Ini resipi brownies yang di ambil dari rnet dan diubahsuaikan sikit.
panaskan oven 155degrees C
lenserkan loyang 14"x14"
bahan-bahannya:
A.
250gm butter
400gm cooking chocolate,
di cairkan secara double boil. pada asalnya menggunakan bitter sweet choc sahaja, tetapi terasa pahit sikit.
B.
6biji telur AA
340 gm brown sugar
campurkan menggunakan mixer lowest speed
C
110 gm tepung superfine
50 gm serbuk koko
diayak
1tsp vanilla essence
1 tbsp chocolate emulco
caranya:-
masukkan vanilla dan chocolate emulco kedalam bancuhan telur, lalu masukkan chococolate + butter yang telah dicairkan sehingga sebati dan akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko.
terus tuangkan kedalam loyang dan terus dibakar selama 30minit.
ini ada petua sikit: adunan yang sudah dibancuh hendaklah terus dibakar jangan tunggu lama, nanti tak naik gebu, setakat 5-8 min tak pe lagi. dengan menggunakan oven Europa dan juga kipasnya.
kalau oven jenis lain kena adjust sendiri.
begitulah cara yang saya buat., dan Alhamdulillah nampaknya customer datang semula.
resipi asal ada ditambh nuts, chocolate ganache dan hiasan icing. tapi saya ikut jalan mudah, malas nak layan kerenah, jadi cuma satu jenis ini yang dibuat. lagipun ini hanyalah business sampingan. tetapi walaupun sampingan ia adalah yang terbaik dari saya tanpa frills.
cubalah kalau nak makan..... memang sedap, bahan pun senang. Tapi kala sudah tiada masa tempah.... saja tidak pening kepala, dapur tak messy dan tak perlu stock bahan mentah.
untuk tempahan sila email ke minah.bernawi@gmail.com.
harga sekotak untuk yang biasa(no nuts, ganache or icing) 8'' x 8" = RM40 tidak termasuk harga pos.
ada lebih kurang 108 ketul brownies ~1" x 1"
Terima kasih kepada yang mengolah resipi brownies yang asal....... moga dimurahkan rezeki lagi dan diberkatiNya.
No comments:
Post a Comment