Friday, May 29, 2009

TANPA TEMAN

ZAHID di UIAM, Ati di Sydney, Am di Penang, Ami bersama keluarganya, Ayen dengan urusannya, tinggallah ku keseorangan. Macam pathetic bunyinya kan? tidak.... sekali2 tidak..... cuma masalahnya aku tak boleh bergerak, bateri kereta meragam, padahal tak sampai 6 bulan beli, bila cari warranty card - tak jumpa.

semalam kan akhir bulan, siap akaun pejabat, ada jemputan Aqiqah, mesyuarat Kowanis, bla.. bla sampai rumah lewat petang

cuma hari ini sahaja terperap di rumah, tapi sepagi tadi sudah bersama Qilah dan Jupa, masak nasi untuk ayen (tengah rajin), kebetulan ada kawan bagi lauk lalu panaskan, tengahari tak sedar bila masa tertidur, sedar je jam 2 petang.

Esok hari Sabtu, jadual memang penuh. samada seorang atau ramai, kelas Daij memang tak miss. Dari 8.30pagi hinggalah ke 6.30 petang, straight, berhenti rehat 15 minit jam 11.30 pagi dan 45 minit jam 2.45 petang. itupun disebabkan pertukaran subjek dan pensyarah.

No comments: