Bila hak anda diketepikan, bahagian anda diambil orang, maruah anda dicabar, penghakiman yang tidak adil, pegawai kerajaan yang tidak menjalankan tugas2nya, aduhssss.... mampukah anda mendiamkan diri????
baru2 ini ada mendengar di siaran radio IKIM.fm tentang tuntutan hak.....
Pernahkah anda bersungut sepatutnya begitu dan begini, macam tu macam ni, dan bila perkara ini asyik difikirkan dan ditokok tambah ia akan mendatangkan ketensionan kepada diri sendiri.
Maka yang terbaik yang patut dilakukan (sekira tidak mendatangkan kemudaratan), redalah dengan apa yang berlaku dan berdoalah agar Allah menggantikan hak kita yang tidak kesampaian tu dengan ganjaran yang lebih baik. ini hanya melibatkan hak2 individu, sekiranya hak itu merangkumi hak orang ramai, maka bergabunglah dantuntutlah seperti BERSIH
ini juga tidak termasuk bab Agama dan maruah, kalau reda juga maknanya dayus, kerana menegakkan Islam ada pahala yang tersendiri iaitu jihad yang mana ganjarannya melangkaui batas pemikiran manusia. Dan dia diantara dua samada mati atau menang dan jika mati ganjarannya adalah syahid dan tempatnya di syurga dengan segala nikmat.
dan berzikirlah.....
"orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. ketahuilah dengan zikrullah itu tenang tenteram hati manusia"
surah ar-Ra'd ayat 28
so macam mana?????
Saturday, July 16, 2011
Wednesday, June 29, 2011
SAMPLE BISKUT RAYA 2011
sembilan jenis biskut yang akan dipromosikan untuk jualan tahun ini
RM 18.00 sebekas
no 1 sale last year untuk biskut ini... kalau ikut kiraan biasa, tetapi disebabkan ada tempahan sebanyak 130 bekas untuk biskut chocolate chips sahaja menyebabkan , menyebabkan kedudukan biskut ini jatuh ke no 2.
Alhamdulillah sample untuk jualan biskut raya tahun ini telah pun selamat di pek untuk diagih2kan kepada sahabat untuk diedarkan kepada pelanggan2 regular.
Tahun ini agak adventures sikit, buat sembilan jenai cookies untuk diedarkan. ingat nak edar lima atau enam sahaja, tetapi bila test semuanya sedap2, lagipun dijangka akan ada pembantu yang boleh diharap, jadinya memberanikan diri juga. setakat ini telah mendapat tempahan separuh pek regular untuk satu jenis biskut sahaja - apa2 jenis - sebanyak 250 bekas... alhamdulillah.. biskut yang dipilih untuk tempahan ini belum dipastikan lagi...
cookies baru di sini, tetapi sudah lama di pasaran
CHOCOLATE CLUSTERS = RM20.00/BEKAS
crunchy cornflake + badam panggang disalut dengan coklat susu dan dark coklat... hmmm memang nikmat untuk sesiapa yang meminati coklat
InsyaAllah biskut ini dijangka meletup tahun ini. sehingga hari ini telah 3 kali mengadun disebabkan ada permintaan di luar musim.
KOKO OATS = RM18.00/BEKAS
cookies yang lemak, campuran koko, oats kisar dan butter
SNOW ALMOND = RM20.00 sebekas
one of the top sale last year
adunan nestum, creamer tepung jagung, doh yang disalut dengan coklat dan disadur dengan breadcrumbs, lembut di dalan tetapi crunchy di luar
ada 4 jenis lagi.....
1. chocolate chips = RM19.00
2. tart sekundang = RM 20.00
3.mocha crunchies = RM 19.00
4. milky drizzle = RM 19.00
Untuk tempahan, sila email mbernawi@gmail.com.... atau telefon 017 9188 427
Tuesday, June 7, 2011
CUTI SEKOLAH
Cuti sekolah di kota bharu memang havoc, satu penomena yang yang kurang selesa oleh golongan warga kota bharu seperti kami. apa tidaknya, jalan penuh sesak dengan kereta, bas rombongan, kenduri kendara, majlis perkahwinan dan bermacam-macam aktiviti di stadium dan padang perdana yang menambahkan lagi kacau bilau apabila sesuatu perjalanan yang biasanya mengambil masa 15minit menjadi sejam atau lebih..... aduh memang tension. sama lebihkurang seperti musim hari raya
tetapi jangan ambil hati ye, inilah kemajuan.....
biasanya kami memang sudah plan untuk mengstok barang2 keperluan dirumah dan segala keperluan peribadi dan pejabat diselesaikan sebaik mungkin sebelum cuti sekolah. tetapi apakan daya kita hanya merancang....
hari ini terpaksa keluar kerana bahan-bahan untuk pembuatan brownies sudah sangat merosot, di dapur, telur AA, tepung super fine hanya cukup untuk seloyang brownies...
insyaAllah
Thursday, June 2, 2011
PANIK SEKEJAP
Oleh kerana terlalu gopoh untuk mengelakkan jem di bandar Kota Bharu kerana cuti sekolah, semalam keluar rumah dengan tidak mengunci pintu grill dan pintu sliding. Lagi pun kerana telah memunggah sampah2 dapur ke dalam kereta dan tidak mahu kereta berbau sangat terus je reverse kereta. cadang tu hanya hendak buang sampah dan beli bahan2 brownies, tetapi bila steering ada di tangan dan kesesakan yang amat sangat, berada 3 jam juga diluar.
sesampai sahaja dirumah tengok pintu terngaga, kebetulan am pun tidur di rumah, so menyangka wah...... am dah bangun dari tidur bolehlah tolong angkat barang. alahai.....rupanya tidak begitu.
terus sahaja cek laptop dibilik ada lagi ke.... sebab itu sahaja yang berharga buat masa ni.
alhamdulillah tiada siapa masuk dan rumah bersih seperti sediakala.
inilah bahayanya jika kunci rumah dan kunci kereta diasingkan dari satu ikatan.
sesampai sahaja dirumah tengok pintu terngaga, kebetulan am pun tidur di rumah, so menyangka wah...... am dah bangun dari tidur bolehlah tolong angkat barang. alahai.....rupanya tidak begitu.
terus sahaja cek laptop dibilik ada lagi ke.... sebab itu sahaja yang berharga buat masa ni.
alhamdulillah tiada siapa masuk dan rumah bersih seperti sediakala.
inilah bahayanya jika kunci rumah dan kunci kereta diasingkan dari satu ikatan.
Wednesday, June 1, 2011
DIET ANTI-CHOLESTEROL
sudah hampir 3 minggu menhadkan intake minyak dan makanan yang tinggi cholesterol. ini kerana ujian darah yang diambil menunjukkan paras cholesterol jahat melebehi tinggi dari border line, walaupun telah mengambil medication anti cholesterol.
dan doktor pakar cardio telah merujukku ke dietician untuk mengambil makanan dengan cara yang betul.
fat hanya boleh ambil 4 sudu teh sehari termasuk minyak untuk menggoreng, menumis, kek, kerepek, cheese dan butter untuk disapu di roti dan banyakkkk lagi. semuanya makanan kegemaran
seafood(sotong udang), organ dalaman binatang sembelihan hendaklah sebaik mungkin dijauhi.
yang boleh dimakan tanpa had ialah sayur2an dan buah2an.
adui..... siksa juga, tetapi nasib baik diet ni hanya diamalkan selang seminggu sahaja....
sekiranya berterusan diamalkan agaknya macam mana ye?.....
wallahu 'alam
Wednesday, May 18, 2011
"GIRL IN THE MIRROR"
DOOR GIFTS - BROWNIES
door gift yang sedia diangkut ke dalam kereta untuk ke destinasi
Dalam senyap beberapa minggu berlalu, walaupun tiada entry.... banyak perkara berlaku. Zahid bercuti selama 2minggu sehingga 9hb Mei. Ati bercuti dari 12hb mei-18mei, muktamar muslimat negeri dan berbagai program, ada yang tidak sempat dihadiri.
Sedang elok sahaja selepas zahid kembali ke UIA, kena siapkan tempahan door gift 1000pcs. terlepas pula zahid peluang membantu.... 1pek@2pcs of brownies each. itu bermakna 2000biji brownies nak kena siapkan yang memakan masa dua hari untuk menyiapkan browniesnya dalam lebihkurang 20 trays. itu belum kira nak menyiapkan bekasnya, gam riben and staple pek yang dah siap.
Alhamdulillah door gift siap, jualan brownies di muktamar pun habis dan sempat promo nombor telefon lagi jika hendak menempah. duit tempahan sudah diterima dan habis untuk dibelanjakan dalam projek bata. demikianlah kisahnya duit masuk duit keluar senang sahaja, tapi penat sikitlah.
Rezeki dari Allah datang dari punca yang tidak disangka2....
Subscribe to:
Posts (Atom)