perjalanan mengambil masa selama 8 jam dari KL ke Sydney.
Saturday, February 8, 2014
Wednesday, October 9, 2013
KELEBIHAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH
SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA.
Syawal telah lama berlalu, Zulkaedah juga baru beberapa hari meninggalkan kita, dan hari ini telah pun memasukki 4hb. Zulhijjah. Bagaimana sahabat2 sekelian menghadapai bulan yang mulia ini.
telah disimpulkan oleh beberapa ulama tentang kelebihan pada 10 hari pertama di bulan Zulhijjah:
: لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ
- Sudah semestinya ialah menunaikan fardu Haji dan Umrah
- berpuasa pada 9 hari pertama bulan Zulhijjah. “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei]....... berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit dari Rasulullah SAW. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya. iaitu Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang..... Setengah ulama’ lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai daripada hari Arafah dan pada hari itu juga Allah SWT turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.
- keluar ke masjid untuk solat berjemaah dan memperbanyakkan solat sunat
- berzikir dan bertahlil, iaitu (mengucapkan La-ilaha-illaLlah)
- menjalankan ibadat Qurban iaitu menyembelih seekor kambing atau 1/7 bahagian lembu atau unta, mengikut kemampuannya.
- Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: {Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.} [Al-Ankabut: 69].
Sunday, May 26, 2013
BISKUT RAYA 2013
Alhamdulillah akhirnya siap juga sample biskut raya untuk tahun 2013. Walaupun bermula mengadun doh seawal 1 Rajab lagi, tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, ia mengambil masa lebih panjang daripada yang dijangkakan. ada yang dah siap tetapi tidak melepasi ISO anak2, terpaksa diolah semula, ada yang sangat hebat testimoninya di blog2 sahabat maya tetapi tidak menepat citarasa tester terpaksa juga didrop langsung; tetapi biskut yang tersenarai di bawah ini diramalkan tidak mengecewakan, bahkan memang sangat istemewa rasanya.
berikut adalah senarai biskut untuk 2013:
2. Strawberry chocolate Square: Adunan strawberry cookies di celup dengan coklat susu. keharuman bau strawberry emalco dan kelembutan coklat susu collata.... adui... sungguh nikmat.
3. Crispy choc: gandingan kuaci hijau yang telah dipanggang, oats dan chocolate chips. dan di sapu permukaan dengan milk chocolate dan di tabur dengan Hawaii coconut yang telah dipanggang dan didrizzle pula dengan dark choc. Fikir sendirilah rasa cookies ini.... crunchy, lemak milk chocolate....
4. Suji cornflake: biskut yang telah lama berada dipasaran, yang masih lagi ditanya2 oleh pelanggan "Buat lagi ke biskut ini?" dengan sedikit keceriaan: ditambah dengan hirisan cerry untuk menyerikan lagi biskut yang memang sudah berseri
5. Snow Almond: biskut ini pun tidak payah nak cerita lagi. dalam blog masakan sahabat di alam maya telah menceritakan kenikmatan biskut ini.
6. Almond London
7. Chocolate chips
7\8. Tart Nenas dengan wajah baru diadun sepenuhnya menggunakan Anchor butter. lemak butter, masam manis jem nenas,aduiii.... hanya peminat tat nenas sahaja yang dapat mengkoyakan nikmatnya.
9. EZ almond: adunan doh dengan serbuk almond, almond nibs dan kisaran cornflake, sangat sesuai untuk kanak-kanak yang suka makan almond london tetapi inti almond panggang didalamnya dibuang... atau untuk mereka2 yang tidak suka mengigit whole almond.
Untuk tempahan sila SMS ke talian 017-9188427
Wednesday, May 15, 2013
TAT NENAS TERATAI
Masa dan ketikanya sudah sampai untuk memulakan R & D sample biskut raya untuk jualan tidak berapa lama lagi. pilihan pertama sudah semestinya Tat Nenas, dalam betuk apa sekali pun. tetapi yang paling minat memanglah tat gulung, tapi apakan daya sudah tidak terlarat nak menekannya, lainlah kalau ada "Falcon pasta maker". katanya memang superb, boleh buat beribu sehari, tetapi entahlah belum bertemu jodoh lagi, sebabnya kalau nak beli nak lihat sendiri demo cara2 menggunakannya. kalau tidak maknanya simpan dalam setor sahaja....
ini dalam proses pembuatan
dah siap dibakar
gambar closeup
berbalik kepada tat nenas tadi, kali ini memilih untuk membuat TatNenas teratai. resipinya sama sahaja seperti buat tat gulung yang sepertimana apa yang ditulis di pembungkus acuan tat nenas.
tapi tak apa ini resipinya:
125 gm mentega
30 gm gula icing sedikit vanilla
1 kuning telur
220 gm tp gandum
2 tbsp tepung jagung
caranya:
pukul mentega dan gula icing, masukkan vanilla dan kuning telur, pukul hingga sebati masukkan tepung dan uli hingga sebati.
terap dengan acuan bunga pecah lima
dah siap dibakar
gambar closeup
acuan ini disalah guna untuk buat tampuk tat.... haha..
agak cerewet juga buat tat ini, kena melalui beberapa proses, tetapi sangat berpuas hati dengan outcomenya, sangat comel sampai sayang nak makan. yeah..... masuk bakul angkat sendiri.
sudah pasti tat ini termasuk dalam senarai sample biskut raya 2013.
siapa nak buat sendiri silakan, resipi pun dah ada, dan sekiranya nak tempah harap buat seawal2nya, paling lewat 1 minggu sebelum Ramadan.
Happy baking..
RAMADAN MENJELANG LAGI
PRU telah berlalu hampir dua minggu, dan sudah pun menang Alhamdulillah, dan meneruskan jalanan hidup seperti sediakala. sekarang yang utama sesiapa yang menang hendaklah menjalankan amanah rakyat dengan sejujur mungkin.
walaubagaimana pun hidup perlu berjalan terus. kini sudah pun menjelang Rajab dan akan diikuti Syaaban dan seterusnyaRamadan....
sudahkah Anda semua bersiap sedia untuk menghadapi Ramadan, bersama pakejnya: Puasa, Tarawih, Qiam al-lail, Tadarrus dan sedekahnya...
JAGA KESIHATAN AGAR DAPAT MENGHADAPI RAMADAN DENGAN YAKIN....
Monday, March 18, 2013
DOOR GIFT PERSANDINGAN AIAI DI TAMAN PERWIRA 1
Assalamualaikum,
Hasil doorgift yang sangat menarik dan simple. di isi sama ada dengan brownies, chocolate chips dan biskut badam. Brownies nya adalah produk dari Kota Bharu( sayalah ), tetapi biskut badam dan chocolate chips ditempah dari taukey biskut di Kuala Lumpur.
di dalam goodies bag itu diisi dengan sebiji telur pindang, a jar cookies dan sekeping calender 2013
sesuai untuk semua majlis - aqiqah, bertunang, persandingan dan segala majlis kenduri kendara.
Thursday, March 14, 2013
HOKKAIDO CUP CAKE
Assalamualaikum,
cup kek sejurus sahaja keluar dari oven....
Alhamdulillah, semalm dapat menghasilkan ciffon cupkek yang telah lama diidamkan. . Akhirnya dapatlah resipi yang jelas dari blog masam manis, dan hasilnya walla, mendapat pujian dari keluarga...Customer brownies selalu bertanya ada produk lain ke nak beli, inilah hasilnya. Resipinya seperti dibawah
Rujukan: masam manis
Bahan A
4 biji kuning telur
30 gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu Dutchlady UHT
40 ml minyak canola Natural
55 gm tepung superfine
20 gm tepung kastard
1 sudu teh baking powder
Bahan B
4 biji putih telur
1/4 sudu teh garam
80 gm gula halus
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan ~35 biji solo cup size S
1. Satukan bahan kering, tepung superfine, tepung kastad dan baking powder dan ayak 3 kali.
2. Pukul kuning telur dengan gula hingga bersatu dengan tangan sahaja, masukkan susu, minyak canola dan pukul lagi hingga sebati lalu masukkan bahan kering. yang ini menggunakan whisk tangan sahaja.
3. Di lain mangkuk yang kering, pukul putih telur dengan garam hingga berbuih, lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga bancuhan menjadi gebu dan bertanduk. ini menggunakan whisk mesin pembancuh.
4. masukkan adunan telur putih ke dalam adunan merah telur dan kacau dengan ksedah kaup balik sehingga sebati semuanya.
5. tuangkan adunan ke dalam paper cup sehingga 3/4 penuh, ~15gm sehingga habis.
6. bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dulu selama 15min dengan suhu 170C .
7. Bakar selama ~15-17min, mengikut kesesuaian oven.
Apabila sejuk picitkan custard filling ke dalam cup kek.

Bahan custard
15 gm tepung
15gm tepung kastad
60 gm besar gula
200ml susu UHT Dutch lady full cream
1 biji telur size AA
30 gm mentega
6ml esen vanila
semuanya digaul hingga sebati lalu dimasak diatas api kecil dan hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakan dari bergentel. Tetapi jangan risau sekiranya bergentel juga, masukkan kedalam blender, blend 1 minit, walla menjadi licin seperti digambar, sebabnya produk saya pun bergentel juga hehehe.
siap di pek untuk disimpan. sesiapa berminat silalah mencuba. memang sedappp.... atau tel 0179188427 untuk tempahan...

Wallahu'alam
Subscribe to:
Posts (Atom)



























