Saturday, October 17, 2009
LEGAAAA...
tugas2 yang menunggu giliran. perkakas rumah dan pejabat perlu diangkut ke premis baru. banyaknya barang perlu dipek, separuh disimpan dan banyak juga perkakas yang perlu dibuang samada rosak tak boleh baiki, terlalu uzur, out of date, tak muat (baju) dan memang sudah menjadi sampah pun. barang dapur pula ada 1/2 lori kot, oven freezer fridge, loyang2 kuih, alahai....
nak cari carpet..
tukar address tel, streamyx, astro,bank2 dan yang berkaitan dengannya.
atau apply line telefon baru......
apa lagi? rasa macam banyak sangat..... ialah bila masalah bercampur dengan exam yang memang kurang mentalaah aemuanya jadi berat.....
25hb. Okt nak ke KL pula, saja nak relaks otak, kerana last paper habis 23hb. lagipun zahid nak sambung ke semester 2 di UIA PJ. nak tidur mana? belum fikir lagi.
Sunday, October 4, 2009
NEW ADDRESS
- to accomodate Ati yang akan balik pada penghujung bulan November. rumah yang ada sekarang tidak sesuai lagi.
- Ayen telah pun berpindah ke melaka, business komputernya kira tutup. dan tuan rumah tidak senang apabila kedai yang disewakan sentiasa ditutup.
- untuk mencari kediman yang lebih dekat dengan bandar dan hospital, usia penghuni rumah pun semakin bertambah, tidak berupaya untuk berkejar selalu ke bandar untuk kebanyakkan urusannya.
- insyaAllah dengan pertukaran alamat ini, akan bertambah rezeki kami, diberikan badan yang sihat dan sentiasa berada dalam kerahmatan dan keberkatanNya.
rumah ini adalah rumah lama, teres 2 tingkat, 5bilik tidur dan 3 bilik air. tingkat bawah akan diubah menjadi ofis consultant dan mini bakeri untuk projek brownies dan cookies. maybe juga ofis peguam syarie ku.... insyaAllah. ada satu bilik kecil, semua dokumen akan disimpan di situ untuk nampak lebih kemas lagi.
tingkat atas, dijadikan kediaman, sebab dia lengkap dengan famili room, master bedroom dan 2bilik kecil sesuai untuk satu bilik anak bujang dan satu untuk bilik anak dara.
masih lagi menyewa. perpindahan yang akan datang insyaAllah terus masuk ke kediaman SENDIRI.
Wednesday, September 30, 2009
ELBOW MAKARONI

Saturday, September 26, 2009
PUASA 6 SYAWAL
hari ini juga bagiku bermakna tinggal bersendirian, setelah zahid kembali ke PJ pada Rabu lepas, dan hari ini Ayen ke Melaka dan Am dan abahnya ke Bangkok untuk kursus 2 minggu dalam pembuatan bata.
hari ini juga Aminah Zulfa dimasukkan ke bilik 201 di Kota Bharu Medical Centre kerana keracunan makanan, muntah-muntah sejak maghrib malam tadi. kesian dia... yang memang suka makan, apabila disekat makan atas arahan doktor sehingga jam 8 malam ini.. merintih kelaparan. sekarang ini mereka 4 beranak berkampung di bilik 201, nyayinya terpaksa balik kerana banyak urusan di rumah dan bilik 201 pun tak boleh menampung seorang lagi dengan selesa, lagipun nampaknya zulfa sudah stable dan bermain-main dengan Aqilah.
situasinya tidaklah seteruk Aqilah dulu kerana cepat bertindak dan dibawa ke hospital secepat mungkin. maka sesiapa yang ada anak kecil apabila muntah-muntah dan cirit birit janganlah ambil ringan sahaja, cepatlah bertindak.
sesiapa yang belum bermula menunaikan puasa 6 syawal, bolehlah beransur-ansur, hanya tinggal 3 minggu lagi, apatah lagi dengan jemputan rumah terbuka di hujung minggu, pandai-pandailah mengatur strategi, agar puasa 6 syawal dapat jalankan dan jemputan rumah terbuka sahabat-sahabat dapat ditunaikan.
faedah puasa 6 syawal
- puasa syawal akan menggenapkan puasa penuh setahun
- puasa syawal seperti amalan solat sunat rawatib yang akan menampung kekurangnan di dalam amalan wajib puasa ramadan
- menunjukkan amalan yang berterusan, bukan amalan bermusim sahaja.
wallahu a'lam
Thursday, September 24, 2009
BLUEBERRY CHEESETART
Sunday, September 20, 2009
1 SYAWAL 1430
sarapan dengan nasi minyak berlaukkan kari ayam sambal dan hirisan timun.... simple kan
solat eidul fitri di masjid kg sireh,
balik rumah, tengok apa-apa lagi yang boleh dimakan....
lepas tu:-
- ada yang tidur - ini kes bermunajat malam kot... kan doa malam raya tiada hijab... atau keletihan makan - sistem penghadaman terkejut...
- mengadap computer..... projek "Shaiya" ini yang dalam studi week... 25hb. Sept periksa akhir 1st semester
- mengadap x box - ini yang letih berniaga di bulan ramadan - mana ada peluang sebelum ini so... nak relaks sikit
- penat xbox tukar chanel ke tv - gi balik situ gak
qilah dan jupa sampai. seronok dan kalut melayan mereka..
tiada upacara bagi duit raya, sebab duit raya sudah dihulur di bulan Ramadan, untuk mendapat pahala yang berganda-ganda. kan amalan sunat mendapat ganjaran seperti amalan fardu dan amalan fardu digandakan ganjarannya..
tiada upacara ziarah menziarahi... keluarga jauh(Terengganu dan Johor) mak, bapak, mok dan ayah semua sudah tiada, tiada tarikan yang kuat untuk balik kampung, dan sistem lalulintas teruk dan kenalan rapat balik kampung, ....
tahun ini beginilah.... mungkin faktor usia, tunggu juga kot ada anak-anak saudara datang
sudah keluarkan cream cheese dari fridge, ingat nak R&D cheese tart, untuk projek tahun ini, tidak kesampaian juga - masuk semula...
esok seperti biasa, kerana eidulfitri hanya sehari, dan tempahan brownies ada 11 loyang.
inilah keluarga yang unik.... hassle-free, born free
Saturday, September 19, 2009
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI
yes... nak makan apa ye.....
- ketupat pulut inti sambal daging sudah siap dalam frezer
- kek lapis sarawak ada dlm kotak dalam freezer juga hehe
- ayam yang siap dipotong kecil ada dalam besin bawah sink.... ready untuk dimasak
- mini ketupat adabi ada sebungkus....
- santan segera ada sekilo...
- carrot, sengkuang dan sayuran lain siap sedia untuk dimasak
- cookies dan brownies lebihan tempahan ada beberapa balang
semuanya tidak dapat memecahkan selera...
kerana......
saya nak makan masakan johor..... ketupat nasi, lepat pulut, laksa johor, rempeyek dan kerepek pisang... yum yum
astaghfirullah.... ini sudah ikut nafsu
selamat hari raya kepada semua yang membaca blog ini. Maaf Zahir Batin