Usrah bulanan diadalan hari ni, Jumaat, hari ini jugalah diadakan mesyuarat untuk kacau sura (bubur asyura tapi versi kelantan), cabut kutu dan sesiapa yang berniaga bawa sedikit barang perniagaan. aku juga tidak ketinggalan membawa sabun Taharah untuk dijual - mempromosikan barangan buatan Malaysia disamping berkempen boikot barang Israel dan produk mereka2 yang menyokong israel.
dalam keadaan masa kini, dengan kekejaman israel, kita semua patut menyokong memboikot produk israel dan sekutu2nya, kalau tak boleh semua sebahagian pun tak apa, jangan sampai tak peka langsung. sekarang kekejaman itu menimpa mereka, tidak mustahil kalau masa akan datang kita yang akan menerimanya. dunia ini berputar ada masanya kita di atas dan masanya kita di bawah, melainkan dengan ketaqwaan dan keimanan.
No comments:
Post a Comment