Tuesday, September 13, 2011

TNB OVERLOADING

2 hari lepas hari ahad, waktu tengahari kami mengalami power failure. ingatkan biasa-biasa sahaja, tiada gangguan, hanya masalah sedikit.

selepas power kembali pulih, mulalah nak sambung kerja dengan internet. check wifi dan modem internet tidak menyala. ogeh2 juga tidak jadi, biar dulu boleh jadi fuse terbakar. ke dapur nak buat kopi, panaskan air secawan ke dalam microwave oven, eh tidak menyala juga. tak perasan juga.

waktu maghrib, nak mandi eh waterheater air tak laju, pump tidak berfungsi, cek lagi tidak ada power juga.

internet tak de, so lepas isyak melepak depan tv, alamak astro juga tak ada power.

baru teringat ada kakitangan TNB bagitau 3 minggu lepas kes overload power di rumah jiran, habis rosak tv dan fridge dia.

bila cek semua barang yang rosak:
  1. microwave oven
  2. fax & printer machine
  3. wifi & internet modem
  4. charger computer
  5. astro decoder
  6. water heater
ini belum habis cek lagi, tetapi h
computer charger dan moden, Azmi tolong uruskan, sudah beres kena RM208.00

hantar microwave oven ke SENG Q, teringat dulu ada ambil extended warranty, cek warranty baru je habis 7/9/11, beli dalam tahun 2007, alamak missed beberapa hari sahaja.

sekarang tengah letih memikirkan sendirian, dengan bajet yang sangat limited ni macam mana nak pulihkan barang keperluan ini...

siapa ingin membantu....

SALAM PERJUANGAN

Assalamualaikum,

Rendang dan ketupat telah lama langsai hanya tinggal serdak2 biskut sahaja. kek lapis ada lagi sebiji 8x8 siap untuk dipotong bila tamat puasa enam nanti.... bila ye?

Ramadan telah pun berakhir diikuti dengan syawal yang masuk separuh bulan.... Adakah anda semua sudah bermula berpuasa 6 Syawal???? sesiapa yang belum bolehlah beransur-ansur slowdown dengan sambutan rumah terbuka, ofis gathering dan jemputan kenduri kahwin. sangat rugi kalau terlepas peluang ini. buatlah semampunya, samada berterusan straight 6 hari, atau puasa sehari buka sehari atau minggu ni 3 hari minggu depan 3 hari, asalkan boleh dapat 6 hari, sebabnya hanya ada 15hari sahaja lagi di bulan syawal ini.

marilah sama2 kita berpuasa 6hari di bulan syawal...... untuk mendapat ganjaran puasa setahun.

Rasulullah bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.” (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

di hadis yang lain pula:

Maksudnya : “Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun.”


wallahu 'alam



Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA

"Kullu 'am wa antum bi khair"

juadah pagi raya hari ini tidak banyak beza dari tahun2 yang lepas. ada rendang daging campur limpa, ketupat daun palas, puri dan kari ayam. ini semua hasil dari air tangan ati, ayen dan zahid, sebab maknyamasih kalut dengan last minit tempahan brownies.

tempahannya lebihkurang sama banyak seperti tahun2 yang lepas, tetapi dicampur dengan faktor usia dan masalah saraf, membantutkan pergerakan dan menjadikan production kurang laju. Alhamdulillah semua tempahan selamat diselesaikan walaupun hingga di hari terakhir Ramadan, hanya ada satu tempahan terpaksa dibuat petang raya untuk menggantikan tempahan mak buyung yang tercicir.

insyaallah sabtu ni akan bertolak ke KL dan beraya di sana dan balik ke KB pada selasa malam...... dan meneruskan perjuangan




Saturday, August 13, 2011

RAMADAN KAREEM

selamat menjalankan ibadah puasa, solat terawih, tadarrus al-Quran, i'tikaf, zakat fitrah dan zakat harta. Pakej ibadah yang dikaitkan dengan Ramadan. Dan kepada yang mampu lagi..... umrah Ramadan....


Wednesday, July 20, 2011

HARGA BARU BROWNIES

assalamualaikum,

memandangkan harga petrol telah dinaikkan beberapa kali, dan naiknya harga bahan untuk pembuatan brownies, maka tidak dapat tidak terpaksa menaikkan harga brownies kepada RM42.00, berkuatkuasa 1hb. OGOS 2011.
terima kasih daun keladi... diharap agar terus menyokong produk kami.




BANANA CRUMBLED CHEESE MUFFIN



















Semalam tersangat terlebih rajin. Pisang tersangat banyak (ada 1sikat lebih) dan hampir terlebih ranum, sayangnya. kalau ada Aid dah kene penyek jadikan jemput2 pisang, Qilah pun jarang2 datang. ialah kalau nak datang kena heret dua lagi anak dara, tau2 je lah nak menyiapkan mereka memakan masa, memang betul2 ada plan dan strategi.


.........ini menulis melalui pengalaman....







sayangnya nak humban saja pisang tu ke tong sampah....




So siap sahaja membakar biskut tempahan lalu menggodek 300gm pisang ranum dalam blender, masukkan 2 biji telur dan 90 gm butter yang dicairkan.




dalam mangkok lain - 250 gm tepung, 100 gula castor, 50gm gula perang, 1/2 tsp soda bicarbonate dan 1 tsp baking powder dicampurkan lalu tuangkan adunan blended pisang dan gaul dengan senduk sahaja.




resipi biasa ada mozarella cheese, tetapi am komen "bubuh cheese?" so tak bubuh kot tak laku nanti, bukan ada orang lain nak makan.




sudukan kedalam muffin cup 3/4 penuh, dpat 13 ketul. oh ye taburkan crumbs yang telah disiapkan sebelun ini, lalu bakar 23min, 170C. sebenarnya itu suhu untuk bakar biskut sebelum ini, tapi lupa nak tukar ke 200C mengikut resipi yang dibaca, tetapi alhamdulillah sedang elok sahaja jadinya...




siap sahaja masak telefon berdering, kereta suduh menunggu di depan untuk ke aerobik, bawa 3 ketul untuk dreber, so baki kat umah ada 10 ketul lagi.




balik je terus ke dapur nak rasa muffin pisang tadi, sambar seketul sambil microvewave segelas air untuk di buat kopi....




eh eh tinggal 4 ketul lagi, maknanya sepeninggalan tadi sudah lesap 5 ketul.




alhamdulillah sedaplah tu agaknya..




"Segala puji bagi Allah"....




ini resipi crumbnya.



50gm brown sugar



50 gm tepung gandum



100gm butter sejuk potong kecil



1/2 tsp cinnamon powder - digaul semua simpan dalam fridge sebelum digunakan. memang mudah membuatnya.



Saturday, July 16, 2011

HAK-HAK ANDA

Bila hak anda diketepikan, bahagian anda diambil orang, maruah anda dicabar, penghakiman yang tidak adil, pegawai kerajaan yang tidak menjalankan tugas2nya, aduhssss.... mampukah anda mendiamkan diri????

baru2 ini ada mendengar di siaran radio IKIM.fm tentang tuntutan hak.....

Pernahkah anda bersungut sepatutnya begitu dan begini, macam tu macam ni, dan bila perkara ini asyik difikirkan dan ditokok tambah ia akan mendatangkan ketensionan kepada diri sendiri.

Maka yang terbaik yang patut dilakukan (sekira tidak mendatangkan kemudaratan), redalah dengan apa yang berlaku dan berdoalah agar Allah menggantikan hak kita yang tidak kesampaian tu dengan ganjaran yang lebih baik. ini hanya melibatkan hak2 individu, sekiranya hak itu merangkumi hak orang ramai, maka bergabunglah dantuntutlah seperti BERSIH

ini juga tidak termasuk bab Agama dan maruah, kalau reda juga maknanya dayus, kerana menegakkan Islam ada pahala yang tersendiri iaitu jihad yang mana ganjarannya melangkaui batas pemikiran manusia. Dan dia diantara dua samada mati atau menang dan jika mati ganjarannya adalah syahid dan tempatnya di syurga dengan segala nikmat.

dan berzikirlah.....

"orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. ketahuilah dengan zikrullah itu tenang tenteram hati manusia"
surah ar-Ra'd ayat 28

so macam mana?????