Friday, January 30, 2009

DONUT OH DOUGHNUT

Sudah 3 hari termasuk hari ini perniagaan donut zahid berjalan. ALhamdulillah lancar nampaknya. sudah RM12 dijual bukan RM120 ye.... kira bagi dua untung dengan modal.

prinsip saya walau sedikit pun perniagaan itu kalau menguntungkan dan masa mengizinkan memang akan dibuat. Tidak kira banyak mana dapat.... kalau tidak dipecahkan ruyung mana nak dapat rebungnya. dan tidak akan ada sesiapa yang akan kata even suami, anak2 sendiri - nah amik duit ni dan tak payah buat kuih... bahagianya kot kalau adegan itu berlaku...
saya jual 4 iji RM1.

sesiapa nak berniaga ini resipinys:

resipi donut

1kg tepung gandum high protein(tepung roti)
1 paket yeast segera - 11 gm
1 biji telur
50gm gula
50gm shortening
50 gm majerin
500 - 550ml air

digaul semuanya. saya menggunakan mixer kenwood chef dan uli dalam 10 minit.kalau dengan tangan dalam 1/2 jam kot. adunan lembik sikit.

bila siap timbang 30gm bulatkan dan perap. bila naik buat lubang ditengah dan goreng.

bab buat lubang di tengah ini dapat petua dari seorang kawan. biasanya diterap sahaja. tapi tahu2 je lah terap ada yang nipis ada yang tebal.

saya buat kuih ke kek ke biskut memang senang dengan menimbang, sukat pakat cawan tak konfiden, hati tak tenteram je takut terkurang atau terlebih. kalau ada kawan2 bgi resipi dalam sukatan cawan, saya akan cuba convert kepada metrik, dan jika menjadi saya akan terus gunakan sukatan metrik.

No comments: