selepas fisio treatment, pergi pulak ke bahagian orthopedik untuk appointment dengan Dr pakar. kebetulan hari ini dapat bertemu janji dengan Dr Muhammad Paiman, pensyarah dan dan Dr pakar ortopedik. lega sikit, boleh lepas perassan dalam bahasa melayu.....sebab pada temujanji yang lepas ditemukan dengan seorang Dr pakar non malaysian, yang aku tak faham bahasa melayunya dan juga bahasa inggerisnya wahhhh...
jam 10.30 pagi sudah selesai di farmasi, ingat nak ronda2 di KB mall nak beli snack untuk Aid. Memandangkan musim gawat ni nak belanja dalam RM50 saja, beli chicken cocktail, nugget, cheese slices sudah cukup. tetapi teringat pulak beras dah habis, tengok pula sabun untuk dobi murah sikit so beli 4 paket, butter cap tong pulak offer RM7.39 beli pulak 5 ketul, kot2 nak buat kek lapis prun, beli sayur ikan, ayam..... juga snek untuk qilah dan jupa... pergi kat counter check out??????....... RM220.
memang barang mahal sikit kat Pacific hyper market dari Tesco, tapi apa boleh buat, tak mau sokong Yahudi....
lepas ni tanam sayur sendiri....
sempat juga petang mengadun kek kukus resipi dari siti.... esok baru nak kukus.
nanti kakau menepati citarasa tekakku akan ku tepekkan resipinya dan insyaAllah bersama gambarnya...
No comments:
Post a Comment