BAB PERAYAAN
hari raya haji telah pun berlepas, ibadat qurban juga telah selesai. dan Zahid pun dah balik semula ke UIAM, di rumah hanya 2h/1mlm macam amik pakej holiday je ........ tak pe, dua minggu lagi cuti break semester pula.
bab masak2: no-bake cheese cake dah cuba - sedappp
kek kukus lembab ok, dah habis pun .... tapi kurang kenyal, akan cuba lagi
Sop tulang tinggal 1/4 periuk
SUJI SALJU sudah dicuba - memang sedappp.
sekarang tiada apa aktiviti yang mendesak.....
Sunday, November 29, 2009
Friday, November 13, 2009
MENJELANG ZULHIJJAH
hanya beberapa hari sahaja lagi akan menempuh bulan zulhijjah, bulan haji dan bulan terakhir untuk 1430. walaupun biasa persiapan berikut perlu diambil kira:
- persiapan untuk ibadah qurban - belum ditentukan samaada serah ke ez qurban atau kepada penduduk tempatan
- merayakan eidul adha - ada beberapa tempahan cookies dan brownies, dan jamuan untuk hari pertama, kedua, ketiga dan keempat sebab semua anak2 ada di rumah
- kelas DAIJ bermula pada 12/12/09 - cari buku rujukan
- menyambut kelahiran cucu - due 20hb Disember
- menyambut awal muharram - 1 " azam baru"
- menyambut birthday sendiri - belum terfikir nak beli present apa untuk diri sendiri
- menyambut tahun baru masehi - kalau dulu ada anak2 bersekolah
yang wajib fikir hanya no.1 dan 2, yang lain tu sampingan sahaja untuk membanyakkan bilangan persiapan.....
jangan lupa berpuasa sunat di awwal bulan zulhijjah.
Thursday, November 5, 2009
GELAGAT ZULFA
Dalam kesibukan menerima tempahan cookies dan brownies di musim raya lepas, berlakulah episod berikut. layanlah....
KL LAGI
ini saja nak testing keupayaan camera.
Baru sahaja sampai dari KL petang tadi, setelah 1 malam di sana, kali kedua dalam tempuh 10hari. ha ha macam business besar...
kali ini di KL, memborong 3 pasang kain (gambar di atas). bila difikir semula seolah-olah satu pembaziran yang amat jelas. bila difikar semula kira okey juga, sebab raya lepas memang tidak membeli baju raya langsung.
sempat lagi beli satu set cadar made in malaysia sebabnya window display dia cantik, dan bila ditanya ada 70% diskaun dan free 4 biji bantal.
masa beli tu tidak terfikir nak bawa balik macam mana. dua bungkusan yang bulky, dengan bahu dan pergelangan kaki yang sakit..... panik dibuatnya, bila di fikir2 rasanya di KB pun ada cuma bila di KB tiada luang nak meronda.
alhamdulillah selamat sampai di rumah bersama2 cadar dan 4 biji bantal, setelah di compress dengan plastik clingwrap di LCCT dan masuk baggage, legaaa..
nanti ada peluang gi borong tempat lain pulak. insyaAllah, moga sentiasa dalam kerahmatan dan keberkatanNya, dimurahkan rezeki, di panjangkan umur dan beri badan yang sihat.
Sunday, November 1, 2009
ANTARA "KOYA" & REALITY
gambar di atas yang kami inginkan, ceria, cerah, homely, gambar yang zahid ambil di ikea, tetapi yang dapat yang di bawah.... jauhnya lari antara "koya" dan reality disebabkan dengan beberapa constraint...,
1. budget yang amat terhad
2. pilihan terhad dengan budget yang ada
3. masa yang sangat suntuk,
4. keupayaan yang amat minimal.
insyaAllah dengan sekeping carpet yang cerah, alas meja, throw kusyen serta bunga2an, lampu hiasan atau beberapa keping gambar didinding dan sentuhan anak dara ia akan lebih ceria.. ha ha !!!!
Hasrat hati tinggi menggunung, apakan daya.....
akan diterakan lagi beberapa gambar jika ada perubahan.
Saturday, October 31, 2009
TEMPAHAN BROWNIES II
TEMPAHAN BROWNIES DITERIMA SEKARANG SELEPAS SEBULAN BERCUTI KERANA urusan PINDAH RUMAH
BROWNIES: 1 KOTAK MASIH LAGI RM40
cookies untuk hari raya haji 1430:
1. CHOCOLATE CHIP COOKIES - RM 18/BALANG
2. SNOW ALMOND - RM 20/BALANG
UNTUK TEMPAHAN SILA TELEPON 013-9225100 ATAU
EMAIL: mbernawi@gmail.com
BROWNIES: 1 KOTAK MASIH LAGI RM40
cookies untuk hari raya haji 1430:
1. CHOCOLATE CHIP COOKIES - RM 18/BALANG
2. SNOW ALMOND - RM 20/BALANG
UNTUK TEMPAHAN SILA TELEPON 013-9225100 ATAU
EMAIL: mbernawi@gmail.com
AKTIVITI CUTI
selepas seminggu "doing nothing", semalam mula kalut dengan program dan aktiviti sosial. hari khamis meyiapkan 2 loyang brownies untuk pelanggan tetap dan selepas zohor, menghadiri pertunjukan fesyen pesona gala cik siti wan kembang anjuran kelab muslimat PMBK. boleh tahan juga sebab venuenya di dewan persidangan Kelantan Trade Centre, tetapi sesiapa yang tidak dapat hadir pun rasanya tak rugi juga, dan yang pergi pun tak rugi juga.
semalam berjumpa sahabat2 di Nilam Puri, konon untuk berbincang nak buat perjumpaan disamping membantu sahabat2 yang bernazar kambing kerana mendapat pengiktirafan sijil. selepas berbincang dan berbincang, mereka sendiri sanggup untuk mengurusnya.. Alhamdulillah
lega rasanya.......
apartment masih kosong lagi, tanpa katil tilam bantal tv, fridge pinggan cawan + + + daripada benda yang besar sehingga perkara yang sekecil2nya.
yang ada hanya 2aircond, kipas, langsir dan cerek electrik. cuba bayangkan..... banyak perkara lagi yang perlu diuruskan.
so hari ini bercadang nak mengintai beberapa kedai perabut untuk mencari tilam dan yang berkaitannya, kerana cuti sekoah hampir tiba dan kalau boleh nak juga disewakan untuk beberapa hari.
insyaAllah.
semalam berjumpa sahabat2 di Nilam Puri, konon untuk berbincang nak buat perjumpaan disamping membantu sahabat2 yang bernazar kambing kerana mendapat pengiktirafan sijil. selepas berbincang dan berbincang, mereka sendiri sanggup untuk mengurusnya.. Alhamdulillah
lega rasanya.......
apartment masih kosong lagi, tanpa katil tilam bantal tv, fridge pinggan cawan + + + daripada benda yang besar sehingga perkara yang sekecil2nya.
yang ada hanya 2aircond, kipas, langsir dan cerek electrik. cuba bayangkan..... banyak perkara lagi yang perlu diuruskan.
so hari ini bercadang nak mengintai beberapa kedai perabut untuk mencari tilam dan yang berkaitannya, kerana cuti sekoah hampir tiba dan kalau boleh nak juga disewakan untuk beberapa hari.
insyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)