Thursday, January 22, 2009

SEMUA SAMA

aku menonton darama korea sebentar tadi, sungguh memilukan. pelakon utama mengidap penyakit cancer dan mengikut doktor cuma ada 1 bulan untuk hidup, sentiasa dalam kesakitan, suaminya curang dan menuduh isterinya hodoh dan tidak dapat memberinya seorang pun anak lelaki, ada perempuan lain, mereka ada anak perempuan sahaja tetapi lawa dan berjaya. apabila suaminya melihat betapa sengsara isterinya menahan kesakitan, baru lah dia sedar dan perasaan kasih dan menyesal bercampur aduk di benaknya. sentiasa berada disisi isterinya, menyuap makanan, menyorong kerusi rodanya, meneman tidurnya dan melayannya dengan baik sekali.

isteri pula bila suaminya melayannya dengan baik, berfikir alangkah baiknya aekiranya dia jatuh sakit 5 tahun dahulu.... agar dia mendapat layanan sebegitu istemewa dari suaminya sejak 5 tahun yang lalu.

begitulah serba sedikit ceritanya... apabila isteri tidak tahan menanggungkan kesakitan yang amat sangat dia meminta suaminya membunuhnya saja, kerana kata isteri dia tidak sanggup melihat keperitan dan kesedihan yang ditanggung oleh suaminya.
katanya biarlah dia membawa bersama kesakitannya dan kesedihan suami dengan kematiannya.

sebelum kematiannya si isteri telah menceritakan rahsia dirinya bahawa semasa dia hamil sentiasa mendoakan jika anaknya perempuan biarlah cantik dan berjaya dan jika lelaki tidak terlalu handsome supaya tidak melukakan perasaan isterinya jika berkahwin kelak.

akhir cerita suaminya melekapkan bantal kemuka isterinya sehingga mati.
adakah ini crime of passion???? dan si suami merengkok di penjara
itu adalah mentality cerita orang non muslim......

kalau cerita orang Islam bagaimana? berdasarkan kepada plot yang sama....
boleh jadi sudah beristeri lain konon untuk mendapat zuriat lelaki. atau pun mengikut sunnah nabi berkahwin lebih dari satu????

perasaan wanita semua sama... INGIN SENTIASA BERADA DISISI suami dalam senang apatah lagi semasa sakit. tetapi bila sudah berkongsi, adalah mustahil, mengalah sahajalah yang hodoh seperti cerita korea tadi. cuma dalam Islam ada satu yang lebih kuat lagi harapan after life - 'syurga' - JANJI ALLAH ADALAH BENAR

No comments: