Saturday, January 24, 2009

MY HEART

Hari ini ada tempahan brownies untuk petang, dan pagi esok dan satu lagi untuk dibawa ke majlis aqiqah kakak ipar azmi.

Memang sudah adat di sini membawa buah tangan kalau pergi ke majlis tidak formal melainkan majlis perkahwinan lain lah, bawa duit sumbangan (di sini dipanggil ngelang) atau hadiah berbalut. Biasanya kalau di sini mereka membawa 2/3 kilogram gula atau beberapa tin susu manis. takkan nak bawa gula, atau pun susu manis, melambak-lambak nanti gula pasir kat rumah dia, jadi untuk untuk kelainan sikit,aku pun bawa brownies, kuih kemahiranku, nak buat kek lain kena buka buku dulu. lagi pun ini kira serampang dua mata. Niat nak bagi.... dan pada masa yang sama mengiklankan pruduk kita.... Niat nak bagi memang sudah ada, cuma nak bagi apa, jadi kalau kata tidak ikhlas memang tak kena kan?????

itu nak cerita pasal brownies, lepas tu pulak rumah ni dah seminggu air tak naik ke tangki, Aduh letih lah, lebih2 lagi hari ni, nak membasuh loyang dan mangkok, turun naik ke bawah - sebab air direct dari pump terus ke sinki ada - pasang paip getah naik ke atas, lepas tu jatuh pulak ke bawah, turun pulak pasang lagi.... yang aku takut jantung ini tak mampu mengikut kerenah kerja2 ini. turun naik tangga, tarik getah paip bukan ringan, anak bujang ada tapi nampaknya tak peka dengan keadaan semasa....

siap masak brownies terus mandi dan solat dhuha. haaa masa ini lah baru terasa semputnya dadaku, menitis airmataku mengenangkan nasib, bukan menyalahkan sesiapa, cuma aku terfikir bila aku sakit nanti siapa nak jaga aku, anak-anak setakat ini tidak berupaya dari segi ekonomi mereka atau pun ...nampak nya kena menggaji mek Indon.

No comments: