hari ini juga penuh dengan aktiviti2. pagi lagi telah membancuh seloyang brownies, tempahan sahabat ku yang akan menunaikan fardu hajinya yang pertama.
sempat membasuh tangga rumah dan bertolak ke Bachok pada jam 12.15 tengahari.
setibanya aku tak tahan, terus mencapai pinggan untuk makan tengahari. memang telah ku simpan perut ni, hanya memakan sebiji epal pagi tadi, kerana aku tahu masakan di rumahnya memang sedap, walaupun lauk biasa - ayam percik, singgang daging acar ada sayur pucuk ubi masak lemak. aku tidak berani mencedok sayur pucuk ubi, tapi daging singgang memang tak tahan ku kaut juga, memang sedapppp, nanti dia kembali dari Mekah memang nak suruh dia masak. ayam perciknya jangan tanya... memang dah famous di kalangan kami semua.
tak boleh lama dirumahnya kerana ada taklimat pembentangan deraf bandaraya Kotabharu untuk 2020 pada jam 2.30petang. sampai di sana pusing 3 round tak jumpa ruang parking, keluar sebentar kerana hajar nak pergi tengok rumahnya di KTC. kami naik ke tingkat 14, turun tingkat 10, memang tak siap lagi, rasanya awal tahun depan juga baru siap.
kembali semula ke MPKB dan akhirnya mendapat ruang parking lalu masuk ke Dewan tepat jam 3.15petang. tak sampai 5 minit duduk, pengarah pun selesai memberi taklimat, hanya tinggal sessi soal jawab. tak banyak yang menarik hanya menunggu untuk selesai sessi soal jawab, dan pulang kerumah.
No comments:
Post a Comment