Thursday, January 27, 2011

LALA GORENG TOM YAM

Beberapa aktiviti yang tidak dirancang sejah dua hari yang lepas..


Pertama: Ke Rantau panjang dan singgah di Duty Free shop, saja nak melihat barangan corelle, corning dan pinggan mangkok jenama lain. lihat saja tak beli pun. ini memang tempat orang perempun minat singgah, walaupun tidak sebanyak pilihan di Langkawi, tetapi harganya setanding tetapi tiadalah free gift yang menarik yang ditawarkan seperti di langkawi.







Kedua: terus menyebrang ke Sg. Golok dan bermalam di sana untuk menikmati dinner di salah sebuat stall Muslim yang ala2 bangkok. makanannya ok juga, tetapi nampak perniagaan agak merosot sedikit memandangkan tidak banyak pelbagaian bahan2 mentah2 yang di pamerkan di depan gerainya.
udang goreng petai


kangkong goreng belacan




ikan goreng pedas


esoknya jam 6.45pagi terus ke Tanah Merah tujuan untuk ziarah teman lama,sarapan pagi dan di rumah Sharifah (C.Pah) , dan terus balik sambil untuk mengambil balik 3 jilid buku Wahbah al Zuhaili yang dipinjamnya 4 bulan yang lepas


lala goreng tomyam










hasrat di hati memang hendak singgah sahaja, tetapi melalut hingga selepas zohor dan makan tengahari...



di samping itu sempat juga menolongnya di dapur untuk memasak lala goreng


Caranya:
1/2 kg lala dibersihkan lalu dimasukkan kedalam kuali panas tanpa minyak dan masak hingga keluar juice lala tu.


masukkan 2 batang serai yang dihiris menyerong,
hirisan carrot,
hirisan 2 biji tomato
hirisan bawang besar
2 biji cili hidup, ditetak lalu dipotong kasar
masukkan daun bawang dipotong 1"
dan yang istemewanya masukkan 2 sudu meja penumis Tom yam.
garam dan gula secukup rasa.


bila menghidang taburkan hirisan daun ketumbar....
hmmm nikmatnya bagi sesiapa yang minat lala...


penumis tom yam yang digunakan adalah homemadetapi ada yang readymade. cuma tau2lah je lah antara yang ready made dan homemade ...
next episode boleh minta resipinya sebab semasa dirumahnya tidak teringat pun kerana sibuk dengan bercerita, bertengkar dan berbincang maklumlah dah lama tak jumpa; lagipun dia ada menerima tempahan pada hari esoknya untuk memasak untuk nasi berlauk ikan aya, nasi lemak istemewa dan nasi beriani untuk makan tengahari. hebatkan.


moga C.Pah berjaya, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusannya.

Friday, January 21, 2011

HOW THE PROPHET PERFORMS HIS ABLUTION FOR PRAYER

This is part of the seerah about Rabee' bint Ma'unth r.a. She wan one of the fortunate sahabiat who has been promised the holders of Paradise.

she was also fortunate in that the Prophet s.a.w often used to come to her house to make the oblution, offer prayers, have a meal and then rest for a while. So Rabee' bint Ma'unth r.a used to acquire knowledge about many points of religion.

Many companions used to value her and often request her to relate Alhadith and the knowledge she gained from her experience.

Rabee bint Maun'th r.a relates that when the Prophet s.a.w visited her, he would ask her to get some water.

She would arrange for it and help him to perform the ablution for prayer.

She describes the correct procedure that she learnt from watching him:

He would wash his hands three times, then wash his face three times. He would rinse his mouth once and clean his nose by drawing in water. Next he washed his arms up to the elbows three times. then he would wipe his head by drawing his palms over the front of his forehead to the back of his neck, then back to the forehead. Then he would insert his fingers into the outer and inner parts of his ears. Then he washed each foot three times.

from the book: Great women of Islam - who were given the good news of paradise; page: 219

Thursday, January 20, 2011

ENGLISH BLOG 2

Nampaknya my english blog terpaksa diabaikan dulu kerana tidak mampu untuk maintain two blogs at the same time. so bila mood nak menulis in english, i'll write in this blog too, jadilah blog ini macam blog rojak. tak pelah asal menulis kan???

SURAH AT-TAUBAH AYAT 24

Firman Allah SWT, Surah At-Taubah,9 :24

yang bermaksud: Katakanlah, "Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kamu kerugian, dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai- lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya; maka tunggulahlah sampai Allah memberikan keputusanNya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang fasik.

Ayat 24 ini memang telah disarankan oleh naqibah usrah untuk diamalkan, dibaca dan dihayati setiap pagi bersama dengan al-ma'thurah, untuk memantapkan aqidah, mengutamakan perintah Allah dan sunnah RasulNya serta jihad di jalan Allah, melebihi kecintaan kepada anak isteri/suami dan keluarga serta harta benda.
ayat di atas di sambung lagi dengan ayat berikutnya, iaitu ayat 25, yang mengatakan bantuan dan kemenangan dari Allah terhadap hambaNya diutamakan kepada qualiti keimanan, rapat hubungannya dengan Allah dan amalan2 lain mereka, bukan quantity bilangan yang seperti buih di lautan.
Dan ingatlah janji Allah adalah benar.

Saturday, January 15, 2011

MENEKO BUKAN MENCAWAN

dua hari lepas telah menghadirkan diri ke tamrin perdana, di mana pengisiannya utamanya ialah
  • tahaluf siasi dan
  • peranan naqibat

kedua2 tajuk memang hebat dan disampaikan oleh ustaz yang hebat.

sesiapa yang ingin mendapat kertas kerja di atas bolehlah email

disini bukan hendak membincangkan kedua tajuk tersebut, tetapi ingin berkongsi harapan yang disampaikan oleh salah seorang peserta dalam slot ucapan penangguhan......

"katanya selama ini kita hanya menghadirkan diri di semua program samada usrah, tamrin, mukhayyam, ucapan dasar, kursus, seminar dan ceramah kelompok atau ceramah perdana- menerima segala ilmu - maknanya menadah ilmu seperti cawan menadah air dari teko.

sampai bilakah kita berperanan sebagai cawan sahaja???? sesekali cubalah berperanan sebagai teko, menuangkan ilmu kepada sesiapa jua.

diri ini memang ingin juga berperanan sebagai teko, menyampaikan ilmu. tetapi cara yang nampak hanya berperanan sebagai seorang ustazah mengajar di surau2 atau menjadi naqibat di usrah muslimat...

lepas itu terpikir juga yang kita sudah juga meneko sedikit2:

  • menjawab soalan2 dari individu2
  • menulis di blog ini
  • menasihati keluarga dan sahabat2 yang bermasalah

"sampaikan walaupun satu ayat"

Wednesday, January 12, 2011

MACAM2 GAYA




Aliya..... nyayi rindulah

SHOPPING



I really went shopping today, a handbag and bra, and a few items from the bakery supplier shop. tak lah banyak mana, tetapi perkara itu telah bertangguh lama. Seronok juga shopping sorang2 lagi pun cuaca redup je.

hangbag yang ada memang telah hancuss menjadi mangsa tengkujuh. konon nak simpan di tempat selamat, sebab ada dokumen penting jadinya masa berhaji dua bulan dulu simpan dibawah katil, pas tu pulak atap bilik pula bocor, habis banjir bawah katil, dan handbeg ku lenjun, tiada maaf bagimu, langsung tidak boleh diselamatkan. Ada juga niat nak beli di KL, banyak sikit pilihan..... ronda di pavillion ke, atau sogo saja.

haha..... baju dalam pun memang dah lama tak beli, harga di kota bharu double from what i get di hatyai, for the same model and brand. Tetapi itu dulu, sekarang tak tau pula. tetapi kalau nak beli lima helai memang berbaloi ambil keretapi atau van express, dengan penginapan lagi dan shopping barang lain lagi..


biasa pun memang jarang sangat beli barang di Kota Bharu ni, bukan eksen tetapi kesuntukan masa, sibuk memanjang, lainlah kalau jalan2 ke KL, memang pergi pun namanya jalan jadi sempatlah nak shopping, tetapi sejak masuk tahun 2011 ini, belum daftar masuk mana2 kelas, nampak ada masa sikit, novel sudah dua dibaca.


sesekali nak juga release tension