Wednesday, September 29, 2010

UJIAN ATAU MUSIBAH

Akhir2 ini kerap sangat ditimpa musibah.... bukan mengeluh cuma menghisab diri sendiri, apakah ini ujian yang akan menghapuskan dosa-dosa untuk diri ini bersedia sepenuhnya untuk menjadi tetamu Allah yang istemewa di musim haji ini?



"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" Surah al-syarh:5



ayat inilah memujuk hati untuk bersabar.



Rasulullah bersabda yang bermaksud apabila Allah reda kepada hambanya maka akan diujinya. sekiranya reda akan ujian itu maka Allah juga reda, tetapi sekira sebaliknya terimalah murka Allah.





"Setiap bencana yang menimpa dibumi dan menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam luh mahfuz sebelum kami mewujudkannya". Surah al-hadid:22


wallahu a'alam




Thursday, September 23, 2010

TART SEKUNDANG







TART SEKUNDANG









KOKO OATS









Hari ini baru kesempatan untuk memuatkan resipi cookies raya yang sangat cerewet tetapi sedap iaitu Tart sekundang. Banyak juga dapat tempahan hingga melimpah selepas raya. baru sahaja habis menyiapkan 26 bekas semalam untuk hari keluarga sebuah pejabat kerajaan.


Biskut koko oats tu baru je dibuat selepas raya. Resipi ehsan dari seorang sahabat yang sama2 ada masalah saraf (jumpa di hospital)hehe..... memang marvellous.. ada rasa lemak, dibuat menggunakan pure butter dan ditambah dengan sedikit minyak sapi untuk yang menjadikan ada kelainan rasa yang unik.


ini resipi untuk tart sekundang


260gm butter

100gm castor sugar

40gm susu tepung

2 egg yolks

380 gm tp gandum


jem nenas untuk inti

kuning telur untuk disapu

jelly tip untuk hiasan

ada beberapa proses sebelum terjadinya sebiji tart sekundang.
  1. menggentel jem
  2. mengadun doh
  3. menimbang doh (agar sama besar)
  4. letak jem dalam doh
  5. melorek doh
  6. sapu kuning telur
  7. hias dengan jelly tip
  8. bakar
  9. bubuh dalam papercup dan pek dalam bekas,

tetapi memang berbaloi, sebab sedap. tak payah lorek pun tak apa kalau nak makan sendiri, tapi kurang comel.....

sesiapa nak resipi koko oats tu tunggulah bila ada mood, atau kalau nak cepat email sahaja.

wallahu 'alam











Friday, September 17, 2010

TAWARAN HAJI

Dua hari yang lepas telah mendapat jadual penerbangan haji iaitu ke Madinah dahulu yang akan bertolak dari Kelana Jaya pada 12hb. Oktober dan balik sampai di KLIA pada 28hb. November 2010 iaitu selama 47 hari.

Perancangan awal kami bertolak ialah dari Kuala Terengganu kerana kalau boleh tidak mahu melibatkan perjalanan ke Kuala Lumpur langsung untuk mengurangkan hassle dan tension, dari itu sekarang sedang menunggu jawapan permohonan untuk ditukar ke Kuala Terengganu.

sekarang baru rasa panik memandangkan haribulan yang tak sampai sebulan ni. persiapan apa pun belum buat lagi. cuma passport dan kad kesihatan haji yang sudah selesai. baju-baju entah mana-mana lagi, tidak pasti yang mana hendak dibawa. apa yang patut dibawa, senarai tu memang sudah ada, tetapi macam tidak lengkap je. ini baru persiapan lahiriah.

"Berbekallah kamu! sesungguhnya sebaik-baik bekalan itulah taqwa. Takutlah azabKu hai orang-orang yang berakal." Al-Baqarah ayat 197

Allah menyuruh tiap-tiap seseorang untuk bersedia dengan perbekalan agar tidak terlantar hidupnya dengan sebab kurang makanan, pakaian dan perbelanjaan dan tidak memberatkan dan menyusahkan orang lain

persiapan rohani macam mana pulak???
buku praktikal ibadat haji dibuka pada muka surat 1, sampai muka surat 5 tutup pula, pergi sana gi sini; sentuh sana sentuh sini, akhirnya setakat tu sahaja. tak boleh jadi ni!!!

kalau boleh pergi tu sekurang-kurangnya kaifiat rukun dan wajib haji ada dihujung jari, do'a2 pendek telah pun hafal dan do'a panjang lancar dibaca.

perbekalan rohani ialah ketaatan, kebaktian dan taqwa kepada Allah

walaubagaimanapun sekiranya permohonan untuk bertolak dari K.Terengganu tidak kesampaian kami reda sahaja. moga dipermudahkan segala urusan kami

Doakan kami selamat dan mendapat haji mabrur.

Monday, September 13, 2010

AFTER RAMADAN? bagaimana?

assalamualaikum, selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Alhamdulillah, sebulan Ramadan telah berlalu, dan mengharapkan semua amalan yang tidak seberapa diterima Allah 100%. hari ini telah pun syawal keempat, dan di rumah sunyi sepi bersama zahid dan semua tempahan brownies telah selesai untuk hari raya. so nak buat apa sekarang?


pagi tadi terbaca artikel di beliefnet muslim tentang "avoiding post ramadan letdown". di antara cadangan-cadangan yang diutarakan adalah:

  1. keep up the good habits practised in ramadan - untuk mendapat markah penuh puasa ramadan segala amalan buruk seperti mengumpat, menyumpah dan segala amalan keji sangat2 dijaga, kenapa tidak diteruskan amalan ini sepanjang tahun dan buangkan segala amalan itu.
  2. continue to fast throughout the year - selain puasa sebulan ramadan, banyak lagi puasa-puasa sunat yang di galakkan seperti puasa enam hari di bulan syawal, puasa isnin dan khamis, puasa di hari arafah dan puasa tiga sebulan di hari-hari putih 11, 12 dan 13 setiap bulan hijrah
  3. continue the nightly qiyam prayers - teruskan solat malam menggantikan solat terawih di bulan ramadan
  4. don't forget about charity - amalan di bulan ramadan di gandakan ganjarannya, tetapi jangan sampai di bulan lain langsung tidak bersedekah...
  5. I have'nt seen you since last Ramadan - amalan berbuka puasa bersama-sama keluarga dan sahabat handai hendak diteruskan walaupun bukan di bulan Ramadan sahaja untuk meneruskan hubungan silaturrahim

ini adalah peringatan untuk diri sendiri, sekira tak mampu melakukan semuanya, diharapkan dapan melakukan sebahagian darinya.

wallahu 'alam

Monday, August 30, 2010

KUIH RAYA

akhirnya selesai juga proses tempahan cookies raya. lega rasanya. sebahagiannya telah pun diagih-agihkan kepada pelanggan, ada lagi yang baki yang belum diambil, kerana customer tak mau ambik awal kerana takut habis dimakan anak cucu sebelum raya.



bila sudah dikira-kira, kuih raya untuk tuan rumah tak de lagi, sebab tahun ini macam biasa juga - tempahan last minute mendatang, ditambah dengan projek Am.... 250 bekas chocolate chips cookies untuk diedar-edar kepada penerima zakat. kalut.....



tetapi bekalan kerepek pisang dan tumpi yang dibawa farid dari johor bharu dapat menggantikan ketiadaan cookies raya malah lebih sedap lagi... alhamdulillah. Terima kasih kak ani, moga dimurahkan rezeki dan diberi badan yang sehat sejahtera untuk semua sekeluarga - ameeen.



hari ini membantu am menyelsaikan projeknya , insyaAllah selesai selasa ini. lepas tu bergelumang dengan tepung lagi untuk tempahan brownies. kebetulan pulak cuti zahid bertepatan dengan hari membakar brownies, itulah rezeki kita dan "rezeki dia" pakar mempekking brownies.



jika kesempatan ingin juga membuat cookies untuk makan sendiri...... tetapi rasanya impossible



selamat menempuh 10 ramadan terakhir, gandakan amalan,berdo'a, berzikir mohon keampunan moga menemui lailah al-qadr dengan ganjarannya yang bersamaan 1000 bulan.

wallahu a'lam

Friday, August 13, 2010

BIDAAH DI BULAN RAMADAN

telah 3 hari Ramadan berlalu, dan 4 kali terawih, dan badan masih lagi segar, dan rasanya lebih segar dari hari-hari biasa. sekarang ni sudah lebih jam sebelas masih belum tidur lagi. adakah ini fadilat berpuasa? kalau macam ni lepas Ramadan boleh istiqamah puasa isnin khamis.

sebelum ini badan memang kurang segar, dan sebab tu dan bimbang berpuasa sunat akhir-akhir ni, takut kurang sehat semakin bertambah kurang sihat lagi maklumlah puasa sunat dan juga helah dan segala macam alasan-alasannya.... dan sekarang puasa fardu terpaksalah dihadapi tetapi alhamdulillah.....

ramadan ini susu kambing menjadi menu tambahan bersama dengan kopi 3 in 1. pernah pada 2hb. ramadan mengomit kopi dari menu berbuka, adusss tidak boleh buka buka mata masa terawih. gagahkan juga nak habiskan 8 rakaat, dan terus 'pengsan' tanpa selimut. jam tiga pagi kaki cramp dan sakit pinggang. inilah bahaya ketagih kopi. bekalan 'celebrax' memang banyak, so telan sebutir, esok macam tidak ada apa-apa je.

dua hari lepas telah membeli buku bertajuk 'Menu Ramadan' oleh Abu Ahmad Yasin semasa menunggu appointment dengan doktor pakar cardio. di dalamnya terdapat artikel berkenaan beberapa amalan bidaah dibulan Ramadan, di antaranya yang memang berlaku sekarang:
  1. menentukan awal Ramadan dengan hisab.
  2. menggaji qari menjadi imam solat terawih
  3. imsak sebelum fajar
  4. tashir iaitu membangunkan orang untuk sahur dengan berteriak sahur! sahur
  5. solat al-qadr iaitu solat 2 rakaat berjemaah selepas solat terawih dan mengerjakan solat seratus rakaat di malam yang mereka yakinni malam lailatur qadr. sheikh al-islam ibn Taimiyah mengatakan sebagai amalan bidaah berdasarkan kesepakatan para ulama.
  6. malam khatam al-qur'an
  7. perayaan nuzul al-Qur'an - ini tidak ada contoh dari Rasulullah SAW dan tidak pernah dilakukan oleh sahabat setelah baginda wafat
  8. perayaan mengenang perang Badar
  9. memilih masjid untuk solat terawih - yang ini memang banyak sangat berlaku dengan alasan imam disitu tidak baca selawat, juga imam bukan seorang hafiz, imam buat 8 rakaat sahaja solat terawih. ada tazkirah diantara solat2 terawih..... dan macam-macam lagi

dan banyak lagi.........

ini adalah pandangan dari buku di atas. fikir-fikirkanlah.

wallahu 'alam

Saturday, August 7, 2010

SALAM RAMADAN

Semalam menghadiri ceramah di "ambang Ramadan" yang disampaikan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, yang seperti biasa memang memberi kesan dan terkena di batang hidung sendiri.

di antara perkara yang disentuh sebab banyak berlaku di Malaysia:

1. berlumba-lumba membuka gerai jualan, yang mana sepatutnya di bulan Ramadan kita berlumba-lumba menggandakan amalan kita.

2. membaca al-Qu'ran di waktu malam, padahal yang lebih baik dibaca diwaktu siang dalam keadaan berpuasa, berwudu' dan lagi afdal dalam solat.

3. sebagai peringatan belilah makanan dari pemilik gerai yang Islam dan beriman dan menutup aurat.

ini ada satu tip dari seorang ustazah: untuk mendapatkan tenaga di bulan Ramadan, berbukalah dengan jus buah-buahan seperti epal hijau atau oren yang diblend dengan kurma. kurma ialah untuk mendapatkan manis dan jangan ditambah gula. tetapi untuk mereka yang ada gastrik boleh diganti dengan epal merah.

selamat menyambut ramadan almubarak