Thursday, March 14, 2013

HOKKAIDO CUP CAKE





Assalamualaikum, 

cup kek sejurus sahaja keluar dari oven....


Alhamdulillah, semalm dapat menghasilkan ciffon cupkek yang telah lama diidamkan. . Akhirnya dapatlah resipi yang jelas dari blog  masam manis, dan hasilnya walla, mendapat pujian dari keluarga...Customer brownies selalu bertanya ada produk lain ke nak beli, inilah hasilnya. Resipinya seperti dibawah



HOKKAIDO CUP kek
Rujukan: masam manis
Bahan A

4 biji kuning telur
30 gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu Dutchlady UHT
40 ml minyak canola Natural
55 gm tepung superfine
20 gm tepung kastard
1 sudu teh baking powder

Bahan B
4 biji putih telur
1/4 sudu teh garam
80 gm gula halus

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan ~35 biji solo cup size S


1. Satukan bahan kering, tepung superfine, tepung kastad dan baking powder dan ayak 3 kali.
2. Pukul kuning telur dengan gula hingga bersatu dengan tangan sahaja, masukkan susu, minyak canola dan pukul lagi hingga sebati lalu masukkan bahan kering. yang ini menggunakan whisk tangan sahaja.
3. Di lain mangkuk yang kering, pukul putih telur dengan garam hingga berbuih, lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga bancuhan menjadi gebu dan bertanduk. ini menggunakan whisk mesin pembancuh.
4. masukkan adunan telur putih ke dalam adunan merah telur dan kacau dengan ksedah kaup balik sehingga sebati semuanya.
5. tuangkan adunan ke dalam paper cup sehingga 3/4 penuh, ~15gm sehingga habis.
6. bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dulu selama 15min dengan suhu 170C .
7. Bakar selama ~15-17min, mengikut kesesuaian oven.


Apabila sejuk picitkan custard filling ke dalam cup kek.



Bahan custard
15 gm tepung 
15gm tepung kastad 
60 gm besar gula 
200ml  susu UHT Dutch lady full cream
1 biji telur size AA 
30 gm mentega 

6ml esen vanila 


semuanya digaul hingga sebati lalu dimasak diatas api kecil dan hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakan dari bergentel. Tetapi jangan risau sekiranya bergentel juga, masukkan kedalam blender, blend 1 minit, walla menjadi licin seperti digambar, sebabnya produk saya pun bergentel juga hehehe.


siap di pek untuk disimpan. sesiapa berminat silalah mencuba. memang sedappp.... atau tel 0179188427 untuk tempahan...
















Wallahu'alam

Monday, February 4, 2013

MOIST CHOCOLATE KEK


Hari ini telah mencuba resipi moist chocolate kek, yang memang telah menjadi faveret anak-anak dulu. oleh kerana mereka semua telah membesar, rasanya sudah lama tidak membaking kek ini, rasanya semenjak brownies menjadi produk jualan 'all time favourite' tidak mengira musim, sama ada musim kenduri, maulidul rasul, apatah lagi musi raya.

mujur juga setelah berpindah randah, resipi ini tidak tercicir, walupun ada sebuah buku resipi tulisan tangan telah menghilangkan diri entah kemana...

nak buat cerita sebab apa membakar kek ini?. 
Telah banyak kali ada beberapa pelanggan apabila mengorder brownies, mereka bertanya ada buat kek lain tak... buat tu ada tapi bukan untuk commercial, buat menggunakan 'pure butter', sebab nak makan sendiri mesti nak makan yang sedap, lemak dan kalau nak jual pun kena harga tinggi sikit. bila sebut harga, kebanyakkan mereka kata mahal. 

so kek ini menggunakan lepa susu 'buttercup', tapi produk lain tetap mengekalkan quality yang sama, tepung superfine, serbuk koko grade A, telur 'AA' 

katanya resipi ini dapat dari sebuah hotel, tapi memang sedap sebab tidak menggunakan ovalett dan soda bicarbonate. Tekak ni memang tak boleh terima sangat kalau letak soda bicarbonate dan ovelerr terlebih2.

Polisi saya kalau nak jual makanan, ia mesti produk yang digemari anak-anak sebab jimat masa, kalau pagi tidak sempat membuat sarapan masih boleh lagi makan pau kukus atau donut.

selama ini produk yang telah dijual seperti Pau inti kacang, DONUT, brownies, tat nenas memang menjadi kegemaran anak-anak, jadi sambil membantu ---- sambil menguyah.

resipi nya
bahan A
1 cawan air
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula
semuanya di masak hingga gula hancur dan sejukkan

Bahan B
2 caw butter
1 cawan gula castor
5 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder

caranya: Pukul butter dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu
ayak tepung bersama baking powder lalu masukkan kedalam adunan butter tadi berselang seli
dengan cecair serbuk tadi hingga habis.

satu adunan dapat empat bekas seperti  gambar di atas. 
selamat mencuba. 





Wednesday, January 9, 2013

ALHAMDULILLAH

assalamualaikum,
sedang elok sahaja apartment satu bilik ni, tidaklah rasa rugi bila tinggal keseorangan. dari meja computer ni dua langkah masuk bilik tidur, empat langkah ke dapur dan terus ke bilik air. Tv terletak di sebelah meja computer, samsung tablet dapat dicapai, capaian internet ambil yang 4Mbps lebih laju dari yang ada sebelum ini.... semuanya dekat, laju dan up to date untuk seorang nyai... apa yang kurang lagi ye....


Allah telah kurniakan kesihatan yang optimum. semalam appointment dengan Dr pakar perubatan, cek darah alhamdulillah semua ok, paras cholesterol telah turun ke normal, buah pinggang sehat, jantung sehat, gula dalam darah normal dan cek blood pressure pun normal 124/85. pengambilan ubat diteruskan, cuma ubat anti cholesterol dikurangkan.

Alhamdulillah rumah cukup besar, badan sehat bersyukur kepadaNya....




Monday, November 26, 2012

MOYOT TIADA TENAGA

Assalamualaikum,
semalam ke perpustakaan Nilam Puri untuk mencari bahan bab II, dan bab III, dissertasi. Proposal pun tinggal sedikit penambahan dan baik pulih oleh penyelia sebelum dihantar untuk di seminarkan.
ceritanya:
          setelah sampai di perpustakaan baru sahaja SMS ke penyelia untuk temujanji, sebab tidak berani nak buat awal kerana kereta pun tanpa roadtax, takut tak sempat sampai ke Nilam Puri, maklumlah warga emas, banyak halangan.

jawapan pertamanya: kena jupe ptg, pg ni kurang power. Moyot

haha......

MOYOT: tanya beberapa sahabat yg ada di perpustakaan, maknanya memang tiada tenaga, lesu, kot sama dengan moyok mcm kucing sakit.

pagi ini diri sendiri pula kena moyot... aduhh... lepas subuh baca serba sedikit terus tidur semula... sakit sana sini lengan, kaki, betis peha dan kepala.

bangun tidur terus mandi breakfast, telan ubat, telan sebiji painkiller relax sambil menonton my daughter the flower.

alhamdulillah sekarang dah rasa lega....

Monday, October 15, 2012

AMALAN DI AWWAL 10 ZULHIJJAH

assalamualaikum,

bulan Zulhijjah akan menjelang lusa, dan para jemaah yang mendapat jemputan dari Allah SWT telah membanjiri Kota Mekah dan bersiap sedia untuk menjalankan ibadat haji mereka. semoga mereka mendapat haji yang mabrur.

bagi kita yang tidak berpeluang menunaikan ibadat haji atas sebab-sebab yang diluar kemampuan kita, masih ada peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat dan mendapat pahala yang dijanjikan.

diantaranya ialah:
Amalan pada sepuluh hari terawal di bulan Zulhijjah, ini berdasarkan tafsiran ulama-ulama kepada ayat al-Quran Surah al-Fajr: 1-2,
Yang bermaksud: Demi fajr dan malam yang sepuluh.
Ibn Kathir memaksudkan sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah, juga tafsir dari Ibn Abbas dan lain.

beberapa hadis telah meriwayatkan kebesaran hari-hari yang sepuluh ini, maka perbanyakkanlah amalan sunat kita dan perbaikkan amalan wajib kita.
Di anatara Amalan-amalan yang baik dilakukan ialah:


  1. SOLAT: iaitu amalan umum untuk semua waktu, tetapi cubalah keluar cepat menuju ke rumah Allah SWT untuk  berjemaah solat fardu dan perbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan.
  2. PUASA di hari 9 awal Zulhijjah amat digalakkan. "Rasulullah saw berpuasa pada hari kesembilan zulhijjah, 10 Muharram dan tiga hari setiap bulan. Puasa pada hari kesembilan (hari Arafah) ganjarannya ialah diampunkan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.
  3. TAKBIR, TAHLIL DAN TAHMID - perbanyakkan mengucapkan Allahu akbar, La illaha illaLlah  dan Alhamdulillah
marilah kita sama-sama menyambut kedatangan 10 awal Zulhijjah lusa dengan azam yang kuat, bertaubat bersungguh-sungguh, meninggalkan segala perbuatan dosa. bekerja kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.



Disini ada satu peringatan kepada semua yang telah menanam niat untuk berkorban pada hari raya haji nanti:
Sabda Rasulullah yang bermaksud: Apabila masuk sepuluh awal Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang bulu dan kukunya
(HR Muslim)

Sunday, October 14, 2012

MENARA APARTMENT KTC

ini adalah alamat rumah kami. Menara apartment KTC, dengar tu memang hebat, tetapi belum lihat belum tau.....


Alhamdulillah sudah hampir 3 bulan berpindah ke "rumah sendiri". bulan pertama dan kedua memang sibuk benar dengan pengurusan pindah dan membuat tempahan biskut raya dan brownies.

Pengurusan pindah memakan masa hampir 2 minggu untuk bulan pertama. dengan memohon extra access card untuk masuk ke apartment, memohon card bulanan untuk parking kereta di basement, tukar semua alamat, Telekom, credit card, bank-bank, astro, langganan majalah-majalah dan beberapa urusan runcit.

selepas urusan pindah sibuk pula membuat sample biskut raya untuk diedar2kan, walaupun lewat alhamdulillah tempahan datang sama banyak seperti tahun-tahun yang lepas. tetapi kerja macam ini tidak boleh diulang lagi, letih, tension dan banyak ragamnya, ada beberpa tempahan sampai lewat, hampir-hampir nak tutup kedai disebabkan terlewat hantar sampel.

alhamdulillah, walaupun kecil ia tetap rumah sendiri, mana nak sama dengan rumah orang lain.






DOOR GIFT - MAJLIS MENYAMBUT MENANTU ANUAR FAZRIN & ZUBAIDAH 17/6/2012

Assalamualaikum, ini cerita dah lama, sebab ingatkan tak sempat anak ambilgambar doorgift untuk majlis sambut menantu, rupanya ada terjumpa dalam album azmi.
Doorgift kali ini merupakan pelbagai cookies dan biskut raya yang laris dijual pada tahun sebelumnya iaitu :




 coconut almond cookies
 Model door gift: manisnya Aminah Zulfa


  • almond london, 
  • coconut almond cookies
  • chocolate chips
  • snow almond
  • suji salji dan
  • chocolate clusters,
  • banyak kelebihan buat door gifts macam ini,  kerana cookies nya self dan homemade, ianya jenis cookies boleh dibuat lebih awal lagi dalam 2/3 minggu dan boleh dipek dan ikat  riben siap2 dan simpan dalam kotak dan ada personal touch.
seminggu selepas wedding ada pula untuk tempahan door gift yang serupa.... alhamdulillah.

kebetulan pula Ramadan menjelang beberapa minggu selepas majlis, apalagi memang buat lebih untuk dijadikan sample biskut raya.