Saturday, November 15, 2008

DAIJ dan program khitan



pagi ini sempat aku mengilingi kawasan rumakku selama 30min.... sahaja, untuk menjaga kesihatan, sebentar lagi kena bersiap untuk menghadiri taklimat program DIAJ (Diploma in Administrative Islamic Judiciary) dan selepas tu juga terus ke Dewan badminton MPKB, untuk sama2 meraikan Majlis berkhitan untuk anak2 yang berada dikawasan Kota Bharu.

Taklimat untuk kelas Diploma pentadbiran dan kehakiman Islam di adakan di KIAS, dan mengambil masa hingga Zohor, cuma yang aku fikirkan sekarang ialah yurannya yang telah melambung naik ke RM8000 dari RM5400 untuk group yang pertama, lebihkurang RM2700 satu semester. akan ku usahakan, tidak rugi menuntut Ilmu Allah.

aku hanya sampai di Dewan Jubli Emas MPKB selepas menunaikan solat zohor. program berjalan lancar, dan Alhamdulillah tiada peristiwa yang mencemaskan berlaku. sempat makan tengahari bersama AJK lain, dan selepas tu berinteraksi, perkara yang sebelum ini memang jarang-jarang dilakukan kerana kesibukan masing2.


program selesai jam 6.30ptg

akan ku update ptg ini berita seterusnya...

No comments: