Thursday, November 5, 2009

GELAGAT ZULFA

Dalam kesibukan menerima tempahan cookies dan brownies di musim raya lepas, berlakulah episod berikut. layanlah....

KL LAGI




ini saja nak testing keupayaan camera.
Baru sahaja sampai dari KL petang tadi, setelah 1 malam di sana, kali kedua dalam tempuh 10hari. ha ha macam business besar...


kali ini di KL, memborong 3 pasang kain (gambar di atas). bila difikir semula seolah-olah satu pembaziran yang amat jelas. bila difikar semula kira okey juga, sebab raya lepas memang tidak membeli baju raya langsung.
sempat lagi beli satu set cadar made in malaysia sebabnya window display dia cantik, dan bila ditanya ada 70% diskaun dan free 4 biji bantal.


masa beli tu tidak terfikir nak bawa balik macam mana. dua bungkusan yang bulky, dengan bahu dan pergelangan kaki yang sakit..... panik dibuatnya, bila di fikir2 rasanya di KB pun ada cuma bila di KB tiada luang nak meronda.

alhamdulillah selamat sampai di rumah bersama2 cadar dan 4 biji bantal, setelah di compress dengan plastik clingwrap di LCCT dan masuk baggage, legaaa..

nanti ada peluang gi borong tempat lain pulak. insyaAllah, moga sentiasa dalam kerahmatan dan keberkatanNya, dimurahkan rezeki, di panjangkan umur dan beri badan yang sihat.

Sunday, November 1, 2009

ANTARA "KOYA" & REALITY
















gambar di atas yang kami inginkan, ceria, cerah, homely, gambar yang zahid ambil di ikea, tetapi yang dapat yang di bawah.... jauhnya lari antara "koya" dan reality disebabkan dengan beberapa constraint...,
1. budget yang amat terhad
2. pilihan terhad dengan budget yang ada
3. masa yang sangat suntuk,
4. keupayaan yang amat minimal.
insyaAllah dengan sekeping carpet yang cerah, alas meja, throw kusyen serta bunga2an, lampu hiasan atau beberapa keping gambar didinding dan sentuhan anak dara ia akan lebih ceria.. ha ha !!!!
Hasrat hati tinggi menggunung, apakan daya.....
akan diterakan lagi beberapa gambar jika ada perubahan.

Saturday, October 31, 2009

TEMPAHAN BROWNIES II

TEMPAHAN BROWNIES DITERIMA SEKARANG SELEPAS SEBULAN BERCUTI KERANA urusan PINDAH RUMAH

BROWNIES: 1 KOTAK MASIH LAGI RM40

cookies untuk hari raya haji 1430:
1. CHOCOLATE CHIP COOKIES - RM 18/BALANG
2. SNOW ALMOND - RM 20/BALANG



UNTUK TEMPAHAN SILA TELEPON 013-9225100 ATAU

EMAIL: mbernawi@gmail.com

AKTIVITI CUTI

selepas seminggu "doing nothing", semalam mula kalut dengan program dan aktiviti sosial. hari khamis meyiapkan 2 loyang brownies untuk pelanggan tetap dan selepas zohor, menghadiri pertunjukan fesyen pesona gala cik siti wan kembang anjuran kelab muslimat PMBK. boleh tahan juga sebab venuenya di dewan persidangan Kelantan Trade Centre, tetapi sesiapa yang tidak dapat hadir pun rasanya tak rugi juga, dan yang pergi pun tak rugi juga.

semalam berjumpa sahabat2 di Nilam Puri, konon untuk berbincang nak buat perjumpaan disamping membantu sahabat2 yang bernazar kambing kerana mendapat pengiktirafan sijil. selepas berbincang dan berbincang, mereka sendiri sanggup untuk mengurusnya.. Alhamdulillah
lega rasanya.......

apartment masih kosong lagi, tanpa katil tilam bantal tv, fridge pinggan cawan + + + daripada benda yang besar sehingga perkara yang sekecil2nya.
yang ada hanya 2aircond, kipas, langsir dan cerek electrik. cuba bayangkan..... banyak perkara lagi yang perlu diuruskan.

so hari ini bercadang nak mengintai beberapa kedai perabut untuk mencari tilam dan yang berkaitannya, kerana cuti sekoah hampir tiba dan kalau boleh nak juga disewakan untuk beberapa hari.

insyaAllah.

Thursday, October 29, 2009

JALAN BAYAM

exam dah selesai, kl pun dah pergi dan balik.... rasanya kosong sangat, ialah tak payah nak ikut jadual, tak de quota berapa buku kena baca, lagipun dirumah sekarang tak de program tv apatah lagi astro.

rumah pulak dekat dengan bandar, keluar sekejap nak berurusan dengan kawan balik ingat nak gi ke tesco lalu depan rumah, singgah rumah dulu, pas tu selesa dirumah tak pergi shopping keperluan dapur.... jadinya tak de benda nak makan malam ni.. aduhai..

keluar rumah lalu dua traffic light sampai pula ke KTC....

pusing ke kiri, lalu satu traffic light, jumpa pasar segar... semuanya dekat.

tetapi masih juga memerap kat rumah. ada beberapa bahan untuk kelengkapan rumah tak beres lagi, hai nak tunggu bila agaknya...

esoklah... insyaAllah

Friday, October 23, 2009

ALAHAIII....

alhamdulillah exam pun dah selesai, harap-harap lulus semua paper, bila dah lulus harap-harap cemerlang pulak..... manusia memang sentiasa tidak merasa cukup.....

rumah macam kapal karam - perpindahan dari nilam puri ke jalan bayam..... tapi lusa saya akan ke Kuala lumpur, peduli apa kan... nak makan di johnny dengan aid dan ayen,
nak relax minda dan badan.

baru2 ni cek di booth lumine, alamak umur jantungku tahap umur 70an, tapi doktor pakar chek baru ni ,jantung masih dalam keadaan "elok", elok macam mana tu wallahu alam.

oklah nak tido ni, orang tua tak baik tidur lewat.....
nanti sakit menyusahkan orang lain sahaja....

sorilah melalut hari ni - ini kes otak dah saturated sangat ha ha