Wednesday, August 6, 2008

PAVILLION

Sudah 2 hari aku berada di KL, dan hari ini hari ketiga. bertolah dari KB 4hb. Ogos dan balik nanti 7hb. Ogos, 4D/3N, macam pakej holiday pula. pagi semalam aku meronda di Pavillion, the biggest and prestigious (katanya) so far shopping complex di KL ni. aduh, memang luas dan banyak sangat kedai2 berjenama. mujur juga baru beli je handbag di KB, kalau tak memang kopak purse, memang cantik dan menawan handbag di situ, dengan harganya juga sangat menawan. ada satu handbag tu, leather; cantik; warnanya memikat, curi-curi tengok price tag, wow.... RM2500, padanlah kenan sangat, tapi ada diskaun 20%. takpelah masih boleh control lagi, handbag pun baru beli, tak murah juga, disebabkan ada 40% diskaun terus grab je, lagipun handbag yang lama pun dah 4 tahun pakai, rasanya dah sampai masanya beli yang baru.

hari inj melawat HQ ofis di wangsa maju, setakat setengah hari je, pas tu nak gi BWY, persediaan beli barang untuk tempahan biskut hari raya.

Saturday, August 2, 2008

BISKUT RAYA

Rejab sudah di penghujung, menjelang syabaan kemudian Ramadan, cepatnya masa berlalu. sahabat-sahabat sudah pun bertanya sampel biskut raya dah siap ke? dan aku masih lagi menangguh-nangguh menyiapkannya. bila ye nak buat. minggu depan nak ke Kuala Lumpur pulak. 4hb. hingga 7hb. Ogos, saja untuk bertukar angin. insyaAllah lepas tu kot, lagipun tahun ni bercadang membuat 4-5 jenis biskut sahaja, termasuk Almond London cookies dan tat nenas. tunggu bila siap nanti

Sunday, July 27, 2008

ijazah master

tiga hari lepas ku meronda2 di KB Mall untuk melepaskan jiwa yang memberontak kerana telah beberapa hari terperuk dirumah disebebkan bisul. saya terserempak dengan Ustaz yang telah membimbing Bahasa Arab saya dari zero hingga ketahap sekarang, dan dia bertanya tentang progress penulisan saya untuk master degree.

masalah saya sekarang bukan tak nak menulis tapi belum jumpa lagi tajuk yang mencabar (alasan je). Tajuk untuk degree baru ni pun ikut tangkap muat kerana pembimbing bagi masa 4 jam untuk memikirkannya. jadi untuk penulisan ijazah master ini harap2 dapat menulis satu tajuk yang akan memberi manfaat kepada masyarakat dan ia tertumpu lebih kepada isu semasa dan dapat menyelsaikan masalah terkini. beberapa sahabat lain ada yang telah mencapai ke Bab III.

ustaz mencadangkan agar aku menulis dibawah tajuk : PENGAGIHAN HARTA PUSAKA MENGIKUT KAEDAH E-PUSAKA. macam mana agak-agak mampu buat????

Saturday, July 26, 2008

GAMAT eMAS

Siapa pernah mencuba produk gamat emas, produk halal, pengeluaran bumiputera, dengan penyelidiknya dari University UIAM bersama SIRIM.

Saya telah pun menjadi stokis produk ini sejak 2004, dan sejak itu juga saya menggunakan produknya. diantara produknya ialah pati gamat emas bervitamin PGPV, bioseed, pati gamat plus dan yang tidak pernah putus Gcafe dan Gcafe pengaga. ubuk mengetahui lebih lanjut sila ke http://www.gamatemas.com.my/v2/berita.php

sekarang beroperasi di Nilam Puri, Kota Bharu Kelantan

belajar download gambar




semalam ayen menghulurkan kabel tnyuk menyambungkan camera canon dengan komputer.hari ini pulak nak cuba upload gambar2 yang telah diambil sejak mula2 beli camera ni. Lihatlah pandanglah...... tiru macam saya

Sunday, July 20, 2008

Alumni UM/Kdh/....







malam ini kami meraikan majlis kesyukuran pengiktirafan sijil Ijazah kami. aku mengambil peluang memperomosikan brownies, dan kali ini aku mempekkan 8 biji 1x1' dalam bekas pelastik dan dihiasi dengan rosette kecil. baru sahaja selesai mempek 60 bekas dan sedia diwa sebentar lagi.

seronok juga berjumpa semula sahabat-sahabat yang sama-sama menuntut ilmu dalam usia matang, juga bertemu dengan pensyarah-pensyarah yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kami, insyaAllah kami tidak akan melupakan jasa-jasamu.

gambar diatas adalah beberapa gambal yang diambil pada malam itu

Monday, July 14, 2008

brownies



Aku baru saja selesai menyiapkan satu dulang brownies yang ditempah oleh seorang pelanggan tetap. business brownies ku buat masa kini Alhamdulillah sentiasa ada tempahan. Tempahan semalam tiga dulang di pek satu dulang bagi tiga dan dua dulang bagi dua. Untuk hari ini pelanggan meminta dipek dalam satu kotak sahaja.