Hari ini zahid akan mengembangkan sayapnya lebih jauh sedikit, ia akan berhijrah ke kuala lumpur untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat degree. selama ini pembelajarannya hanya di sekitar kota bharu dan kelantan, sahaja dan bila2bila masa boleh telefon dan samada maknya atau abang2nya bergegas pergi untuk menyempurnakan keperluannya.
tetapi bermula hari ini situasi akan berubah. bermakna dia kena merancang hidupnya agar perkara2 kecil dapat diselesaikan sendiri. tetapi sekarang sistem pun dan canggih dengan telefon, sms, mms,email dan blog semuanya memudahkan untuk berkomunikasi.
Petang ini Zahid akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk meneruskan perjuangannya untuk menyempurnakan hidupnya agar menjadi insan muslim yang berilmu beriman dab beramal soleh. insyaAllah doakan perjuangannya.
No comments:
Post a Comment