Sunday, June 7, 2009

MR GOODBYE






kebelakangan ini agak lebih selesa menonton drama korea di chanel kbsw303. walaupun romantik mana sekalipun, dia tidak terus melakukan adegan ranjang yang agak memualkan, dan terpaksa ditukar chanel; apatah lagi bila menonton bersama anak bujang.



kalau ada adegan jiwang-jiwang pun, hanya bercium dibibir sahaja, itu pun amat jarang kalau dibanding dengan movie dari barat. etika asian masih lagi mempengaruhi drama dari korea. tapi tak taulah drama yang terlatest sekarang.


movie yang baru sahaja habis episode ialah mr goodbye. mujur juga dah habis episodenya, kalau tidak mata ni tak lekang dari kaca tv, dan waktu siarannya dari 10.10 malam hingga 11.20malam, agak lewat juga, sebab biasanya jam 11.00malam memang sudah dibuai mimpi.... dan mujur lagi ni sebab dia hanya 4 malam seminggu, bermakna hari jumaat malam sabtu tiada siaran, kalau tidak tertidurlah dalam kelas daij.

ceritanya biasa sahaja bertemakan comedy dan romance, tetapi apa yang menariknya ialah sikap heroinya yang sentiasa ceria dan tersenyum apatah lagi bila dia betul2 nak marah dengan heronya. sikap ini perlu ada pada semua baka feminine, kalau tak 100% pun sekurang-kurangnya 50%. tidak salah untuk senyum, bahkan senyum itu adalah sedekah, walau bagaimana pahit pun.......


ceritanya pula berkisar diantara hero yang mengidap komplikasi sakit jantung
yang mana dengan menonton drama ini ia dapat menyampaikan beberapa maklumat tentang penjagaan diet dan lifestyle pesakit jantung.

cuma ada ketika heroinnya sangat marah kerana hero berkeras tidak mahu membawanya bersama ke doktor untuk mendapat cerita yang sebenar.


dan sikap wanita asian, walau macam mana sibuk berkarier, balik rumah tetap masuk kedapur dan melayan lelaki yang dicintai selagi mana kasih sayang dan kesetiaannya tidak di khianati dan dicurangi.....
itu drama non muslim, in real life untuk muslimah solehah kasih sayang yang utama hanyalah kepada Allah dan RasulNya....
baru tidak kecewa menonggeng bila terhantuk....he he
enough melalut for tonight......


nak tahu akhir cerita??? he died happily in his sleep and she???? ......
lived contentedly & happily...

No comments: