Tuesday, March 31, 2009

PEMERIKSAAN GIGI

Hari ini genap seminggu aku berada di taman Mewah, di UPU Kamunting Stesen. Esok aku mula bertolak balik ke Kelantan, dan diganti dengan kumpulan lain untuk membantu penduduk di Taman Mewah ini berkempen untuk mengekalkan kemenangan Islam di Bukit Gantang.

Berbagai-bagai program telah diatur untuk menarik kesedaran pengundi untuk memangkah bulan. Ada program untuk dewasa, remaja dan juga kanak-kanak.

salah satu program yang telah dijalankan ialah program mesra jalinan muhibbah. diantara programnya ialah, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan gigi, menderma darah, sukaneka kanak-kanak, remaja lelaki dan perempuan, kaum ibu dan kaum bapa.

satu peristiwa lucu berlaku ketika pemeriksaan kesihatan dijalankan. seorang lelaki warga emas datang tergesa-gesa untuk mendaftarkan diri. apabila dilihat queue di kaunter pemeriksaan kesihatan terlalu panjang, dia pun terus pergi ke kaunter pemeriksaan gigi dan menghulurkan kad pengenalannya. apabila selesai mendaftar, jururawat pun mengiringinya ke katil doktor gigi untuk membuat pemeriksaan. Aduhhh.... buka sahaja mulut, doktor gigi tergelak besar tidak dapat ditahan-tahan, jururawat pembantu pula ketawa besar, kita yang jauh sedikit merasa hairan yang amat sangat, kerana doktor dan jururawat tergelak besar hingga terbongkok-bongkok. terdetik juga dihati, tak baik mengetawakan orang tua.... apabila dihat pakcik tu bangun dan tersengih barulah aku faham..... pakcik tu tak ada gigi langsung.... aduhhhlah padanlah doktor dan jururawat tu merasa lucu sangat. lepas tu habis satu khemah tergelak besar.

QUNUT NAZILAH, DOA MENANGKIS BALIK KEJAHATATAN MUSUH

Ya Allah, kami letakkan Engkau di batang leher musuh kami, dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka. Ya Allah, engkau tangkis balik tipu helah mereka ke atas leher mereka. Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, kacaubilaukan jemaah mereka, cerai beraikan pakatan mereka, goyangkan pendirian mereka dan biarkan anjing-anjing Engkau menerkam mereka. wahai Yang Gagah Perkasa, Yang Maha Penuh Raksasa dan Yang Maha bersifat Murka. Ya Allah...... Ya Allah..... Ya Allah....

Ya Allah yang menurunkan kitab Al-Quran, Ya Allah yang menggerakkan awan, Ya Allah yang menewaskan bala tentera, tolong kalahkan mereka itu dan tolonglah kami menentang mereka itu.

Teks in dipetik dari doa-doa terpilh terbitan Dewan Ulama' Pas Kelantan. teks arabnya akan ku lampirkan setelah Ayen siap menaipnya.... insyaAllah

Friday, March 27, 2009

3RD BIRTHDAY

Telah dua malam aku berada di kuala sipitang, membantu UPU Stesen Kemunting menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang. Suasana agak menggalakkan dan diharap kemenangan berpihak kepada kami. Hari baru sahaja selesai program bersama rakyat anjuran penduduk Taman Expo.

hari ini juga adalah birthday ketiga cucu sulungku. tiada kesempatan lagi nak membeli kan hadiah untuknya, dengan kes hospital sebelum ini, dan terus datang ke Perak selepas berehat seminggu. kalau nak kira badan ini pun belum pulih sepenuhnya, tetapi mengenangkan tiada masa lagi yang terluang dan mereka memerlukan tenaga walau semampu mana pun, so aku pun bertolak ke PERAK dengan penuh semangat, semangat berjuang untuk memenangkan Islam.
Birthday cucu boleh celebrate lewat sikit.

Alhamdulillah, kesihatan ku beransur-ansur pulih, walaupun dengan kadar yang amat slow. tidak boleh sekelumit pun tension apatah lagi stress. sedikit sahaja insiden berlaku yang diluar routin, mulalah otak ni ligat flashback, foward, rewind dan bermula debaran jantung dan keletihan yang amat sangat. Buat masa ini GTN memang tak lekang dari genggaman ku. seperti yang abangku katakan, orang lain tak nampak penyakit kita, sebab tak ada luka, tidak terlantar di katil, badan sihat tidak kurus kering dan masih menjalankan aktiviti harian.

Buat masa ini diet harian terpaksa di jaga sendiri, aku memaksa diriku mengambil sekurang-kurangnya 3 sudu quakeroats bersama susu setiap pagi, dan alhamdulillah toilet habitku mula pulih tanpa sokongan ubat2an.

Hidup hanya sementara di dunia ini, akhirat juga yang kekal abadi.

Saturday, March 21, 2009

TINDAKAN CEMERLANG

do'a adalah senjata ibadah, itulah hadis yang selalu dingiang2kan dibenakku, la tansa zikrullah, beramal dengan ilmu yang ada, so apa lagi alasan yang nak diluahkan....

Do'a yang selalu aku pohon ialah keimanan dan ketaqwaan yang berterusan, rezeki yang melimpah ruah yang tidak putus2, kebahagiaan dunia akhirat, tindakan yang cemerlang dan kenikmatan syurga firdaus dan dijauhkan dari azab neraka.

setelah beberapa kali terkedu dengan tempelakan2, aku mula terfikir apakah segala tindakanku ini menepati dengan arahan ilahi? hingga sampai satu tahap aku tiada tajuk hendak berinteraksi dengan sesiapa takut tersalah topik.....

hari ini satu lagi episod berlaku yang aku terpaksa membuat tindakan. tindakan mengikut nafsu hasad dengki dan amarah atau tindakan mengikut syariah. padaku tidak ada apa lagi didunia ini selain mendapat keredhaan Allah SWT. walaupun hati ini sakit, tetapi janji Allah aku pegang, yakin dengan janji Allah. Serah segalanya mengikut hukum Allah, insyaAllah kerahmatan dan keberkatanNya mencurah2. Jangan takut.....

alhamdlillah aku telah meluahkan perassanku dan melakukan satu tindakan yang cemerlang hari ini pada firasatku, yang mana rasanya aku tidak akan mampu melakukannya sedikit masa dulu. subhanallah allahuakbar

Thursday, March 19, 2009

LEARNING MATHS AND SCIENCES IN ENGLISH

saya ingin menyampuk sedikit isu pembelajaran bahasa inggeris dalam apa jua subjek. saya juga berasal dari kampung dan bersekolah menengah di convent of the holy infant jesus, bermula dari remove class. di sekolah kampung saya memang top di kelas, tetapi bila masuk ke kelas remove, bahasa inggeris yang saya tau adalah yes and no, dan membilang sampai 10..... banyak vocab saya kan????

tetapi kegigihan cikgu yang mengajar fonetics dan serbanika untuk keperluan kelas remove memang menakjubkan. hanya kamus inggeris vs inggeris dibenarkan. selepas 2 bulan bersekolah saya dipaksa membaca buku david copperfield yang mudah, dan menceritakannya dihadapan kelas. masa tu tak de rasa malu... hentam je la maklumlah budak lagi, tak baligh pun lagi hehe.

masuk ke tingkatan satu, masih juga merangkak sebab semua subjek dalam bahasa inggeris melainkan bahasa melayu... tetapi guru2 masa tu memang mengambil berat. hanya saya seorang je malay dikelas, yang lain semua cina dan guru-guru pun semua cina termasuk guru bahasa melayu.

dalam kegigihanku bersekolah inggeris, kelas agama tetap wajib. tiada compromi bagi kedua ibubapaku. selepas habis sekolah sebelah pagi, bergegas terus kesekolah agama, walau lewat macammana pun. ustazah-ustazah pun faham akan kelewatanku, sekolah menengah 20 batu dari kampung ke bandar, kena tukar baju dari finafore sekolah convent ke baju kurung dan bertudung bulat.

so isu pembelajaran dalam bahasa inggeris ini sebenarnya memang tak ada isu langsung. kedua ibubapa saya pun tak pandai dan tak faham berbahasa inggeris, mereka tidak mengutuk tetapi memberi nasihat dan perangsang; lagipun ia adalah satu kelebihan iaitu dapat menguasai satu bahasa international, hanya tenaga pengajar patut di latih sepenuhnya bukan main tangkap muat je, dan ibu bapa juga perlu peka. Saya hantar anak2 ke sekolah SRI dan ada bahasa arab, saya dari tak pandai berbahasa arab saya belajar hingga dapat bachelor in Syariah.... tidak rugi belajar... kan Rasulullah saw ada berkata yang bermaksud- jalan mencari ilmu adalah jalan ke syurga, dan jangan kedekut untuk mencari ilmu yang berbayar, inSyaAllah Tuhan akan ganti dengan yang lebih baik lagi, tak de masa... cuba dulu, ramai sahabat yang bekerja, seorang isteri, ibu, pendakwah mampu meneruskan dan sekarang sedang menulis dissertasi MA, Allahu Akbar.

Wednesday, March 18, 2009

JADUAL HARIAN

Sebenarnya arahan doctor selepas aku didiscaj dari hospital adalah apa yang telah aku amalkan selama ini. Doktor menyuruh ku berehat sepenuhnya, tanpa kerja berat, tidak boleh mengangkat barang lebih dari 5 kg.

1. setelah zahid berpindah sekolah yang berasrama, memasak tidak lagi menjadi tugas utamaku, apatah lagi suamiku suka makan di luar, dan semasa dia bertugas outstation dan kesihatanku mengizinkan dan sekirnya tidak ada program yng memerlukan kekuatan fizikal aku lebih suka berpuasa sunat. so memasak memang out dari list tugasanku, well??? kerja ringan kan?

2. setiap pagi aku mewajibkan diriku melakukan brisk walk yang tak berapa brisk selama 1/2 jam, untuk daya tahan jantungku dan juga untuk mengelakkan kesakitan yang keterlaluan kepada penyakit arthritisku. so morning walk is out, memang pun aku malas nak buat morning walk...

3. aku memang telah lama tidak mengangkat berat, mendukung cucu pun sesekali juga termasuk tidak ke supermarket membeli barang dapur untuk keperluan harian ku dan zahid. so bila ada orang tu nak dropku kat supermarket, aku pun mempertikaikannya. katakanlah kat supermarket ada trolley, tapi aku kena juga mengangkatnya dari shelf ke trolley, dari trolley ke counter cashier kemudian masuk ke trolley semula, kemudian menolak trolley ke kereta, masukkan ke dalam kereta, dari kereta masuk ke rumah... tengoklah berapa peringkat kerja mengangkat.... Ok,,, beras, berat minima 5kg, susu manis kesukaan zahid, 6pack tin, juga lebih dari 3kg, minyak masak 3kg,sosej cocktail, nugget, frozen food - piza, pau, fish and fries, ayam juga beberapa kilo, fresh milk, butter, cheese, sabun basuh tisu muka, tisu tandas, tisu dapur dan serbanika perkara lain lagi, kalau tak penuh trolley tak sah... lepas tu singaah kedai telur beli telur AA, 100... memang angkat berat... telah tidak aku lakukan 2 minggu sebelum admit ke hospital. so sekarang dalam frigde dan freezer memang kosong... kesian zahid terpaksa make do with what is available....

4. tidur siang.... telah lama rasanya aku tidak tidur siang, pertama kerana tidak berapa boleh tidur dan 2. aku rasa tidur siang tu memang merugikan masa. Banyak perkara boleh dibuat... membaca, berzikir, berinteraksi bersama keluarga dan anak2. disebabkan doktor menasihatkan banyak berehat jadi sekarang aku mengambil pelang 10 hari ini untuk rehat sepenuhnya, iaitu tidur disiang hari, eleh...10 hari je. tetapi memang ada kelainan, rasa badan pun ringan sikit, dada pun rasa kosong dan lega.

so lain kali kalau doktor kata berehat, berehatlah, mana nak dapat peluang bersantai macam ni, kalau pergi holiday pun otak ligat memikir, what to do next, kos berapa, kerana holiday bersama famili pun jarang pergi, dan kalau terpergi holiday sesekali pun tak pernah rancang, so balik penat dan dissatisfied je...

Sunday, March 15, 2009

DISCAJ

jam5.00 petang aku sampai dirumah setelah berada di hospital selama 5hari 4 malam (macam pekej holidy je) . Alamdulillah procedur coronary angiogram ku berjalan lancar, dan surprisingly keputusannya amat melegakan.

doktor Tee telah memberi sebaik mungkin penerangan tentang angiogram, persediaannya, prosesnya dan juga kemungkinan yang akan berlaku semasa dan selepasnya.

selepas procedur ini ada 3 kemungkinan yang akan berlaku. pertama, tidak memerlkan tindakan apa-apa, hanya memadai dengan memakan bat-ubat sahaja. Kedua, sekiranya ada vessel yang tersumbat, maximum 2 vessel, akan terus ditembak dengan sistem angioplastin(nanti saya buat research tntang scientific termsnya) dan yang ketiga yng aku paling takut ialah terlalu banyak sumbat dan terpaksa menjalani open heart surgery.

aku diheret ke bilik angiogram jam 12 tenghari, 14hb Mac 2009. suhu bilik terlalu sejuk bercampur dengan perasaan takut yang amat sangat, aku menggeletar sampai berlaga gigi. bukan takut sakit tetapi takut keputusan yang akan diperolehi nanti. ak disuntik dengan local anaesthetic, lepas tu tak rasa sakit apa-apa, cuma rasa macam air suam meleleh dipehaku dan melekit. ini tak lain dan tak bukan mesti darah, kerana doktor membuat hirisan di peha kananku untuk memasukkan camera.

secara sintific aku tak pandai nak cerita, tetapi setelah mengikuti perbualan antara doktor dan pembantu-pembantunya, mereka macam quite surprise dengan apa yang diperolehi dari gambar-gambar yang terpampang di lcd, berbanding dengan nada panik ketika melihat keputusan ecg semasa aku berada dibilik ujian stress.

walaubagaimanapun inilah keputusan angiogramku. ada dua vessels yang ada deposit, yang di main vessel 50% dan satu vessel ke jantung 20%. aku pun kurang faham, tetapi keputusannya aku tak perlu menjalani apa-apa lagi hanya cukup dengan mengambil ubat yang diprescribe dan juga menjaga pemakananku.... maknanya berdiet dan berexercise. Alhamdulillahi Rabb al-Alamiiin