Monday, January 19, 2009

KEK KUKUS



pagi tadi aku mengemas meja kerjaku dan membuang semua saki baki biskut raya, mencuci habis bekas-bekas kuih, sja tak nak bagi cucu2ku merengek nak makan cookies yang dah luput tarikh.

Memang telah lama mengidam nak makan kek kukus ni, sejak raya puasa baru ni lagi nak buat tapi tak kesampaian, tak sempat, dan selepas satu perkara berganti dengan perkara lain hingga ke hari ini, baru terlaksana.

Seperti yang dijanjikan diterakan resipinya dibawah:

KEK KUKUS SITI ZUBAIDAH
5 biji telur AA
5 cawan tp gandum serbaguna
2 cawan castor sugar
2 ketul butter
1 sudu makan soda bicarbonate
1sudu makan cream of tartar
1 kotak sedang mixed fruit
2 cawan guls pasir digoreng tanpa air.

tepung gandum, soda bicarbonate, cream of tartar dan mixed fruit digaul dan bungkus dalam kertas
butter dan gula castor di pukul hingga putih dan kembang lalu masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
masukkan campuran tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis.
masukkan gula yang telah digoreng tadi sambil dikacau terus menerus sehingga semuanya bersatu.
masukkan kedalam acuan 9 x 9 yang sudah bergeris dan berlapik, dan perap selama satu malam(ini adalah rahsia kegooeiannya)
esoknya kukus selama 4 jam.

DARI RM50 MENJADI RM220

selepas fisio treatment, pergi pulak ke bahagian orthopedik untuk appointment dengan Dr pakar. kebetulan hari ini dapat bertemu janji dengan Dr Muhammad Paiman, pensyarah dan dan Dr pakar ortopedik. lega sikit, boleh lepas perassan dalam bahasa melayu.....sebab pada temujanji yang lepas ditemukan dengan seorang Dr pakar non malaysian, yang aku tak faham bahasa melayunya dan juga bahasa inggerisnya wahhhh...

jam 10.30 pagi sudah selesai di farmasi, ingat nak ronda2 di KB mall nak beli snack untuk Aid. Memandangkan musim gawat ni nak belanja dalam RM50 saja, beli chicken cocktail, nugget, cheese slices sudah cukup. tetapi teringat pulak beras dah habis, tengok pula sabun untuk dobi murah sikit so beli 4 paket, butter cap tong pulak offer RM7.39 beli pulak 5 ketul, kot2 nak buat kek lapis prun, beli sayur ikan, ayam..... juga snek untuk qilah dan jupa... pergi kat counter check out??????....... RM220.
memang barang mahal sikit kat Pacific hyper market dari Tesco, tapi apa boleh buat, tak mau sokong Yahudi....
lepas ni tanam sayur sendiri....

sempat juga petang mengadun kek kukus resipi dari siti.... esok baru nak kukus.
nanti kakau menepati citarasa tekakku akan ku tepekkan resipinya dan insyaAllah bersama gambarnya...

Tuesday, January 13, 2009

KENWOOD TRAVEL STEAM IRON

dapat beberapa sms dari Ati di spore, flightnya delayed. sempat menjalani fisioterapi untuk minggu di mana aku betul2 terlupa temujanji pada ahad yang lepas. minta tukar temujanji kepada hari ini, nasib baik dapat.
selepas fisio hantar travel iron ke service centre dan ajen kenwood berjanji untuk menggantikan dengan unit yang baru.

Monday, January 12, 2009

MACAM-MACAM HAL

Baru saja pulang dari Wakaf Baru menghantar Ati naik keretapi untuk ke Singapore dan terus ke sydney, selepas bercuti sebulan di Malaysia. Setahun lagi insyaAllah habis pengajiannya dan balik bekerja di Malaysia.
minggu lepas berada di kuala terengganu selama 5 hari membantu dun bandar kempen untuk pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. balik 2 hari untuk memastikan keperluan Ati pergi. ke Sydney.

10hb, Jan, always on my mind.... antar tikar bantal???? so funny
.... MasyaAllah, subhanAllah,Astaghfirullah!!!!

Sunday, January 4, 2009

FISIOTERAPHY

After two weeks holidays and balik kampung, today I continued my treatment at Fisioteraphy department HUSM. I managed to have my right foot dipped in hot wax apart from my right hand, and then electrolised my right arm for about 20 minutes.

sebenarnya banyak rancangan hari ini nak buat, submit gamat emas, bayar KTC, baiki sterika, fill up stok di dapur dan ambil sample darah untuk appointment dengan orthopedik pada 19hb Januari ini.

selepas fisio treatment, terus ke klinik di untuk ambil sampel darah. ini satu masalah lagi, memang jururawat mengeluh bila melihat lengan atau belakang tanganku. selalu mereka kata tanganku tangan tak buat kerja sebab tak nampak urat2 darah yang timbul. padahal kerja apa yang aku tak buat, semua sudah dicuba... he he. memang Tuhan anugerah macam tu Alhamdulillah. selepas failed attempt di lengan dan kesan lebam, seorang nurse lelaki mencuba di belakang tangan pula, alhamdulillah dapat tetapi slow sikit, tapi takpe lah asal jangan cucuk jarum ditempat lain pulak.... wa... lebam lagi satu pulak nanti...

terus ke tesco.. dan selesai hampir jam 1.00 tengahari.

sampai dirumah bagi tugasan memasak kepada anak2, terus breakfast(nak ambil darah kena puasa 8 jam sebelum) solat dan tidur. adussss letihnya....

petangnya demam pulak... biasalah selepas terapi treatment.

Saturday, January 3, 2009

TAHUN BARU

Amalan ditahun baru tidak menampakkan peningkatan, malah telah dua malam terlepas tahajjud... apa nak jadi...

Thursday, January 1, 2009

TAHUN BARU - AZAM BARU

Tahun baru Hijrah telah berlepas 4 hari, dan tahun baru meshi baru bermula hari ini. Azam baru? tekad baru? tak ada dalam minda ini, cuma angan-angan, wishful thinking yang tidak akan menjadi kenyataan.

1. ingin menyambung pengajian ke peringkat master
2. mengambil diploma in islamic judiciary
3. menjalankan angiogram untuk menentukan tahap kesihatanku
4. memilikki rumah idaman yang ada halaman luas untuk aku bercucuk tanam serba sedikit dan membela beberapa ekor ayam dan burung puyuh.
5. nak buat Umrah di bulan Puasa dan haji kali kedua
6. berexercise sekurang2nya 30min sehari....

let's see, first thing first...
untuk kesihatan
exercise 30 mins a day
jaga diet, kurangkan cholesterol
cari duit RM4000-RM18000 untuk angiogram

sambung belajar
badan mesti sehat
yuran untuk kelas.....

rumah idaman
badan sehat untuk menikmari rumah baru.... he he
duit untuk beli/bina rumah RM......

kesimpulannya
badan mesti sehat baru boleh cari duit, duit....

tensionnn/stress.... ini yang doktor larang ....
ok petang ini 10mins brisk walking or poco2 hmm....mm

pastu pecah otak fikir untuk cari/simpan duit????
1. kurangkan makan - kurang belanja .... impossible
2. berniaga - goreng pisang? burger? mlm? - hmmm tak de bakat
3. melabur saham.... tidak confident
4. meminta2.... dijauhkan
5. melainkan Doa dan merayu hanya kepadaNYA ..... ok tingkatkan amalan