Hari ini ku menghdiri dua majlis yang berbeza; majlis pengkebumian isteri sahabatku yang meninggal dunia akibat kanser payudara pada sebelah pagi, dan majlis kenduri kesyukuran niat seorang ibu atas kemenangan Islam pada sebelah tengahari. tetapi diantara dua majlis itu aku telah ke rumah harapan putera di pengkalan chepa, untuk menghantar borang kemasukan seorang anak yatim, dan selepas majlis kesyukuran kami ke Kubur Maras membeli sambal daging untuk dipadankan dengan ketupat yang telah aku tempah minggu lepas.
Alamak.... balik ke rumah teringat pula tempahan 2 loyang brownies sahabatku....
Badan terasa letihhh sesangat, berdebar pula rasanya. aku rehat sebentar selepas solat Asar, lakukan kerja yang ringan2 siapkan barng2 yang diperlukan....
lepas maghrib lalu terus saja mengadun brownies... dan akhirnya Alhamdulillah siap untuk diserahkan esok...
No comments:
Post a Comment