Monday, January 19, 2009

KEK KUKUS



pagi tadi aku mengemas meja kerjaku dan membuang semua saki baki biskut raya, mencuci habis bekas-bekas kuih, sja tak nak bagi cucu2ku merengek nak makan cookies yang dah luput tarikh.

Memang telah lama mengidam nak makan kek kukus ni, sejak raya puasa baru ni lagi nak buat tapi tak kesampaian, tak sempat, dan selepas satu perkara berganti dengan perkara lain hingga ke hari ini, baru terlaksana.

Seperti yang dijanjikan diterakan resipinya dibawah:

KEK KUKUS SITI ZUBAIDAH
5 biji telur AA
5 cawan tp gandum serbaguna
2 cawan castor sugar
2 ketul butter
1 sudu makan soda bicarbonate
1sudu makan cream of tartar
1 kotak sedang mixed fruit
2 cawan guls pasir digoreng tanpa air.

tepung gandum, soda bicarbonate, cream of tartar dan mixed fruit digaul dan bungkus dalam kertas
butter dan gula castor di pukul hingga putih dan kembang lalu masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
masukkan campuran tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis.
masukkan gula yang telah digoreng tadi sambil dikacau terus menerus sehingga semuanya bersatu.
masukkan kedalam acuan 9 x 9 yang sudah bergeris dan berlapik, dan perap selama satu malam(ini adalah rahsia kegooeiannya)
esoknya kukus selama 4 jam.

No comments: