Thursday, May 6, 2010

HAK HAK ALLAH

pagi tadi menghadiri seminar perundangan Islam. para pembentang kerja memang sudah termasyhur dikalangan para akadamik perundangan Islam.


  • prof madya Dr Faudi Deraman

  • Dr. Shamrayu Ab. Aziz

  • Dato' Dr. Siddiq Fadhil

memang terpukau dengan penerangan dari mereka, dan penyampaian yang bernas diselitkan dengan jenaka yang bersahaja, separuh hari berjalan tanpa disedari.


malangnya forum yang sepatutnya diteruskan disebelah petang terpaksa dibatalkan kerana gangguan teknikal.


perkara yang baru difahami: untuk mendapat kemerdekaan mesti ada perlembagaan. dan perlembagaan yang ada tidak mencerminkan kehendak-kehendak orang tanah melayu terutamanya orang2 Islam, kerana perlembagaan digubal oleh bukan orang2 tanah melayu.



pada asalnya perkara 3: Ugama bagi persekutuan (1) ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan.... tidak termasuk di dalam draf perlembagaan; tetapi kuasa Allah dan memandangkan majoriti penduduk Tanah Melayu pada masa itu berugama Islam, maka terlahirlah per3....... ini lah yang saya faham

kalau dulu kita asyik menyalahi Lord Reid kerana menggubal perlembagaan sebegitu..... dan meletakkan perlembagaan mengatasi segala perundangan; sekarang marilah kita berusaha untuk mendapat majoriti 2/3 parlimen (sekiranya pemerintah sekarang tidak berusaha untuk menggubal semula undang2) untuk menggubal perlembagaan yang meletakkan alQuran dan Hadis sebagai dasar utama perlembagaan untuk MENEGAKKAN HAK ALLAH

Tuesday, May 4, 2010

DAKWAH

selalu memikirkan apakah cara yang terbaik untuk berdakwah - sampaikan walaupun satu ayat. apa kebolehan yang ada di diri ini yang boleh ditonjolkan?????

  1. untuk mengajar rasanya memang tak mampu - takut tersalah ajar ilmu tak cukup - takut didakwa ajaran sesat, language barrier, tekanan politik. takut, takut, takut....... ada juga sahabat yang perli - ada degree syariah bila suruh mengajar menolak. jawapannya ringkas - bukan bidang saya dan keluarga saya
  2. ceramah - its way beyond my ability - untuk jadi pengerusi majlis pun tak bisa
  3. menulis pun - setakat satu perenggan boleh juga, tetapi bila nak buat rencana 4/5 muka surat - penuh satu bilik dengan buku rujukan - sebabnya al-ilmu fi al-kutub (betul ke phrase ni - tetapi inilah yang ditutur bila pensyarah tanya) last sekali.... buka website cari tajuk tertentu, bila jumpa, copy paste... habis cerita
  4. kerja-kerja amal, kalau guna tenaga memang out...
  5. ajar buat cookies - boleh - anytime, tetapi cookies kita pun bukat hebat sangat... setakat ok je

ada cadangan?

Wednesday, April 28, 2010

QILAH, JUPA & ALIYA

hari ini rumah riuh dengan gelagat tiga dara. kebetulan pula ada tempahan 2 loyang brownies. sambil membake brownies sambil prepare lunch - ayam goreng, sayur lemak taugeh & tahu, ikan bakar dan sambal kicap. siap semua jam 1.30.

aduhhh..... letih bukan jaga anak dara tapi tak cukup stamina....

tidur sekejap, dengar aliya menjerit kuat.... ingat kena hempap jupa, rupanya tak cukup susu... nak tunggu panaskan susu ibu ambil masa juga 5-10minit

qilah - pandai bermain kata
jupa - senyum manis dan tak peduli sesiapa pun asal boleh ikut
aliya - sudah pandai menegur dengan senyuman, tiada krenah, melainkan lapar dan basah.

Sunday, April 25, 2010

TAKE HOME TEST

ini cerita assignment lagi. letih dibuatnya.
  • letih sebab tak faham soalan
  • nak jawab tak tau cara.... bahan ada tetapi lebih kepada hukum syara'
  • enekmen mana satu nak di apply?
  • sahabat peguam ada tetapi sibuk dengan tugas2
  • sahabat bukan peguam pun sibuk juga nak berbincang
  • so buat sendirilah dengan sedikit hint dari lecturers dan
  • ilham dariNya
  • ada juga yang pinjam, fotostat, terus copy paste..... macam mana nak layan spesis ini?

Sunday, April 18, 2010

ASSIGNMENT

alamak..... semua jadual harian menjadi simpang siur, tak tahu yang mana satu yang nak didahulukan. semuanya nampak penting dan yang paling menyesakkan tidak berapa jelas nak buat.

dua hari lepas email assignment tatacara jenayah, ingatkan itulah yang terbaik sebab jawapan telah dirangkakan oleh lecturer. semalam dapat balik dan komen pensyarah "isu sudah memadai/cukup - cuma tulis dalam bentuk lengkap. itu satu hal

2. assignment tatacara keterangan - ada catatan bersumpah di akhir jawapan: "Wallahi saya tidak berbincang dengan sesiapapun, selain rakan sekursus, dalam menyiapkan jawapan ini" tidak pernah mendapat sekatan-sekatan seperti ini - nasib baik ada rakan sekursus seorang peguam berjaya yang baik hati yang tolong memberi idea macammana nak jawab soalan ini.

3. proposal untuk kajian penyelidikan.

4. moot court -

5. ujian tatacara mal dan tatacara jenayah mahkamah syariah

semuanya kena siapkan dalam masa 2minggu ini.

Wednesday, April 14, 2010

ORANG MENGANTUK DISORONGKAN BANTAL

petang semalam dalam semangat yang hangat-hangat tahi ayam, mula menyarungkan setokin dan seluar panjang untuk memulakan marathon persiapan ketanah suci..... iaitu menjalankan diri di treadmill selama 25minit.

switch on main point, menjerit bunyi treadmill menggamit selamat berexercise; dengan penuh semangat naik ke platform dan picit start. alamak kenapa tak bergerak, di power point merah maknanya ada electricity.....

rupa-rupanya magnetic button dia missing. ini bukan kerja orang lain melainkan cucunda kita. aiseh.... telefon ke salor, katanya dia letak di atas meja di bilik tidur. bagus ingatan dia. tapi bila cari tak jumpa.... takpe esok jumpa tanya semula kot dia ingat lagi.

dapat juga excuse untuk tidak berexercise.......

Sunday, April 11, 2010

PERSIAPAN KE TANAH SUCI


Berikut adalah beberapa persiapan yang dilakukan untuk menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini. semoga mendapat haji yang mabroor.... amiiin.




  1. Sentiasa berdoa agar dimakbulkan.... menjadi tetamuNya.


  2. membaca beberapa buku ibadat haji dan umrah, di antaranya kursus kesempurnaan ibadat haji dan umrah oleh Dato haji Mohd Daud bin ngah yang tidak asing lagi kerana beliau adalah bekas pengurus besar LTH; Fiqh dan Perundangan Islam jilid III Ibadat haji dan umrah oleh Dr Wahbah al-Zuhaili, travelog haji oleh Muhd Kamil Ibrahim, ebook yang dibeli melalui internet dan buku2 kursus haji yang disediakan oleh tabung haji sendiri. semuanya ini dibaca untuk mendapat persepsi dari berbagai penjuru.


  3. menghadiri kursus haji. membaca sahaja tidak memadai


  4. exercise untuk mendapat stamina. katanya 7 keliling tawaf memakan masa melebihi 1 jam, belum ibadat sai'e lagi. moga dimudahkan...


  5. menjaga pemakanan; kalau boleh nak turunkan 3 kg lagi. baru turun 1 kg.... susahnya nak turun, ditambah dengan limitations yang ada - osteoarthritis, jantung, malasss....


  6. persiapan rohani, jasmani, mentality dan RM


  7. apa lagi? kalau ada yang missing tu bagitau...


tetapi bulai Julai ni final exam DAIJ. moga semuanya dipermudahkan......amiiin