akhirnya selesai juga proses tempahan cookies raya. lega rasanya. sebahagiannya telah pun diagih-agihkan kepada pelanggan, ada lagi yang baki yang belum diambil, kerana customer tak mau ambik awal kerana takut habis dimakan anak cucu sebelum raya.
bila sudah dikira-kira, kuih raya untuk tuan rumah tak de lagi, sebab tahun ini macam biasa juga - tempahan last minute mendatang, ditambah dengan projek Am.... 250 bekas chocolate chips cookies untuk diedar-edar kepada penerima zakat. kalut.....
tetapi bekalan kerepek pisang dan tumpi yang dibawa farid dari johor bharu dapat menggantikan ketiadaan cookies raya malah lebih sedap lagi... alhamdulillah. Terima kasih kak ani, moga dimurahkan rezeki dan diberi badan yang sehat sejahtera untuk semua sekeluarga - ameeen.
hari ini membantu am menyelsaikan projeknya , insyaAllah selesai selasa ini. lepas tu bergelumang dengan tepung lagi untuk tempahan brownies. kebetulan pulak cuti zahid bertepatan dengan hari membakar brownies, itulah rezeki kita dan "rezeki dia" pakar mempekking brownies.
jika kesempatan ingin juga membuat cookies untuk makan sendiri...... tetapi rasanya impossible
selamat menempuh 10 ramadan terakhir, gandakan amalan,berdo'a, berzikir mohon keampunan moga menemui lailah al-qadr dengan ganjarannya yang bersamaan 1000 bulan.
wallahu a'lam
Monday, August 30, 2010
Friday, August 13, 2010
BIDAAH DI BULAN RAMADAN
telah 3 hari Ramadan berlalu, dan 4 kali terawih, dan badan masih lagi segar, dan rasanya lebih segar dari hari-hari biasa. sekarang ni sudah lebih jam sebelas masih belum tidur lagi. adakah ini fadilat berpuasa? kalau macam ni lepas Ramadan boleh istiqamah puasa isnin khamis.
sebelum ini badan memang kurang segar, dan sebab tu dan bimbang berpuasa sunat akhir-akhir ni, takut kurang sehat semakin bertambah kurang sihat lagi maklumlah puasa sunat dan juga helah dan segala macam alasan-alasannya.... dan sekarang puasa fardu terpaksalah dihadapi tetapi alhamdulillah.....
ramadan ini susu kambing menjadi menu tambahan bersama dengan kopi 3 in 1. pernah pada 2hb. ramadan mengomit kopi dari menu berbuka, adusss tidak boleh buka buka mata masa terawih. gagahkan juga nak habiskan 8 rakaat, dan terus 'pengsan' tanpa selimut. jam tiga pagi kaki cramp dan sakit pinggang. inilah bahaya ketagih kopi. bekalan 'celebrax' memang banyak, so telan sebutir, esok macam tidak ada apa-apa je.
dua hari lepas telah membeli buku bertajuk 'Menu Ramadan' oleh Abu Ahmad Yasin semasa menunggu appointment dengan doktor pakar cardio. di dalamnya terdapat artikel berkenaan beberapa amalan bidaah dibulan Ramadan, di antaranya yang memang berlaku sekarang:

- menentukan awal Ramadan dengan hisab.
- menggaji qari menjadi imam solat terawih
- imsak sebelum fajar
- tashir iaitu membangunkan orang untuk sahur dengan berteriak sahur! sahur
- solat al-qadr iaitu solat 2 rakaat berjemaah selepas solat terawih dan mengerjakan solat seratus rakaat di malam yang mereka yakinni malam lailatur qadr. sheikh al-islam ibn Taimiyah mengatakan sebagai amalan bidaah berdasarkan kesepakatan para ulama.
- malam khatam al-qur'an
- perayaan nuzul al-Qur'an - ini tidak ada contoh dari Rasulullah SAW dan tidak pernah dilakukan oleh sahabat setelah baginda wafat
- perayaan mengenang perang Badar
- memilih masjid untuk solat terawih - yang ini memang banyak sangat berlaku dengan alasan imam disitu tidak baca selawat, juga imam bukan seorang hafiz, imam buat 8 rakaat sahaja solat terawih. ada tazkirah diantara solat2 terawih..... dan macam-macam lagi
dan banyak lagi.........
ini adalah pandangan dari buku di atas. fikir-fikirkanlah.
wallahu 'alam
Saturday, August 7, 2010
SALAM RAMADAN
Semalam menghadiri ceramah di "ambang Ramadan" yang disampaikan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, yang seperti biasa memang memberi kesan dan terkena di batang hidung sendiri.
di antara perkara yang disentuh sebab banyak berlaku di Malaysia:
1. berlumba-lumba membuka gerai jualan, yang mana sepatutnya di bulan Ramadan kita berlumba-lumba menggandakan amalan kita.
2. membaca al-Qu'ran di waktu malam, padahal yang lebih baik dibaca diwaktu siang dalam keadaan berpuasa, berwudu' dan lagi afdal dalam solat.
3. sebagai peringatan belilah makanan dari pemilik gerai yang Islam dan beriman dan menutup aurat.
ini ada satu tip dari seorang ustazah: untuk mendapatkan tenaga di bulan Ramadan, berbukalah dengan jus buah-buahan seperti epal hijau atau oren yang diblend dengan kurma. kurma ialah untuk mendapatkan manis dan jangan ditambah gula. tetapi untuk mereka yang ada gastrik boleh diganti dengan epal merah.
selamat menyambut ramadan almubarak

Tuesday, July 27, 2010
APARTMENT KTC UNTUK DISEWA
a furnished one room apartment untuk disewa segera di blok menara Kelantan Trade Center sangat sesuai untuk penginapan di bulan Ramadan ini:
- bertentangan dengan bazaar ramadan dan
- solat terawih di perkarangan stadium
- unit di siapkan dengan 2 a/cond (di ruang tamu dan di bilik tidur)
- queen bed dan accessories lain.
boleh sewa harian, mingguan atau bulanan
sesiapa berminat sila telefon 017-9188427 untuk cerita lanjut.
Saturday, July 24, 2010
SELEPAS PERIKSA
peperiksaan semester II DAIJ telah selesai, dan result semester I baru je dapat diakhir hari peeperiksaan. Alhamdulillah dapat 3.0 CGPA, bolehlah.... considering age, without law experience tapi ada syariah experience. best student dapat CGPA 3.6, yang dah ada 14 years civil lawyer experience. harapnya result semester II lebih baik.
hari ini dan esok kursus haji intensif dan selepas tu, nak cari bahan untuk projek cookies raya. nampaknya macam tak banyak sangat tempahan, maknanya boleh buat santai-santai sambil R&D new cookies raya untuk sendiri. sudah ada 2/3 jenis dalam senarai......
kursus haji tadi sunguh meletihkan..... agaknya kesan 3 minggu studying untuk exam.... lagipun macam dah tau semua apa yang penceramah sampaikan. esok ada ujian bertulis... apa pulak yang nak diuji!!!!
cuma ada musykil sikit, solat dimasjid nabi dapat 1000 kebajikan, itu yang penceramah sampaikan. 1000 kebajikan ini bermakna untuk solat berjemaah dan solat-solat sunat yang didirikan di masjid bersama dengan zikr dan bacaan al-quran atau untuk soalat berjemaah sahaja. siapa boleh menjawab? soalan ini juga apply untuk masjid al-haram yang mendapat 100,000 kali ganda.
Monday, July 19, 2010
DURIAN JERTEH
(ini bukan durian dari kg mak sara jerteh.)Ingat lagi tak durian jerteh? durian gebeng especially.....
less sugar and less refined carbohydrate....
dalam empat hari tu makan wholewheat bread, hard boiled egg/half-boiled eggs, 1 cup 3in1 coffee tanpa tambah gula (biasanya tambah setengah tsp gula lagi) dan 1 paket Hi-goat milk pada waktu pagi atau malam. harap inilah rutin diet seharian. badan rasa ringan je
nasi memang tidak miss, tengahari makan nasi kalau kebetulan ada, kalau tidak ada roti lagi....... jangat melaparkan diri nanti gastrik.....
tapi hari ini habis rutin diet yang empat hari lepas - lepas ujian darah, roti canai 1 keping, 1 gelas teh tarik biasa(bukan kurang manis), tengahari nasi sumatra, petang 3 ulas durian jerteh dan tadi pizza. wow...... memang tak boleh tahan tadi tengok azmi membelah durian.... bestnya
esok start normal semula,,, insyaAllah.
Thursday, July 15, 2010
UJIAN
Dua kertas periksa telah pun berlalu, walau pun dalam kekalutan dan masalah keluarga. sekarang ada lagi 3 kertas dan satu assignment yang mesti disiapkan, sebelum menjelang 23hb julai di mana harap-harap semua hal-hal periksa akan selesai.
kelmarin jadual pemeriksan kesihatan untuk bakal haji di klinik bandar Kota bharu, tersangkut pulak. bila buat pemeriksaan darah, gula dalam darah melebihi paras normal iaitu 8.4mmol/l. harap-harap ini false alarm, kerana pagi semalam makan pankek dengan heavy sirap, kopi radix dan roti sapu kaya, memang semuanya manis. so dalam seminggu ini kena control gula dan buat pemeriksaan semula hari Rabu depan 21hb Julai. do'akan normal. bukan senang hendak menjadi tetamu Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)