiogram telah selamat, Alhamdulillah... doktor kata tiada blockage, dan sekarang hanya makan ubat untuk hypertension dan arthritis sahaja.
application untuk sambung ijazah master telah berjaya dan akan mendaftar diri pada 9hb Februari ini di University Malaya Kuala Lumpur insyaAllah....
Zahid masih bercuti di rumah dan akan balik ke asrama pada 31.01,2012, lepas tu kita pulak akan ke Pekanbaru, Riau untuk cuti2 Asean dari 4-7hb Febuary, dan ada orang tu nak sponsor tambang he...he, ada sesiapa pulak nak sponsor duit belanja/poket?
Minggu depan selepas Pekanbaru akan terus menginap di Kajang untuk urusan pendaftaran master pada 9hb. Feb.. dan balik ke KB pada pagi 10.02.
ok semoga semua ceria selalu, selamat malam, good night, assalamualaikum....
Sunday, January 29, 2012
Tuesday, December 13, 2011
ANGIOGRAM KE2
assalamualaikum,
Tolong doakan agar dapat menjalankan angiogram esok dengan selamat. Jam 9.30 nanti akan ke hospital Raja Reremuan Zainab 2, untuk persedian awal.
Sunday, December 11, 2011
CHOCOLATE CHEESE CAKE
chocolate cheese cake
pagi tu mulalah koya nak buat apa ye, kalau nak jamu nasi memang tidak termampu diri ini, nak masak lauk pauk, dan makan luar tak sedap pula kerana tiada bodyguard. so buat lah plain brownies dan chocolate cheese cake.
siapa tengahari, tidur sebentar untuk recaj badan, dan sebelum asar mulalah mendail no anak sedara. alamak line maxis buat hal, semua "network busy". pakai line DIGI, juga tiada jawapan, so antar SMS, pun tiada jawapan....
dalam jam 5.45 petang dapat reply "maaf dah sampai subang",
rupanya kita salam faham dalam term petang. ok tak pe.
waktu 'Petang' bila ye? "antara zohor dan asar" atau "lepas asar"
so pagi ini breakfast chocolate cheese cake.... ooooh yummy, sedap masak cara 'baine-marie' soft and moist gitu
kot lunch pun chocolate cheese cake....Resipinya nanti ye...akan ditaip bila senang...
Ini resipi yang dijanjikan:- 12/12/2011
Bahan 'A'
180 gm mentega "Anchor"
170 gm gula castor
3 biji telur 'AA'
20 gm serbuk koko
1 tsp baking powder
Bahan 'B'
250 gm cream cheese - pakai brand Anchor juga
60 gm gula halus
1 tsp vanilla essence
1 biji telur 'AA'
cara2nya-
- panaskan oven pada suhu 160C, lenserkan loyang 8"x8"x3" dan alas kertas minyak
- campurkan cream cheese esen vanilla dan gula, putar hingga sebati, lalu masukkan telur dan putar hingga adunan berkerim, pindahkan ke bekas lain, cuci dan masukkan...3. ini sbb ada satu set mixing bowl sahaja
- gula dan mentega di pukul hingga putih lalu masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan baking powder hingga habis.
- tuang 1/2 adunan coklat ke dalam loyang dan ratakan, lalu tuangkan semua adunan cream cheese dan ratakan. tuang baki adunan coklat ratakan atau buat setompok-setompok macam kek marble dan ratakan.
- bakar 40-45 min hingga masak. letakkan seloyang air di dasar oven untuk mendapatkan kek yang moist dan lembut.
- nota: resipi asal telur guna grade 'A', tetapi stok yang ada di rumah hanya grade 'AA' untuk pembuatan brownies maka terpaksalah.... tetapi resultnya tetap marvellous.
- cubalah... memang tidak menghampakan, kalau malas boleh tempah - harga istemewa sebelum akhir tahun @RM40.00 sebiji.
- wallahu a'alam
Saturday, November 26, 2011
E-APPLICATION UNTUK MASTER IN SYARIAH UNIVERSITI MALAYA
Hujan telah melanda kota bharu semenjak hari isnin yang lepas dengan lebatnya berhenti sebentar-sebentar je, sampai ada patient terapi di HUSM di sana berkata bukan macam air hujan tetapi macam air turun dari "curung atap".... begitu lebatnya.
salah satu bilik pun banjir juga, sampai habis buku-buku yang susun di lantai basah lenjun, dan mana2 baju yang berada di atas lantai pun menitik2 air bila diangkat,,, nampaknya kena buang pulak semua. tilam jangan katalah, even didirikan pun basah juga. adusss... Air tu banyak lagi, tapi tak nampak sebab dia masuk bawah tikar getah ada sampai 2 inci agaknya. lepas tu bila dah banyak sangat air, dia meresap dan menitik ke tingkat bawah, ke atas kabinet dan ke lantai.
biarkan dulu... tunggu habis musim hujan
daripada hari isnin hingga ke Khamis, memang tak boleh buat banyak kerja kat luar. kereta pula banyak, ialah sesiapa yang biasa keluar dengan motorsikal untuk cepat ke pejabat, kini terpaksa bawa kereta kalau tak mahu basah kuyup.
dalam masa tu sempat juga buat application online untuk master syariah. semua urusan online, kena scan semua sijil, bank slip, gambar dan IC, pas tu upload pulak. Alamak tak ada akaun CIMB, kena pulak pergi ke bank bayar di kaunter. so kebetulan sahabat seorang kurang mahir Computer, so dia bertugas ke bank untuk bayar processing fee, dan urusan berkenaan computer kita urus. so Alhamdulillah semua dah siap tinggal tunggu result dalam masa 2 bulan dari tarikh "press confirm". letih juga ye, makan 2 hari waktu santai nak proses 2 application. mana taknya sambil scan sambil berborak/merancang, sambil upload sambil makan2 sebab lama tak jumpa.
selain dari itu habis baca dua biji novel, membaca dengan duduk, berbaring, meniarap dan segala posisi yang tidak melenguhkan,,, dan hibernate di bilik je melayan The Thorn Birds drama bersiri Korea, habis juga 20 episode,fuuh... nak tengok TV pun, cuaca tak menentu, so astro pun tak menentu juga.

Friday, November 25, 2011
IHTIFAL QILAH
Qilah sedang menayangkan beg hadiah dia dapat no. 1.
Bila anak dah besar2 ingatkan, tak perlu lah hadir lagi kemana2 majlis sekolah. Tapi bila dengar je hari ihtifal Qilah,teringin pulak nak menghadirkan diri, so pergilah, exciteg juga tetapi tidak seexcited seperti ibubapa yang muda2.
Thursday, November 17, 2011
ANTARA MENYAMBUNYIKAN FAKTA DAN MENUKAR FAKTA
Apabila anda menanyakan sesuatu dan jawapannya bercanggah dengan perkara sebenar itu maknanya menukar fakta, in other words "ditipu".
jika sesuatu perkara berlaku dan anda sepatutnya tahu dan tidak diberitahu dan orang lain semua dah tahu, itu maknanya menyembunyikan fakta.
mana satu yang lebih berat?
payah ni--- peguam ni tiada pengalaman..... kesian client...
esok bincang dengan sahabat2

Wednesday, November 16, 2011
DAIJ - BERCONVO / ATAU TAK BERCONVO
Convocation DAIJ dijadualkan pada 3hb Dis 2011, setahun selepas peperiksaan akhir semester. Yuran telah jelas semuanya, cuma disebabkan jarak telah terlalu lama, mood untuk berconvo sudah lesap. Semua sahabat2 sekelas pula telah mengikut haluan masing2.
pagi tadi Che Pah merayu agar dapat sama2 meraikan majlis convo ini, entahlah.... nanti fikir dulu, kerana pada 13hb tu akan masuk ward dan pada 31hb akan ke Kota Tinggi. Rasanya macam orang berbusiness, "tak lekat kat rumah"(terms dialek kelantan).
oleh kerana kali ini ada sahabat lain yang akan menguruskan semua urusan perjalanan, & convo, rasanya boleh consider, bolehlah relax... bayar semua yang patut dan enjoy the trip.
kita tunggu dan lihat.

Subscribe to:
Posts (Atom)