HARI selasa lepas temujanji dengan pakar fisioterapi berlarutan hingga ke pukul 11.00pagi, kerana kebetulan splinter untuk jari hantu longgar, berjumpa pula dengan pakar cara kerja untuk membaiki. kemudian ke Bank Islam untuk urusan link akaun Tabung haji dengan akaun BIMB.
selesai sahaja urusan di Bank, sahabat telefon bertanya dimana?......
kenapa?
nak bayar hutang.....
Alhamdulillah. "okey insyaAllah saya sampai dalam setengah jam".
Kadang tu syaitan tu membisik juga, nak berhutang kita yang kena hantar, nak bayar kita juga yang gi ambil. tapi itu perkara kecil sahaja. Allah telah memberi kita kelebihan dan keupayaan, bila lagi nak menunjukkan kesyukuran kita terhadap kurniaan ni'mat Allah.
Sampai di rumahnya, dijamu dengan donat dan jemput pisang bersama earl grey tea. A unique combination. tak sampai 5 minit duduk datang pula 2 orang sahabat untuk menghantar barang, kemudian datang lagi yang lain hantar pulut dan telur pindang. waah... kita pun menumpang rezeki tuan rumah. Semuanya kenalan rapat, sambil berborak sambil makan tak sedar jam melawati zuhur.
keluar rumah tidak terus balik, singgah pula kerumah St Hajar yang akan ke Riau untuk melanjutkan pelajaran. , kebetulan sudah di luar........ kalau di rumah malas pula nak keluar semula, lebih baik memerap baca buku atau buat tahi mata.
Sampai di rumahnya dipelawa pula makan tengahari. rezeki jangan ditolak. makan lagi.... ingat nak cepat, assignment dah terima 4 tajuk, dan tak mula satu pun lagi. sambung bual lagi, kalau dengannya semua perkara boleh dibualkan dari berniaga, soal jawab masalah agama, keluarga.... semuanya jadi. lepas makan,,, solat berjemaah bersamanya dulu sebelum bertolak balik. adussss sampai rumah jam 3.55petang, letih dan tak bermaya.
konon nak melelapkan mata sebentar hilangkan letih. bila sedar jam menunjukkan 6.55petang. Alamak tal solat asar lagi. inilah bahayanya lupa nak pasang alarm, dan tiada sesiapa dirumah.
the moral of the story.... he he
kalau dah tiada siapa dirumah buat kerja ikut suka hati.... nak balik cepat ke nak balik lewat ke.. asalkan tidak lari dari landasan syariah.... ewahhh. cuma kita yang rugi tak ada disiplin diri.
No comments:
Post a Comment