Thursday, December 15, 2016

DOOR GIFTS

assalamu'alaikum

salam perkenalan semula.

sedang mencari idea doorgift untuk majlis menyambut menantu yang akan diadakan di kota bharu tidak lama lagi. kalau sekiranya ada sesiapa yang yang ingin berkongsi idea sangatlah dialu-alukan.

walaubagaimanapun produk killer min's oven - chocolate chips cookies - memang wajib ada.

oklah setakai ini sahaja....

ini sebagai mukadimmah bertemu semula setelah sekian lama menyepi.




Friday, June 13, 2014

SNOW CHEESE CAKE

Wow mengancam tak?


sebiji snow cheese berjaya di terjemahkan dari olahan resipi2 yang terdapat dari beberapa blog.

dengan mudahnya kek atas mengandungi:

kek:
dari satu paket  500 gm kek sponge mix.
dengan adunan di atas akan mendapat 2 biji kek size 9"
hanya satu kek sahaja yang akan digunakan. 
yang satu lagi tu makan sahaja.... dip dengan jem ke...
ikut aturan yang tertera di paket sponge mix itu dan jangan mengelat....

cheese topping:
250 gm philadelphia cream cheese
125 gm susu manis
50 gm susu Dutch Lady UHT

digaul semua dan dipukul dengan speed tinggi hingga hancur cheese dan menjadi adunan licin agar boleh disapukan ke permukaan kek.

Cara2: 
potong  dua sebiji kek agar menjadi dua lapis dan asingkan.
sapukan adunan cream cheese ke atas permukaan kek untuk lapis bawah. tangkupkan semula dengan lapisan atas tadi.
tuangkan adunan cream cheese dan sapukan hingga licin di permukaan dan sekeliling kek.
taburkan dengan parutan cheddar cheese dan hias....

hiasan ini sangat unik dengan menggunakan apa yang ada di dalam fridge - 
potongan mangga epal dan jelly tip - olahan oleh farah petugas yang berminat dan berkebolahan menghias kek dan cookies.



BISKUT RAYA 2014 dan BANGKIT CHEESE

Masa begitu pantas berlalu, tup, tup sampai masa dan ketikanya nak mengistiharkan pula senarai biskut raya untuk tahun 2014. Disebabkan kesuntukan masa dan pertukaran pengurusan,  tidak banyak yang ditambah melainkan satu jenis sahaja iaitu bangkit cheese.

walaupun Bangkit Cheese sudah lama meletup di alam maya, dan di merata blog2, tetapi oleh kerana kesempitan masa dan belum merasa kenikmatannya, baru tahun ini tergesa2 meng R&Dkan, membaiki sedikit sebanyak dari resipi-resipi yang digoogle dan memang jelas meletup. setiap kali mengadun untuk stock memang habis di borong pelanggan tidak kira pelanggan anak muda atau pelanggan dewasa.


 walaupun nampak biasa-biasa sahaja tetapi cuba hulurkan sebutir ke dalam mulut, aduhhhh nikmatnya, bukan hanya penggemar bangkit atau penggemar cheese sahaja yang meminatinya, tetapi hampir kesemua pelanggan yang singgah ke bengkel cookies akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu balang bangkit cheese.

Begitulah penangan bangkit cheese kali ni, sekali buat terus meletup.

Alhamdulillah rezeki dari Allah:

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya dia akan membukakan jalan keluar baginaya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disang-sangka." 





ini tart nenas, salah satu produk cookies raya untuk jualan. last year memang meletup habis-habisan, dan dikekalkan lagi tahun ini.

dan cookies yang palis laris adalah chocolate chips cookies. laris tu bukan sahaja ramai pelanggan tetapi jumlah yang ditempah memang diluar jangkaan. ada yang menempah untuk door gift di musim kenduri kahwin dan juga door gift untuk program-program  rasmi.


Alhamdulillah....






Saturday, February 8, 2014

BOOKS FOR 2014

 I've read this book . Very nice flowing novel, it makes you want to continue reading... My Australian friend Lorraine West,  gave me to read during our 8 hour journey back to Malaysia.

ada satu lagi buku, tapi tinggal di KL, tidak mahu ia mengganggu penulisan dissertasiku.





I bought this book yesterday. 

MY PRINCESS

tengoklah pengaruh movie ke atas kanak-kanak.

Alya terlalu minat  kat princess sofea sehingga terikut-ikut cara minum tea....

minum air sahaja yer... cawan dan piring terlalu besar untuknya. kena belikan yang se size dengannya.
itu dia minum susu shj...


TRIP TO SYDNEY

Trip kami ke Sydney bermula dari 29hb Jan hingga 3hb Feb

perjalanan mengambil masa selama 8 jam dari KL ke Sydney. 










Wednesday, October 9, 2013

KELEBIHAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH


SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA.


 
Syawal telah lama berlalu, Zulkaedah juga baru beberapa hari meninggalkan kita, dan hari ini telah pun memasukki 4hb. Zulhijjah. Bagaimana sahabat2 sekelian menghadapai bulan yang mulia ini. 


telah disimpulkan oleh beberapa ulama tentang kelebihan pada 10 hari pertama di bulan Zulhijjah:


         لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ
  1. Sudah semestinya ialah menunaikan fardu Haji dan Umrah 
  2. berpuasa pada 9 hari pertama bulan Zulhijjah.  “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei].......                      berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit dari Rasulullah SAW. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya. iaitu Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang..... Setengah ulama’ lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai daripada hari Arafah dan pada hari itu juga Allah SWT turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.
  3. keluar ke masjid untuk solat berjemaah dan memperbanyakkan solat sunat
  4. berzikir dan bertahlil,  iaitu  (mengucapkan La-ilaha-illaLlah)
  5. menjalankan ibadat Qurban iaitu menyembelih seekor kambing atau 1/7 bahagian lembu atau unta, mengikut kemampuannya.
  6. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: {Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.} [Al-Ankabut: 69].

Sunday, May 26, 2013

BISKUT RAYA 2013

Alhamdulillah akhirnya siap juga sample biskut raya untuk tahun 2013. Walaupun bermula mengadun doh seawal 1 Rajab lagi, tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, ia mengambil masa lebih panjang daripada yang dijangkakan. ada yang dah siap tetapi tidak melepasi ISO anak2, terpaksa diolah semula, ada yang sangat hebat testimoninya di blog2 sahabat maya tetapi tidak menepat citarasa tester terpaksa juga didrop langsung;  tetapi biskut yang tersenarai di bawah ini diramalkan tidak mengecewakan, bahkan memang sangat istemewa rasanya. 

berikut adalah senarai biskut untuk 2013:


1. Gajus cookies : adunan serbuk gajus, oats dan nestum, rasa lemak dan harum kisaran gajus panggang memang tidak puas dengan hanya menguyah sekeping cookies...

 2. Strawberry chocolate Square: Adunan strawberry cookies di celup dengan coklat susu. keharuman bau strawberry emalco dan kelembutan coklat susu collata.... adui... sungguh nikmat.
 3. Crispy choc: gandingan kuaci hijau yang telah dipanggang, oats dan chocolate chips. dan di sapu permukaan dengan milk chocolate dan di tabur dengan Hawaii coconut yang telah dipanggang dan didrizzle pula dengan dark choc. Fikir sendirilah rasa cookies ini.... crunchy, lemak milk chocolate....

4. Suji cornflake: biskut yang telah lama berada dipasaran, yang masih lagi ditanya2 oleh pelanggan "Buat lagi ke biskut ini?" dengan sedikit keceriaan: ditambah dengan hirisan cerry untuk menyerikan lagi biskut yang memang  sudah berseri

 5. Snow Almond: biskut ini pun tidak payah nak cerita lagi. dalam blog masakan sahabat di alam maya telah menceritakan  kenikmatan biskut ini.
 6. Almond London
 7. Chocolate chips
 7\8. Tart Nenas dengan wajah baru diadun sepenuhnya menggunakan Anchor butter. lemak butter, masam manis jem nenas,aduiii.... hanya peminat tat nenas sahaja yang dapat mengkoyakan nikmatnya.

9. EZ almond: adunan doh dengan serbuk almond,  almond nibs dan kisaran cornflake, sangat sesuai untuk kanak-kanak yang suka makan almond london tetapi inti almond panggang didalamnya dibuang... atau untuk mereka2 yang tidak suka mengigit whole almond.


Untuk tempahan sila SMS ke talian 017-9188427

Wednesday, May 15, 2013

TAT NENAS TERATAI

Masa dan ketikanya sudah sampai untuk memulakan R & D sample biskut raya untuk jualan tidak berapa lama lagi. pilihan pertama sudah semestinya Tat Nenas, dalam betuk apa sekali pun. tetapi yang paling minat memanglah tat gulung, tapi apakan daya sudah tidak terlarat nak menekannya, lainlah kalau ada "Falcon pasta maker". katanya memang superb, boleh buat beribu sehari, tetapi entahlah belum bertemu jodoh lagi, sebabnya kalau nak beli nak lihat sendiri demo cara2 menggunakannya. kalau tidak maknanya simpan dalam setor sahaja....

berbalik kepada tat nenas tadi, kali ini  memilih untuk membuat TatNenas teratai. resipinya sama sahaja seperti buat tat gulung yang sepertimana apa yang ditulis di pembungkus acuan tat nenas.

tapi tak apa ini resipinya:
125 gm mentega
30 gm gula icing sedikit vanilla 
1 kuning telur
220 gm tp gandum
2 tbsp tepung jagung

caranya:
pukul mentega dan gula icing, masukkan vanilla dan kuning telur, pukul hingga sebati masukkan tepung dan uli hingga sebati. 

terap dengan acuan bunga pecah lima


 ini dalam proses pembuatan

 dah siap dibakar
 gambar closeup
acuan ini disalah guna untuk buat tampuk tat.... haha..

agak cerewet juga buat tat ini, kena melalui beberapa proses, tetapi sangat berpuas hati dengan outcomenya, sangat comel sampai sayang nak makan. yeah..... masuk bakul angkat sendiri.

sudah pasti tat ini termasuk dalam senarai sample biskut raya 2013. 

siapa nak buat sendiri silakan, resipi pun dah ada, dan  sekiranya nak tempah harap buat seawal2nya, paling lewat 1 minggu sebelum Ramadan.

Happy baking..


RAMADAN MENJELANG LAGI

PRU telah berlalu hampir dua minggu, dan sudah pun menang Alhamdulillah, dan meneruskan  jalanan hidup seperti sediakala. sekarang yang utama sesiapa yang menang hendaklah menjalankan amanah rakyat dengan sejujur mungkin.

walaubagaimana pun hidup perlu berjalan terus. kini sudah pun menjelang Rajab dan akan diikuti Syaaban dan seterusnyaRamadan....

sudahkah Anda semua bersiap sedia untuk menghadapi Ramadan, bersama pakejnya: Puasa, Tarawih, Qiam al-lail, Tadarrus dan sedekahnya...

JAGA KESIHATAN AGAR DAPAT MENGHADAPI RAMADAN DENGAN YAKIN....


Monday, March 18, 2013

DOOR GIFT PERSANDINGAN AIAI DI TAMAN PERWIRA 1


Assalamualaikum, 

Hasil doorgift yang sangat menarik dan simple. di isi sama ada dengan brownies, chocolate chips dan biskut badam. Brownies nya adalah produk dari Kota Bharu( sayalah ), tetapi biskut badam dan chocolate chips ditempah dari taukey biskut di Kuala Lumpur.

di dalam goodies bag itu diisi dengan sebiji telur pindang, a jar cookies dan sekeping calender 2013

sesuai untuk semua majlis - aqiqah, bertunang, persandingan dan segala majlis kenduri kendara.




Thursday, March 14, 2013

HOKKAIDO CUP CAKE





Assalamualaikum, 

cup kek sejurus sahaja keluar dari oven....


Alhamdulillah, semalm dapat menghasilkan ciffon cupkek yang telah lama diidamkan. . Akhirnya dapatlah resipi yang jelas dari blog  masam manis, dan hasilnya walla, mendapat pujian dari keluarga...Customer brownies selalu bertanya ada produk lain ke nak beli, inilah hasilnya. Resipinya seperti dibawah



HOKKAIDO CUP kek
Rujukan: masam manis
Bahan A

4 biji kuning telur
30 gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu Dutchlady UHT
40 ml minyak canola Natural
55 gm tepung superfine
20 gm tepung kastard
1 sudu teh baking powder

Bahan B
4 biji putih telur
1/4 sudu teh garam
80 gm gula halus

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan ~35 biji solo cup size S


1. Satukan bahan kering, tepung superfine, tepung kastad dan baking powder dan ayak 3 kali.
2. Pukul kuning telur dengan gula hingga bersatu dengan tangan sahaja, masukkan susu, minyak canola dan pukul lagi hingga sebati lalu masukkan bahan kering. yang ini menggunakan whisk tangan sahaja.
3. Di lain mangkuk yang kering, pukul putih telur dengan garam hingga berbuih, lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga bancuhan menjadi gebu dan bertanduk. ini menggunakan whisk mesin pembancuh.
4. masukkan adunan telur putih ke dalam adunan merah telur dan kacau dengan ksedah kaup balik sehingga sebati semuanya.
5. tuangkan adunan ke dalam paper cup sehingga 3/4 penuh, ~15gm sehingga habis.
6. bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dulu selama 15min dengan suhu 170C .
7. Bakar selama ~15-17min, mengikut kesesuaian oven.


Apabila sejuk picitkan custard filling ke dalam cup kek.



Bahan custard
15 gm tepung 
15gm tepung kastad 
60 gm besar gula 
200ml  susu UHT Dutch lady full cream
1 biji telur size AA 
30 gm mentega 

6ml esen vanila 


semuanya digaul hingga sebati lalu dimasak diatas api kecil dan hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakan dari bergentel. Tetapi jangan risau sekiranya bergentel juga, masukkan kedalam blender, blend 1 minit, walla menjadi licin seperti digambar, sebabnya produk saya pun bergentel juga hehehe.


siap di pek untuk disimpan. sesiapa berminat silalah mencuba. memang sedappp.... atau tel 0179188427 untuk tempahan...
















Wallahu'alam

Monday, February 4, 2013

MOIST CHOCOLATE KEK


Hari ini telah mencuba resipi moist chocolate kek, yang memang telah menjadi faveret anak-anak dulu. oleh kerana mereka semua telah membesar, rasanya sudah lama tidak membaking kek ini, rasanya semenjak brownies menjadi produk jualan 'all time favourite' tidak mengira musim, sama ada musim kenduri, maulidul rasul, apatah lagi musi raya.

mujur juga setelah berpindah randah, resipi ini tidak tercicir, walupun ada sebuah buku resipi tulisan tangan telah menghilangkan diri entah kemana...

nak buat cerita sebab apa membakar kek ini?. 
Telah banyak kali ada beberapa pelanggan apabila mengorder brownies, mereka bertanya ada buat kek lain tak... buat tu ada tapi bukan untuk commercial, buat menggunakan 'pure butter', sebab nak makan sendiri mesti nak makan yang sedap, lemak dan kalau nak jual pun kena harga tinggi sikit. bila sebut harga, kebanyakkan mereka kata mahal. 

so kek ini menggunakan lepa susu 'buttercup', tapi produk lain tetap mengekalkan quality yang sama, tepung superfine, serbuk koko grade A, telur 'AA' 

katanya resipi ini dapat dari sebuah hotel, tapi memang sedap sebab tidak menggunakan ovalett dan soda bicarbonate. Tekak ni memang tak boleh terima sangat kalau letak soda bicarbonate dan ovelerr terlebih2.

Polisi saya kalau nak jual makanan, ia mesti produk yang digemari anak-anak sebab jimat masa, kalau pagi tidak sempat membuat sarapan masih boleh lagi makan pau kukus atau donut.

selama ini produk yang telah dijual seperti Pau inti kacang, DONUT, brownies, tat nenas memang menjadi kegemaran anak-anak, jadi sambil membantu ---- sambil menguyah.

resipi nya
bahan A
1 cawan air
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula
semuanya di masak hingga gula hancur dan sejukkan

Bahan B
2 caw butter
1 cawan gula castor
5 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder

caranya: Pukul butter dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu
ayak tepung bersama baking powder lalu masukkan kedalam adunan butter tadi berselang seli
dengan cecair serbuk tadi hingga habis.

satu adunan dapat empat bekas seperti  gambar di atas. 
selamat mencuba. 





Wednesday, January 9, 2013

ALHAMDULILLAH

assalamualaikum,
sedang elok sahaja apartment satu bilik ni, tidaklah rasa rugi bila tinggal keseorangan. dari meja computer ni dua langkah masuk bilik tidur, empat langkah ke dapur dan terus ke bilik air. Tv terletak di sebelah meja computer, samsung tablet dapat dicapai, capaian internet ambil yang 4Mbps lebih laju dari yang ada sebelum ini.... semuanya dekat, laju dan up to date untuk seorang nyai... apa yang kurang lagi ye....


Allah telah kurniakan kesihatan yang optimum. semalam appointment dengan Dr pakar perubatan, cek darah alhamdulillah semua ok, paras cholesterol telah turun ke normal, buah pinggang sehat, jantung sehat, gula dalam darah normal dan cek blood pressure pun normal 124/85. pengambilan ubat diteruskan, cuma ubat anti cholesterol dikurangkan.

Alhamdulillah rumah cukup besar, badan sehat bersyukur kepadaNya....




Monday, November 26, 2012

MOYOT TIADA TENAGA

Assalamualaikum,
semalam ke perpustakaan Nilam Puri untuk mencari bahan bab II, dan bab III, dissertasi. Proposal pun tinggal sedikit penambahan dan baik pulih oleh penyelia sebelum dihantar untuk di seminarkan.
ceritanya:
          setelah sampai di perpustakaan baru sahaja SMS ke penyelia untuk temujanji, sebab tidak berani nak buat awal kerana kereta pun tanpa roadtax, takut tak sempat sampai ke Nilam Puri, maklumlah warga emas, banyak halangan.

jawapan pertamanya: kena jupe ptg, pg ni kurang power. Moyot

haha......

MOYOT: tanya beberapa sahabat yg ada di perpustakaan, maknanya memang tiada tenaga, lesu, kot sama dengan moyok mcm kucing sakit.

pagi ini diri sendiri pula kena moyot... aduhh... lepas subuh baca serba sedikit terus tidur semula... sakit sana sini lengan, kaki, betis peha dan kepala.

bangun tidur terus mandi breakfast, telan ubat, telan sebiji painkiller relax sambil menonton my daughter the flower.

alhamdulillah sekarang dah rasa lega....

Monday, October 15, 2012

AMALAN DI AWWAL 10 ZULHIJJAH

assalamualaikum,

bulan Zulhijjah akan menjelang lusa, dan para jemaah yang mendapat jemputan dari Allah SWT telah membanjiri Kota Mekah dan bersiap sedia untuk menjalankan ibadat haji mereka. semoga mereka mendapat haji yang mabrur.

bagi kita yang tidak berpeluang menunaikan ibadat haji atas sebab-sebab yang diluar kemampuan kita, masih ada peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat dan mendapat pahala yang dijanjikan.

diantaranya ialah:
Amalan pada sepuluh hari terawal di bulan Zulhijjah, ini berdasarkan tafsiran ulama-ulama kepada ayat al-Quran Surah al-Fajr: 1-2,
Yang bermaksud: Demi fajr dan malam yang sepuluh.
Ibn Kathir memaksudkan sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah, juga tafsir dari Ibn Abbas dan lain.

beberapa hadis telah meriwayatkan kebesaran hari-hari yang sepuluh ini, maka perbanyakkanlah amalan sunat kita dan perbaikkan amalan wajib kita.
Di anatara Amalan-amalan yang baik dilakukan ialah:


  1. SOLAT: iaitu amalan umum untuk semua waktu, tetapi cubalah keluar cepat menuju ke rumah Allah SWT untuk  berjemaah solat fardu dan perbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan.
  2. PUASA di hari 9 awal Zulhijjah amat digalakkan. "Rasulullah saw berpuasa pada hari kesembilan zulhijjah, 10 Muharram dan tiga hari setiap bulan. Puasa pada hari kesembilan (hari Arafah) ganjarannya ialah diampunkan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.
  3. TAKBIR, TAHLIL DAN TAHMID - perbanyakkan mengucapkan Allahu akbar, La illaha illaLlah  dan Alhamdulillah
marilah kita sama-sama menyambut kedatangan 10 awal Zulhijjah lusa dengan azam yang kuat, bertaubat bersungguh-sungguh, meninggalkan segala perbuatan dosa. bekerja kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.



Disini ada satu peringatan kepada semua yang telah menanam niat untuk berkorban pada hari raya haji nanti:
Sabda Rasulullah yang bermaksud: Apabila masuk sepuluh awal Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang bulu dan kukunya
(HR Muslim)

Sunday, October 14, 2012

MENARA APARTMENT KTC

ini adalah alamat rumah kami. Menara apartment KTC, dengar tu memang hebat, tetapi belum lihat belum tau.....


Alhamdulillah sudah hampir 3 bulan berpindah ke "rumah sendiri". bulan pertama dan kedua memang sibuk benar dengan pengurusan pindah dan membuat tempahan biskut raya dan brownies.

Pengurusan pindah memakan masa hampir 2 minggu untuk bulan pertama. dengan memohon extra access card untuk masuk ke apartment, memohon card bulanan untuk parking kereta di basement, tukar semua alamat, Telekom, credit card, bank-bank, astro, langganan majalah-majalah dan beberapa urusan runcit.

selepas urusan pindah sibuk pula membuat sample biskut raya untuk diedar2kan, walaupun lewat alhamdulillah tempahan datang sama banyak seperti tahun-tahun yang lepas. tetapi kerja macam ini tidak boleh diulang lagi, letih, tension dan banyak ragamnya, ada beberpa tempahan sampai lewat, hampir-hampir nak tutup kedai disebabkan terlewat hantar sampel.

alhamdulillah, walaupun kecil ia tetap rumah sendiri, mana nak sama dengan rumah orang lain.






DOOR GIFT - MAJLIS MENYAMBUT MENANTU ANUAR FAZRIN & ZUBAIDAH 17/6/2012

Assalamualaikum, ini cerita dah lama, sebab ingatkan tak sempat anak ambilgambar doorgift untuk majlis sambut menantu, rupanya ada terjumpa dalam album azmi.
Doorgift kali ini merupakan pelbagai cookies dan biskut raya yang laris dijual pada tahun sebelumnya iaitu :




 coconut almond cookies
 Model door gift: manisnya Aminah Zulfa


  • almond london, 
  • coconut almond cookies
  • chocolate chips
  • snow almond
  • suji salji dan
  • chocolate clusters,
  • banyak kelebihan buat door gifts macam ini,  kerana cookies nya self dan homemade, ianya jenis cookies boleh dibuat lebih awal lagi dalam 2/3 minggu dan boleh dipek dan ikat  riben siap2 dan simpan dalam kotak dan ada personal touch.
seminggu selepas wedding ada pula untuk tempahan door gift yang serupa.... alhamdulillah.

kebetulan pula Ramadan menjelang beberapa minggu selepas majlis, apalagi memang buat lebih untuk dijadikan sample biskut raya. 

Sunday, September 9, 2012

DOA MATI DALAM IMAN.....

semalam telah menghadiri taklimat untuk ijazah master dengan pelajar-pelajar baru sambil bersua muka dengan teman-teman sekuliah syariah dan usuluddin. Memang rindu selepas beberapa bulan tidak bertemu. Kami sangat rapat kerana tidak ramai pelajar muslimat samada di kuliah syariah atau pun di kuliah usuluddin.

selepas taklimat sempat kami menjamu makan tengahari, siapa lagi kalau bukan Cikgu rosmani yang belanja. Moga ditambah rezekinya lagi...

memang padat juga jadual semalam, selepas tu bergegas menunaikan Zohor lalu terus ke Bazaar Tok Guru di Kota Bharu, sebab Rosmani ada urusan membeli kain telekong untuk saudara marannya yang akan menunaikan ibadat haji.

Lepas itu terus ke Pintu Geng ke rumah seorang muslimat meraikan anaknya yang akan melanjutkan pelajaran  dalam bidang bahasa arab di Mesir. di sana kebetulan bertemu dengan ibu mertuanya yang berumur dalam lingkungan lewat 80an, masih boleh melihat walaupun dengan cermin mata, masih boleh membaca Alquran, masih ingat semua bacaan solat.... Rasa sungguh terharu kerana soalan pertamnya ialah apakah doa yang dibaca untuk tetap istiqamah dalam islam dan juga mati dalam iman.

Yang mudahnya minta terus.."Ya Allah matikanku dalam iman dan Islam" dan ditambah lagi dengan  "dalam keadaan syahid",

ke ada doa lain yang lebih mantap lagi...........



Tuesday, September 4, 2012

YEAH....SUDAH REGISTER SESSI 2012-2013

Alhamdulillah, akhirnya berjaya mendaftar  untuk sessi 2012-2013 melalui e-application di MyUM. tersangat mudah, hanya perlu ingat ID dan password untuk log in, dan valid credit card atau internet banking.

Yuran untuk semester ini RM512.00, tetapi oleh kerana ada baki RM360.00 dari semester lepas, jadi jumlah yang dibayar hanya RM152.00.

ok.... register sudah, bayar yuran pun  sudah, tajuk sahaja belum confirm. Cara-cara buat proposal rasanya masih ingat lagi.... ayuhhhh mulakan langkah dan jangan berdaleh lagi....
Akan diupdate lagi selepas ini insyaAllah.