Saturday, January 24, 2009

MY HEART

Hari ini ada tempahan brownies untuk petang, dan pagi esok dan satu lagi untuk dibawa ke majlis aqiqah kakak ipar azmi.

Memang sudah adat di sini membawa buah tangan kalau pergi ke majlis tidak formal melainkan majlis perkahwinan lain lah, bawa duit sumbangan (di sini dipanggil ngelang) atau hadiah berbalut. Biasanya kalau di sini mereka membawa 2/3 kilogram gula atau beberapa tin susu manis. takkan nak bawa gula, atau pun susu manis, melambak-lambak nanti gula pasir kat rumah dia, jadi untuk untuk kelainan sikit,aku pun bawa brownies, kuih kemahiranku, nak buat kek lain kena buka buku dulu. lagi pun ini kira serampang dua mata. Niat nak bagi.... dan pada masa yang sama mengiklankan pruduk kita.... Niat nak bagi memang sudah ada, cuma nak bagi apa, jadi kalau kata tidak ikhlas memang tak kena kan?????

itu nak cerita pasal brownies, lepas tu pulak rumah ni dah seminggu air tak naik ke tangki, Aduh letih lah, lebih2 lagi hari ni, nak membasuh loyang dan mangkok, turun naik ke bawah - sebab air direct dari pump terus ke sinki ada - pasang paip getah naik ke atas, lepas tu jatuh pulak ke bawah, turun pulak pasang lagi.... yang aku takut jantung ini tak mampu mengikut kerenah kerja2 ini. turun naik tangga, tarik getah paip bukan ringan, anak bujang ada tapi nampaknya tak peka dengan keadaan semasa....

siap masak brownies terus mandi dan solat dhuha. haaa masa ini lah baru terasa semputnya dadaku, menitis airmataku mengenangkan nasib, bukan menyalahkan sesiapa, cuma aku terfikir bila aku sakit nanti siapa nak jaga aku, anak-anak setakat ini tidak berupaya dari segi ekonomi mereka atau pun ...nampak nya kena menggaji mek Indon.

SABUN TAHARAH

Usrah bulanan diadalan hari ni, Jumaat, hari ini jugalah diadakan mesyuarat untuk kacau sura (bubur asyura tapi versi kelantan), cabut kutu dan sesiapa yang berniaga bawa sedikit barang perniagaan. aku juga tidak ketinggalan membawa sabun Taharah untuk dijual - mempromosikan barangan buatan Malaysia disamping berkempen boikot barang Israel dan produk mereka2 yang menyokong israel.

dalam keadaan masa kini, dengan kekejaman israel, kita semua patut menyokong memboikot produk israel dan sekutu2nya, kalau tak boleh semua sebahagian pun tak apa, jangan sampai tak peka langsung. sekarang kekejaman itu menimpa mereka, tidak mustahil kalau masa akan datang kita yang akan menerimanya. dunia ini berputar ada masanya kita di atas dan masanya kita di bawah, melainkan dengan ketaqwaan dan keimanan.

Thursday, January 22, 2009

SEMUA SAMA

aku menonton darama korea sebentar tadi, sungguh memilukan. pelakon utama mengidap penyakit cancer dan mengikut doktor cuma ada 1 bulan untuk hidup, sentiasa dalam kesakitan, suaminya curang dan menuduh isterinya hodoh dan tidak dapat memberinya seorang pun anak lelaki, ada perempuan lain, mereka ada anak perempuan sahaja tetapi lawa dan berjaya. apabila suaminya melihat betapa sengsara isterinya menahan kesakitan, baru lah dia sedar dan perasaan kasih dan menyesal bercampur aduk di benaknya. sentiasa berada disisi isterinya, menyuap makanan, menyorong kerusi rodanya, meneman tidurnya dan melayannya dengan baik sekali.

isteri pula bila suaminya melayannya dengan baik, berfikir alangkah baiknya aekiranya dia jatuh sakit 5 tahun dahulu.... agar dia mendapat layanan sebegitu istemewa dari suaminya sejak 5 tahun yang lalu.

begitulah serba sedikit ceritanya... apabila isteri tidak tahan menanggungkan kesakitan yang amat sangat dia meminta suaminya membunuhnya saja, kerana kata isteri dia tidak sanggup melihat keperitan dan kesedihan yang ditanggung oleh suaminya.
katanya biarlah dia membawa bersama kesakitannya dan kesedihan suami dengan kematiannya.

sebelum kematiannya si isteri telah menceritakan rahsia dirinya bahawa semasa dia hamil sentiasa mendoakan jika anaknya perempuan biarlah cantik dan berjaya dan jika lelaki tidak terlalu handsome supaya tidak melukakan perasaan isterinya jika berkahwin kelak.

akhir cerita suaminya melekapkan bantal kemuka isterinya sehingga mati.
adakah ini crime of passion???? dan si suami merengkok di penjara
itu adalah mentality cerita orang non muslim......

kalau cerita orang Islam bagaimana? berdasarkan kepada plot yang sama....
boleh jadi sudah beristeri lain konon untuk mendapat zuriat lelaki. atau pun mengikut sunnah nabi berkahwin lebih dari satu????

perasaan wanita semua sama... INGIN SENTIASA BERADA DISISI suami dalam senang apatah lagi semasa sakit. tetapi bila sudah berkongsi, adalah mustahil, mengalah sahajalah yang hodoh seperti cerita korea tadi. cuma dalam Islam ada satu yang lebih kuat lagi harapan after life - 'syurga' - JANJI ALLAH ADALAH BENAR

SUAMI/BAPA TERPILIH

Kami sedang mencari 10 orang suami atau bapa yang layak dipanggil suami/bapa misali. tetapi memandangkan ganjarannya tak seberapa jadi kami tukar kepada suami/bapa terpilih.

maka sesiapa yang bermastautin di wilayah kota bharu dan merasankan dirinya layak dan menepati kriteria bapa/suami terpilah bolehlah mengajukan borang permohonan ke email ini. minah.bernawi@gmail.com dan mesti sampai sebelum 26hb. january 2009

Wednesday, January 21, 2009

EARLY 2009

first month of 2009, almost reach its end, but I havent't really sit down to really plan 2009 and I'm still waiting for the offer letter for my DAIJ at the end of this month. i'm still contemplating taking this course as the fees is much way too expensive, which is RM8000 for a three semester course, compared to last session which was only RM5400.

And then there is the angiogram fees to consider. the doctor asked me to be prepared with the amount from RM4000 - RM18000. i'm still confused with the large difference. what sre they suppose to do. I asked around and they gave me many different version on what the doctors are supposed to do.

CHECK LIST

Breakfast hari ini adalah nasi hempet yang di tanak kelmarin bersama kek kukus, kuah kacang dari freezer lebih makan sate dan sambal daging lebih hari raya eidul adha.

kini aku mula mengatur jadual harianku dengan checklist, nampaknya dengan ada CL ini tidaklah ada kerja2 yang telepas pandang, walaubagaimanapun tidak semuanya terlaksana ada juga yang terpaksa di KIV untuk esok2, tetapi sekurang2nya tidak terlepas pandang.... macam mana aku cakap ni, sendiri pun tak faham.

at least check list untuk hari sudah selesai... 1. jemur kain 2. lipat kain 3. buang kain.... hahahaha

Tuesday, January 20, 2009

NASI GORENG ZAHID

Today's breakfast is prepared by zahid while 1'm on my 15mins brisk walk - fried rice with eggs and flaked fish - not bad, same tase with me, not salty and sedap. for now i think zahid dah boleh masak nasi with rice cooker of course and now fried rice. bukan hendak mendera dia tetapi melatihnya untuk berdikari, lagi pun dah lepas SPM
I've been very busy today. steaming my fruit cake, at the same time masak dua paket nasi hempet di dalam kukusan untuk breakfast esok. mengadun 1.5 kg donut - 1 kg resipi original dan 0.5kg resipi olahan baru yang ditambah mashed potato. nampaknya resipi asal lebih digemari. adusss letihnya.

lepas tu I tidied my workshop, too many unwanted things which 1 should have thrown away before, empty boxes, old containers, old magazines and scrap books.
zahid cuba nak berniaga dan letak 15biji donat di gerai Ayen dengan harga 4biji/RM1, tak tau lagi laku ke tidak

nampaknya my kek kukus turned out very well, moist, gooey and the mixed fruit were distributed evenly, tidak tenggelam kat bawah...

1/2 biji kek terpaksa disimpan dalam freezer, memandangkan anak2ku kurang minat makan kek sebigini