Baru sahaja sampai dari JB menziarahi kakak yang baru sahaja kehilangan her only daughter yang mengidapi penyakit barah payudara.
dalam perbualan bersama kak Ani, memang dia tidak menyedari langsung bahawa anaknya dalam keadaan kritikal hanya menunggu hari. Dan doktor memberitahu bahawa sel2 kansernya telah merebah ke paru-paru dan tulang. Kesian dia dipaksa juga anaknya makan ubat agar sembuh dan pulih seperti sediakala. lagipun arwah baharu sahaja melengkapi sessi kemoterapi yang ketiga.
Biasanya selepas sessi kemo arwah akan berasa segar dan boleh berjalan-jalan. Yang mengetahui keadaan sebenar arwah adalah keluarga emak2 dan bapa2 saudaranya. hanya abahnya yang tahu. Oleh kerana menahan perasaan abahnya pengsan dan di wadkan dihospital. Lagi haru.....
kalaulah macam itu keadaannya, rasanya lebih baik dimaklumkan semua keluarga adik beradik terutamanya emaknya agar mereka lebih bersedia menghadapi kenyataan sebenar melainkan mereka menghidapi penyakit yang sangat kritikal...
semasa bersedia untuk pulang, tak dapat nak ucap macam mana hanya ku peluk kakakku agar dia bersabar atas segala ujian dan musibah yamg menimpa mereka.
Sesungguhnya dengan ujian dan musibah itu Allah mengingati kita, mengampunkan dosa2 kita serta menaikkan darjat kita dengan sebab keredaan dan kesabaran kita.
No comments:
Post a Comment