Tuesday, December 13, 2011

ANGIOGRAM KE2

assalamualaikum,
Tolong doakan agar dapat menjalankan angiogram esok dengan selamat. Jam 9.30 nanti akan ke hospital Raja Reremuan Zainab 2, untuk persedian awal. 



Sunday, December 11, 2011

CHOCOLATE CHEESE CAKE


chocolate cheese cake
semalam, sabtu dalam keadaan badan yang memerlukan kerehatan yang maximun,  mengagahkan juga diri membaking dua jenis kek, konon untuk jamuan anak sedara dari Kuala Lumpur    yang datang berkursus di sini. Dan janjinya jumpa petang esoknya, so dalam hati tu kalau petang biasanya lepas asar.

pagi tu mulalah koya nak buat apa ye, kalau nak jamu nasi memang tidak termampu diri ini, nak masak lauk pauk, dan makan luar tak sedap pula kerana tiada bodyguard. so buat lah plain brownies dan chocolate cheese cake.

siapa tengahari, tidur sebentar untuk recaj  badan, dan sebelum asar mulalah mendail no anak sedara. alamak line maxis buat hal, semua "network busy". pakai line DIGI, juga tiada jawapan, so antar SMS, pun tiada jawapan....

dalam jam 5.45 petang dapat reply "maaf dah sampai subang",

rupanya kita salam faham dalam term petang. ok tak pe.

waktu 'Petang' bila ye? "antara zohor dan asar" atau "lepas asar"


so pagi ini breakfast chocolate cheese cake.... ooooh yummy, sedap masak cara 'baine-marie' soft and moist gitu

kot lunch pun chocolate cheese cake....Resipinya nanti ye...akan ditaip bila senang...

Ini resipi yang dijanjikan:- 12/12/2011
Bahan 'A'
180 gm mentega "Anchor"
170 gm gula castor
3 biji telur 'AA'
20 gm serbuk koko
1 tsp baking powder

Bahan 'B'
250 gm cream cheese - pakai brand Anchor juga
60 gm gula halus
1 tsp vanilla essence
1 biji telur 'AA'

cara2nya-

  1. panaskan oven pada suhu 160C, lenserkan loyang 8"x8"x3" dan alas kertas minyak
  2. campurkan cream cheese esen vanilla dan gula, putar hingga sebati, lalu masukkan telur dan putar hingga adunan berkerim, pindahkan ke bekas lain, cuci dan masukkan...3. ini sbb ada satu set mixing bowl sahaja
  3. gula dan mentega di pukul hingga putih lalu masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan baking powder hingga habis.
  4. tuang 1/2 adunan coklat ke dalam loyang dan ratakan, lalu tuangkan semua adunan cream cheese dan ratakan. tuang baki adunan coklat ratakan atau buat setompok-setompok macam kek marble dan ratakan.
  5. bakar 40-45 min hingga masak. letakkan seloyang air di dasar oven untuk mendapatkan kek yang moist dan lembut.
  6. nota: resipi asal telur  guna grade 'A', tetapi stok yang ada di rumah hanya grade 'AA' untuk pembuatan brownies maka terpaksalah....  tetapi resultnya tetap marvellous.
  7. cubalah...  memang tidak menghampakan, kalau malas boleh tempah - harga istemewa sebelum akhir tahun @RM40.00 sebiji.
  8. wallahu a'alam





Saturday, November 26, 2011

E-APPLICATION UNTUK MASTER IN SYARIAH UNIVERSITI MALAYA

Hujan telah melanda kota bharu semenjak hari isnin yang lepas dengan lebatnya berhenti sebentar-sebentar je, sampai ada patient terapi di HUSM di sana berkata bukan macam air hujan tetapi macam air turun dari "curung atap".... begitu lebatnya.

salah satu bilik pun banjir juga, sampai habis buku-buku yang susun di lantai basah lenjun, dan mana2 baju yang berada di atas lantai pun menitik2 air bila diangkat,,, nampaknya kena buang pulak semua. tilam jangan katalah, even didirikan pun basah juga. adusss... Air tu banyak lagi, tapi tak nampak sebab dia masuk bawah tikar getah ada sampai 2 inci agaknya. lepas tu bila dah banyak sangat air, dia meresap dan menitik ke tingkat bawah, ke atas kabinet dan ke lantai.

biarkan dulu... tunggu habis musim hujan

daripada hari isnin hingga ke Khamis, memang tak boleh buat banyak kerja kat luar. kereta pula banyak, ialah sesiapa yang biasa keluar dengan motorsikal untuk cepat ke pejabat, kini terpaksa bawa kereta kalau tak mahu basah kuyup.

dalam masa tu sempat juga buat application online untuk master syariah. semua urusan online, kena scan semua sijil, bank slip, gambar dan IC, pas tu upload pulak. Alamak tak ada akaun CIMB, kena pulak pergi ke bank bayar di kaunter. so kebetulan sahabat seorang kurang mahir Computer, so dia bertugas ke bank untuk bayar processing fee, dan urusan berkenaan computer kita urus. so Alhamdulillah semua dah siap tinggal tunggu result dalam masa 2 bulan dari tarikh "press confirm". letih juga ye, makan 2  hari waktu santai nak proses 2 application. mana taknya sambil scan sambil berborak/merancang, sambil upload sambil makan2 sebab lama tak jumpa.

selain dari itu habis baca dua biji novel, membaca dengan duduk, berbaring, meniarap dan segala posisi yang tidak melenguhkan,,,  dan hibernate di bilik je melayan The Thorn Birds drama bersiri Korea, habis juga 20 episode,fuuh... nak tengok TV pun, cuaca tak menentu, so astro pun tak menentu juga.

Friday, November 25, 2011

IHTIFAL QILAH


Qilah sedang menayangkan beg hadiah dia dapat no. 1.

Bila anak dah besar2 ingatkan, tak perlu lah hadir lagi kemana2 majlis sekolah. Tapi bila dengar je hari ihtifal Qilah,teringin pulak nak menghadirkan diri, so pergilah, exciteg juga tetapi tidak seexcited seperti ibubapa yang muda2.

Thursday, November 17, 2011

ANTARA MENYAMBUNYIKAN FAKTA DAN MENUKAR FAKTA

Apabila anda menanyakan sesuatu dan jawapannya bercanggah dengan perkara sebenar itu maknanya menukar fakta, in other words "ditipu".

jika sesuatu perkara berlaku dan anda sepatutnya tahu dan tidak diberitahu dan orang lain semua dah tahu, itu maknanya menyembunyikan fakta.

mana satu yang lebih berat?

payah ni---  peguam ni tiada pengalaman..... kesian client...

esok bincang dengan sahabat2

Wednesday, November 16, 2011

DAIJ - BERCONVO / ATAU TAK BERCONVO

Convocation DAIJ dijadualkan pada 3hb Dis 2011, setahun selepas peperiksaan akhir semester. Yuran telah jelas semuanya, cuma disebabkan jarak telah terlalu lama, mood untuk berconvo sudah lesap. Semua sahabat2 sekelas pula telah mengikut haluan masing2.

pagi tadi Che Pah merayu agar dapat sama2 meraikan majlis convo ini, entahlah.... nanti fikir dulu, kerana pada 13hb tu akan masuk ward dan pada 31hb akan ke Kota Tinggi. Rasanya macam orang berbusiness, "tak lekat kat rumah"(terms dialek kelantan).

oleh kerana kali ini ada sahabat lain yang akan menguruskan semua urusan perjalanan, & convo, rasanya boleh consider, bolehlah relax... bayar semua yang patut dan enjoy the trip.


kita tunggu dan lihat.

Thursday, November 10, 2011

WHEN LIFE GIVES YOU LEMONS, MAKE LEMONADE

assalamualaikum dan salam sejahtera,

baru sahaja balik dari hantar Zahid ke stesyen bas untuk meneruskan perjalanannya ke Kuantan. cadang tu nak menyelam sambil minum air, bayar bil TNB, TMB dan air kelantan dan terus ke KWSP untuk mengeluarkan habis caruman yang ada.

tapi apakan daya, bukan sahaja tiada ruang parking, kereta pulak 'berjujuk-jujuk" macam nak sambut hari raya sekali lagi. fikir apa fasal pulak jem seteruk ini, rupanya hari ini hari khamis. memang fenomena ini tak dapat lari - setiap sabtu dan khamis beginilah keadaannya. tiada siapakah yang boleh mengurangkan gejala ini, sungguh menjengkelkan, banyak masa terbuang.

sebenarnya Am yang bagi phrase When life gives you lemons, make lemonade , baru pertama kali dengar yang bermaksud make the best of what you're given ada kaitan dengan Zahid dan Am, pagi tu bawa balik 6 keping roti canai kosong dari restoran Malik untuk breakfast 3 bujang di rumah. Am makan dulu sambil berborak dengannya, habis 3 keping, ayen dah keluar, so tinggal aid yang belum sarapan. Naik atas sebentar check email dan FB dan kemas bilik, turun bawah di atas meja tinggal wrapper roti canai dan kuali bekas goreng telur.

so saja tanya Am, roti canai tak cukup ke?

katanya Zahid buat "cotek"

so pepatah baru, "when life gives u roti canais makes cotek"*

keh keh keh......


* cotek adalah versi roti tampal di KL