Thursday, June 25, 2009

PUASA SUNAT

sambil menunggu giliran mengambil ubat di pharmacy HUSM, terdengar pesakit dibelakang mempelawa teman sebelahnya minum air di kantin hospital. tetapi temannya menolak. dia bertanya pula adakah berpuasa? tak. puasa esoklah 1 Rejab dia pula berkata....

terdetik pula dihati ini, bila pula 1 Rejab jadi puasa sunat. seingatnya semasa membuat assignment puasa-puasa sunat, 1 Rejab tidak termasuk dalam senarai. tetapi diamkan sahaja.

tiada masalah berpuasa sunat pada 1 rejab cuma jangan diniatkan berpuasa sunat 1 rejab kerana tiada nas yang sahih yang mengatakan Rasulullah saw memerintahkan berpuasa pada 1 Rejab, seolah-olah kita mengada-adakan ibadat tambahan dan itu adalah bidaah, amalan bidaah adalah sesat, dan melakukan perkara-perkara yang sesat tempatnya dineraka jahanam. Padahal banyak lagi hari-hari yang boleh dipuasakan.

HARI-HARI YANG DISUNATKAN ERPUASA:
  • puasa satu hari dan berbuka satu hari
  • berpuasa 3 hari tiap-tiap bulan, yang lebih afdal hari ke 13, 14 dan ke 15
  • berpuasa pada hari isnin dan khamis bagi setiap minggu
  • puasa enam hari di bulan syawal
  • puasa hari arafah
  • puasa lapan hari daripada bulan zulhijjah, sebelum hari arafah
  • puasa Tasu' dan Asyura, iaitu hari kesembilan dan kesepuluh bulan muharam


Maksudnya: "sesiapa berpuasa Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun."
(Hadits riwayat Muslim)

Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam) tentang berpuasa di hari Arafah? Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."
(Hadits riwayat Muslim)

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari Arafah.

No comments: